14 Februari 2014

Biasanya, yang tak nak tu lah yang kau MENDAPAT


Since ex tunang, ex boyafriend, boyfriend tak jadi, boyfriend separuh jadi, bakal suami separuh jadian semuanya datang dari negeri Johor Darul Takzim yang indah nan permai sedap mata memandang kennn, I dah cakap kat diri sendiri, jangan cari orang Johor, jangan bercinta dengan orang Johor, sila jauhi Johorian, say no to  the J to the O to the H to the O and to the R. Kalau boleh tak nak jejak kaki ke Johor langsung. Kira I blacklist orang Johor lah ni. Dan ada jugalah, akibat kisah cinta dengan jejakas Johor yang meninggalkan kesan di hati tak menjadi itu, I sikit-sikit jadi macam, ehh tak sukalah kita dengan orang Johor ni. Kahkahkah.

Tapi,
cerita takkan menjadi best kalau takde tambahan part dramatik kan kan kan.

So, 
Makin I  nak elak orang Johor, eh eh eh kemain makin ramai pula Johorian yang mendekat.
Kahkahkah.

Time study di UPM, 
half of my classmate semuanya dari Johor OK.

BFF I, Johor totok.
Kahkahkah.

Geng Tetampa, BFF bola tampar, oi oi orang Johor katakau!

Kemain.
Lagi tak nak lagi tak suka, lagi makin banyak pulak yang mendekat.

Sampai lah masa I bertemu jodoh dengan Azreen.
I check tau dia lahir mana, nombor ic apa semua.
Dan level on confident menjadi sangat tinggi sebab dia bukan Johorian sambil I lupa nak risik asal usul mak bapak dia. 

Tapi time tunang, (14.02.2010), bila makbapak ni dah borak-borak, dah bersuai kenal dengan lebih close gitew, ayat abah I buat I sentap.

"Abah Azreen tu orang Muo kak. Kau ni tak habis-habis dengan Johor kau kan."
Dushh, kena I sebijik.

Kahkahkah. 
Mampuih.
Apa yang I tak nak dah makan diri sendiri.
Tapi nak sedapkan hati, I cakap:

Rilex Ain, bapak dia je orang Johor. Bukan Azreen. Nanti raya ke apa, kau tak payah lah pergi Johor. Create alasan dari jejak kaki ke sana.


Memang lepas kahwin, kami takde menjejak kaki ke sana pun sebab Datuk Nenek Azreen dah takda dan since Abah Azreen anak yang sulung, takkan si Sulung lak nak melawat yang muda kan. So, tetiap tahun kami hanya menerima kunjungan saudara mara je lah. 
=)

Kalau ada pun pergi Johor, hadir wedding, jejak kaki, lepas tu laju-laju patah balik ke negeri sendiri je lah.

Sampai lah semalam, dah nak masuk empat tahun perkahwinan,
Kami dapat panggilan,
Adik abah Azreen meninggal dunia dan Azreen ajak pergi menziarah dan masuk negeri Johor.
Siap ugut, kalau awak tak nak ikut, balik kerja kang jalan kaki, malam kang awak duduklah rumah seorang diri, ada tuuutttt woo.

Jeng jeng jeng.
Lalalalalalalalala.

Nak tak nak terpaksa lah ikut. 
I pergi Johor uols semalam. 
Kan main, orang-orang Johor sambut I dengan mesra sekali uols. 
Baik hati baik budi orang Johor uols. 
Kematu bontot I uols semata nak pergi Johor, duduk tiga jam setengah dalam kereta, lepas tu pergi balik hari, 7 jam masa dalam kereta uols. 

Haha.
At last, 
dan dan dan itu juga hilang semua dah apa yang I tak nak dan lupa terus dah apa yang I tak suka tentang negeri Johor ni.
Lagipun, dah  beranak dua orang kan, dah banyak urat putus, lagi-lagi time melahirkan anak lelaki, terlalu banyak putusnya urat, so I pun dah lupa lah kisah-kisah yang sudah tu. 
Sudah cukup cukup sudah lah.

Dan yang paling penting,
Apa yang I taknak, apa yang I takut tu lah yang I mendapat.
Ye, Azreen memang orang KL, tapi darah Abahnya yang mengalir dalam badan dia tu darah anak jati Johor juga kennnn. 
Dan lepas ni, mungkin akan selalu lah kami ulang alik ke Johor sebab Azreen cakap, awak nampak happy sangat Yang pergi Johor sambil dia letak tangan di dada dan buat mata ke atas.

Coiii!

15 ulasan:

  1. kahkahkahhhhh
    *opss tergelak pulakkk

    BalasPadam
  2. kahkahkahhhhh
    *opss tergelak pulakkk

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Suka tajuk tu kang Dik? Dah kena batang idung sendiri balik dah =D

      Padam
  4. kemain koin...org JOHOR mmg bebaik belaka
    idop JDT idop JDT...tetiberrrrr
    HARHARHAR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoi orang JOHOR!

      Eh, JDT beli player lah :p

      Padam
    2. apa ada hal nak bli player...duhet berkepok2 xkan nak simpan wat pekasam...ehhhh
      HARHARHAR

      Padam
  5. oi oi oiiiii....

    ~ustajah

    BalasPadam
  6. alamak.cerita macam sama.sebab putus dengan bekas tunang yg orang johor,pastu dia gaduh dengan suami i sekarang..terus i tak suka johor.tak suka.

    lepas tu lupa bapak sendiri lahir kat johor.ic 01.haa..over sangat tak suka dia kan?

    BalasPadam
  7. I pon anti johorrrr. Eh i x anti org johot. I anti tempat tu sebab kenangan tak bes kat sana. Seksaaaaa

    BalasPadam
  8. i orang key ell, tapi mak ayah orang johor. muo lagik. heheh..

    BalasPadam
  9. sib baik ai org melaka. kuikuikuiii

    BalasPadam
  10. i pun jatuh hati kat pisang cicah ngan kicap mase duk kluang johor la ain sbelum pindah melaka.. hahaha

    BalasPadam