27 Februari 2014

Bila dah berkahwin ni, kadang-kadang kena pergi bercinta juga. Haha.

Semalam pagi, dan refer pada posting ni SWEET ESCAPE KITA,,

On the way nak pergi office:

Suamisah: Awak tak rasa ke life kita ni boring je. Gelap pagi dah pergi office. Gelap balik pula sampai rumah. Hari-hari rutin yang sama je. Weekend, tak ngemas balik kampung. Tak balik kampung, ngemas.
Isterimithali: Habis tu awak nak macam mana? Takkan nak suruh I buat tarian tiang lak seminggu 3 4 kali.

Suamisah: Kahkahkah. Awak ni kan, orang seriuslah.
Isterimithali: Aku pun serius ni ha. Iman Raneeya, Mummy kata jangan pijak kaki adik kan. Duduk, duduk! Kang jatuh macam semalam tu nak? Iman ingat tak Iman jatuh macam mana semalam? Sakit kan? Pijak kaki adik bla bla bla bla...

Iman angguk then duduk tapi kaki tetap kuis kaki Iman Reezqy yang slumber dek asik tujah-tujah ibu jari ke kaki kakak dia dan Suamisah hanya mengerling je lah thru cermin pandang belakang.

Suamisah: Yang, hari ni kita E.L nak?
Isterimithali: Haishhh, tak elok lah EL EL. Nanti rosak rekod perkhidmatan. Effect pencen. Nak cuti, apply la ikut cara dia. *main belasah je jawab.
Suamisah: Hmmm, susah betul kahwin dengan BFF Pendaftar ni.

Suamisah: Apa kata kita dating harini nak?
Isterimithali: Awak tak rasa bersalah ke hantar anak pergi taska, hantar anak kat mak lepas tu kita dua pergi dating?

Suamisah: Adoiii, ada aja jawab dia lah. Sekarang pilih, awak nak pergi ke tak?
Isterimithali: Nak!

Haha.
Maka, dengan rasa bersalah dan macam-macam rasa yang ada, kami pun meneruskan misi sweet escape kami.

Happy dapat pergi. Curious apa kata MIL nanti. Annoying sebab suami suka paksa-paksa. Sedih sebab pergi dating tapi anak tinggal.

Hmmm, dah jarang ambil gambar begini. Apasal tah. Sekarang ni, bernafsu ambil gambar banyak-banyak dengan anak je. Kahkahkah.

Terus tukar kasut. Dengan harapan, kang lenguh berjalan, boleh beli kasut lain.

Nyinggah breakfast di tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat jatuh  bangun malas rajin pergi kelas. Haha.

Food hunting: Roti canai melayu. Sedap oiii. Sekarang ni,  payahnya nak dapat makan roti canai. Memang, kedai mamak belambak je macam cendawan tumbuh,  boleh pergi beli roti canai, tapi dalam hati I tetap akan fikir, mamak ni memang mamak ke atau India betul atau sekadar meletakkan surah-surah Al-Quran di premis lepas tu yang kerja masak, tebar roti semua India betul. Kalau I suruh dia ngaji boleh ke agak-agak dia baca. Hmmm. 

Food hunting lagi: Ini sangat sedap. Ini sangat menyihatkan. 


Apasal sos ni sedap sangat hoi. Bila makan kat Jonis ni Azreen lak tanya I. Jonis ni awak tak curious  kehalalalan dia pulak macam mamak tu? Adoiii, susah nak jawab soalan tu tapi I tengok Jonis tu ramai je pekerja dia Melayu kita. So, I yakin lah nak makan kat situ. Jonis ada sijil halal ye.

Dan semalam,
Alhamdulillah, dapat merasa nikmat makan dan menghayati makanan tu.

Takda nak kena take turn makan sambil telan ailiyo tengok salah seorang makan dulu sambil berharap jangan lah dia ni habiskan lauk atau ambil bahagian I hahaha.
Takda nak kena, bertindak pantas tolak pinggan dari dicapai Reezqy yang selalu suka kemas meja dan campak barang ke bawah.
Takda nak kena berderau darah tengok Iman Raneeya angkat gelas kaca minum sambil berdiri dan hampir terlepas gelas ke.
Takda nak kena tengok salji bertaburan di atas lantai mahupun meja.
serta,
Takda juga dengar alunan suara merdu Iman Raneeya dan Iman Reezqy menjerit di dalam kedai.

Haha.
Tapi kan,
Sebab dah immune dengan keadaan makan kat kedai dalam keadaan chaos, rasa macam takde challenge pulak haihh makan senyap sambil pegang tangan bertentang mata ni.

Kahkahkah.

Dan,
Tak berapa nak best pulak, bila keluar berdua sambil berpegang tangan,
tapi hati teringat anak.
Tak feel dating oii.
:p

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Seronok beronok ronok rina oi. Haha.

      Padam
  2. Balasan
    1. Jeles takpe, tapi jangan marah.
      Sabar tunggu laki balik tahu.

      Padam
  3. baru semalam aku amek half day keje nok..keje pagi, tengahari teman hubby gi check up, terus dating...
    ala, dating pun pi lunch sesama, gelak2, pastu sambung pulak mkn cendol dgn goreng pisang, best wooo...hahaha..

    sesekali kita mmg perlu masa berdua tanpa anak2...tak perlu rasa bersalah, kita tak buat salah pun...demi keceriaan hubungan suami isteri jugak...we need that time nok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah nok. Memang perlu dating-dating ni.
      Cumanya, anak kekecik ni, bila nak dating tu sokmo terfikir jelah.

      Padam
  4. semalam aku MC ajim pon MC. konon cirit birit tapi dah nak baik. bantai g merendek sampai ke puchong makan sushi.
    nak mkn kt alamanda takut kantoi. hahahaa

    BalasPadam
  5. hari tu kami dating berdua kat tepi kubur (incik atan ajak lunch). memang rasa lainlah sebab dah lama tak keluar berdua. selalu ada babak sampingan dan tambahan. hehehe...

    BalasPadam