Rabu, 5 Mac 2014

Kek coklat kukus: antara malas dan rajin je sebab nak buatnya sangatlah mudah.



Dalam pukul 7 malam, ( untuk Bahan A) I panaskan setengah buku butter, lepas tu masukkan sekotak susu dutch lady yang size kecik tu, masuk secawan gula, masuk setengah cawan susu pekat manis, kacau sampai sebati, dah menggelegak, tutup api dan sejukkan.

Sementara nak tunggu Bahan A tu sejuk, I sembahyang jap, sambil gilir-gilir cuba tidurkan si Reezqy dengan suami. Agak-agak si Reezqy dah macam stim nak tidur, I sambung balik buat kek.

Second step, ayak 1 setengah cawan tepung gandum dengan 1 sudu kecik baking powder dan 1 sudu soda bikarbonat. Then, pukul 3 biji tolor sampai kembang. Since mixer takde, I buat senaman tangan lah. Lenguh hoi guna mixer tangan, tapi lepas pukul telur tu, I ada rasa lengan I kurus sikit. Haha. Sekombang nya telur yang dipukul tadi tu, jangan lupa masukkan satu sudu kecil esen vanila. Dah serasi tolor dan esen vanila, masukkan  pula  bahan A dan tepuk ayak tadi, kacau rata.

Sesambil tu multitasking la sikit, tenggekkan kukus bagi air menggelegak, dan kemudian layan lah laki ko jap yang sibuk manggil, Yanggg, Reezqy taknak tidur ni yang oiiii, tengok lah budak ni dulu yang oiii. Awak buat apa kat dapur tu, dah la tu. Budak ni taknak tidur ni!!

Kau ado laki macam tu?
Kahkahkah.

Agak-agak tengok anak dah tenang balik sebab tengok muka kita kan (muka mak-mak ni kan cahaya penenang anak gitu), perlahan-lahan tinggalkan lah balik anak dengan  Daddy dia sambil kita ambil loyang masukkan adunan kek tadi. Air dalam kukus pun cantik dan melegak, so, kukuslah kek tu sampai masak dalam sejak gitu. Sambil tunggu kek masak, pepandai lah handle anak balik sebab muka laki pun dah bertukar jadi macam hape kennnnnnnnnnnn.

Cukup masa sejam, angkat kek. Balance air kukus kek tadi tu, jangan dibuang. Boleh guna untuk buat toping (Ganache) kek. Ambil periuk kecik, letak dalam air kukus tu (double boiler), then masukkan setengah cawan susu (freshmilk boleh, susu cair boleh, I bancuh susu si Reezqy je :p ) dengan sesudu susu pekat manis. Kacau. Masukkan dua sudu butter, kacau, masukkan coklat masakan, kacau, last sekali masuk lagi setengah cawan susu.

Since I guna coklat almond gold besar (dark coklat) yang tak habis makan ada orang bagi haritu, so I adjust tang manis. Pepandai sendiri lah nak adjust sebab kita yang buat dia kan.

Lepas dah suka dengan tahap kemanisan toping tu,
siramlah ia atas kek yang masih panas lagi.
Siraman pertama nak bagi kek tu lembap, then siraman kedua untuk toping.

Setelah selesai semua, maka jadilah kek itu seperti gambar di bawah ini. =)

Kek coklat kukus leleh terlebih.

Kalau korang pening cari isi penting resipi sambil  baca apa yang i taip kat atas, meh sini I  bagi resipi ringkas. Haha.

KEK COKLAT KUKUS EASY BREEZY COVERGIRL  :p

Bahan A

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair (I guna susu dutch lady)
  • 1 cawan minyak masak (I guna setengah buku butter cair)
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan B

  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur (suhu bilik)

Cara

  1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
  2. Pukul telur sampai betul-betul kembang (lebih kurang 5 minit ++) . Masuk esen vanilla. 
  3. Kemudian masukkan bahagian A. Pukul sampai sebati.
  4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seeloknya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). Kacau sebati selama 5 minit ++
  5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Sila pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
  7. Angkat dan tunggu sejuk baru boleh potong. Kalau rajin boleh letak topping.

TOPPING / GANACHE

Bahan:

  • 300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil (I guna Almond Gold Besar - Dark Coklat)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas (I guna susu tapi tak panaskan pun)


Cara:

  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
  7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
  8. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.

RESIPI ASAL


10 ulasan:

  1. Hamboi.. bukan coklat je yg meleleh.. air lioq akak ni pun meleleh nengoknyaaa.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Ampun kak sebab buat air liur akak meleleh macam toping kek tu.

      Padam
  2. akak teringin nak buattttt.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat rina. Easy breezy covergirl je tu.
      Dah kahwin nanti lagi kena tunjuk skill ni.

      Padam
  3. wah.. mcm senang nih.. aku nak buat jugak laa..
    tunggu Adeeb kawen nanti.

    hihihihhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu adeeb kawen, baik ko suruh bakal menantu ko je buat.

      Padam
  4. ambooiii memang terlebih leleh choc tu...sama leleh dnegan air liur aku ni haaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi takleh celen tahap kemelelehan kek chifon pandan ko pijah

      Padam
  5. masya Allah, terliurnyeee... nanti nak cuba resipi ni ;)

    BalasPadam
  6. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam