Isnin, 24 Februari 2014

Vietnam Trip: Day 2

Hello Vietnam. Morning view dari rooftop Hotel Lavender tempat kami menginap. Hotel yang kami menginap ni depan Ben Thanh Market. Tu yang nampak atap merah tu Ben Thanh Market la tu.
Ok, kita sambung cerita hari kedua pula tentang Vietnam Trip I ni. Since semua dah diaturkan oleh Travel Agency, untuk hari kedua aktivitinya adalah melawat Thien Hau Temple,  War Museum dan Chu Chi Tunnel.


Bila sampai ke Thien Hau Temple ni I macam, eh apasal kena masuk temple lak. Hadoiiii. Tapi bila Pensyarah cakap, melawat tempat orang, kita belajar lah tentang diorang, so I hadapkan ajelah. Haha.

Abadikanlah kenangan di temple ni. .

Ni bahagian dalam.

Kertas Pink ni adalah kertas sembahyang yang dituliskan nama orang-orang yang ada buat sumbangan untuk pemuliharaan temple ni.


Ni korang nampak cantik je kan? Haha. Ni kemeyan sembahyang ni tapi dibuat dalam bentuk macam tu.
Then lepas dengar taklimat dan snap gambar apa yang patut, kami bergerak pula ke War Remnants Museum. Since dorang ni kan baru-baru nak up lepas perang, so, kebanyakan bahan pameran yang berkaitan dengan perang memang banyak la kat sini. Cerita-cerita perang pun fresh aja.

Again, museum dorang takde aircond.  :p
Lukisan artis tentang gambaran mangsa perang. Sedih je tengok ni.



Mangsa radiasi ejen oren.

Antara mangsa radiasi ejen oren yang bekerja dalam museum ni. Ada yang buat kraftangan dan ada yang main muzik.

Bommm kebabom nama dia.

Adik beradik bom peluru apa apa je lah. Haha.

Kat luar ni ada banyak pesawat dan kenderaan perang yang diorang gunakan masa perang dulu.

Pengantin baru  bergambar bawah perut kapal terbang.

Untuk lunch pada haritu kami di bawa ke tempat makan yang macam cantik macam comel je. Nama tempat I tak ingat lah. Tapi kedai ni serve halal Indian food lah.

Salad kacang kuda bersama sesayur.

Love birds in red
Lepas dah kenyang kan perut, kami meneruskan agenda yang seterusnya iaitu lawatan ke Chu Chi Tunnel yang terletak di Daerah Chu Chi, Vietnam. Perjalanan ke sana ambil masa dalam dua jam juga lah. Dengan keadan jalan yang tak berapa rata, mabuk I menghadap perjalan ke sana.

Di Vietnam ni, mostly penduduk di sini  naik motosikal. Kalau korang jalan-jalan kat sekitar bandar, akan ada kedai-kedai yang jual helmet comel-comel  dan pelbagai warna. Rasa macam nak beli satu, tapi kat Malaysia bukan boleh pakai pongs :p

Jalan raya kat  bandar Ho Chi Minh ni sokmo sesak aje.
Lepas dah lalu jalan lurus, jalan bengkok, dilambung-lambung dalam bas, maka tibalah kami di Chu Chi Tunnel atau Terowong Chu Chi.

Di pintu masuk Terowon Chu Chi.

Sebelum meneroka kawasan Terowong, pelawat akan dipertontonkan tayang filem pendek mengenai terowong ni.
Chu Chi Tunnel ni adalah terowong tinggalan Komunis Vietnam, iaitu Viet Cong yang digunakan sewaktu perang dahulu. Laluan terowong ni digunakan untuk bersembunyi dan menyelamatkan diri. Kat dalam terowong ni juga lengkap dengan tempat simpan makanan, tempat simpan ubat, dan sepanjang perang diorang menghabiskan kehidupan harian diorang dalam terowong ni.

Pengunjung di  beri peluang untuk merasa sendiri pengalaman berjalan dalam terowong ni. Serius, sesak nafas time try. Berjalan dalam gelap dengan hanya meraba-raba dinding, makoii, 10 minit dalam tu rasa macam berjam-jam. Terowong ni asalnya panjang dalam 200 km, tapi banyak yang  rosak disebabkan kesan daripada perang. Untuk tujuan lawatan ni dia bagi cuba yang pendek je. 

Salah satu pintu masuk dalam terowong tu. Kalau bertahun duduk dalam ni, keluar-keluar memang bongkok je lah tak leh tegak.

Pintu masuk yang ni I tak celuihhh. Ni pintu masuk untuk orang kuruih celuih je kot. 

Eh, baca sendiri je lah apa dia tulis. 

Salah satu trap diorang. Kalau-kalau tengah menyelamatkan diri, tiba-tiba askar hilang, maknanya diorang masuk dalam lubang macam ni lah. Lubang tu direct sambung ke terowong.

End of the visit, kita dijamu dengan makanan perang iaitu ubi rebus dengan kopi 'o'

Tempat jamuan makan. Bawah khemah je pun. Dah macam pergi berperang dah ni.

Siapa yang rasa nak mencuba menembak, kat sini disediakan juga. Kena bayar kalau nak try tapi I tak ingat berapa ringgit sebab I tak cuba pun. Malas.

Ni tah apa kerja memasing tah. Aktiviti bebas kot lepas tamat lawatan kawasan terowong.


Selesai melawat, petangnya, kami pulang semula ke Ho Chi Minh City. Jalan pergi dan jalan balik sama je. Nak jadi cerita, time balik tu, boleh pula I muntah. Berhentilah bas ni tepi jalan sebab nak bagi laluan kat orang muntah. Terus timbul rumors time ni I pregnant. Kahkahkah

Malam tu, tempat dinner kami adalah di Restoran Lion City (Halal). Kat sini makanan dia memang menepati citrasa tekak Melayu hakakkk. Since owner kedai ni orang Singapura katanya, makan makanan dia memang sebijik macam masakan Malaysia lah. Classmate siap tapau Mee Goreng lagi untuk kudapan sebelum tidur. 

Berdiri kat depan kedai tu, tapi tak tahu kenapa, gambar tak termasuk dengan signboard kedai.

Ok, done cerita tentang Vietnam Trip Hari Kedua. Next, kalau rajin, kita sambung lagi ya.

Vietnam Trip: Day 1

4 ulasan:

  1. macam best je...macam seram je tgok terowong tu...hehe

    BalasPadam
  2. apesal aku tak tahu ko pegi vietnam kak?
    siap pakai inai tak tahnnnn. ade keluar IR3 kang hihi

    BalasPadam
  3. Haha korang ni.
    Tengok size badan, confirm lah aku pergi bukan baru-baru ni :p

    BalasPadam