08 Januari 2014

Yellow, yelly, yeynadeyyyyy: tema baju raya


1.  Makcik I call dari Bandung tanya warna dan nak kain jenis apa, lace ke atau apa-apa yang sewaktu dengannya untuk kain baju raya nanti, dia nak cari. Tapi  I macam tak tahu nak jawab apa. Tak terfikir lagi lah. Bukan sebab tahun ni beraya di side Azreen buat I tak fikir lagi, tapi mood nak tempah baju raya, tempat jahit semua tak datang pun. Bila tanya Azreen nak warna apa, dia jawab dengan happynya, Kuning! 

2. Tentang jenis kain dan lace bagai yang orang dok gila cari kat Indonesia tu, I takut-takut je dengan pilihan makcik I tu. Bukan apa, I ni kalau boleh tentang baju raya, nak sesimple2 yang  boleh. Senang nanti. Lepas habis raya boleh terus buat pakai pergi office. Kot lah buat baju raya sarat marat dengan lace bagai, maniknye lagi, dah macam apa pulak nak pakai pergi office. Ada yang baju raya terperap je dalam almari macam baju nikah tu.

3. Sekali lagi, I takde hati dah nak pergi tempah-tempah baju raya. =( Tak pernah ok, I menangis sebab tempah-tempah baju ni, tapi tahun lepas jadi. Terus mood tempah menempah nak cari kain baju raya ni tak berapa nak ado dah. 

4. Sejak dari kecil lagi, I dan family, memang dah biasa baju raya bertema dan senada. Tak warna kain sama atau material kain boleh je sama tapi lain warna. Dari dulu lagi, kalau orang tengok baju kami adik beradik dan makpak yang sama, automatik orang akan kata, oooo tu family Pak Abu. Orang memang akan kenal. Berbaju senada ni menunjukkan kita sekeluarga berpadu bersatu gitu. Tapi since tahun lepas  dan dah ada keluarga masing-masing, kebiasaan tu dah jadi lain. Ada pulak yang terlain, tak nak sama tema semua. Hmmm, takpelah keluarga masing-masing. So, this year, kita ikut suka hati masing-masing lah ye semua. Alah, tengok muka kita sama pun orang dah kenal anak Pak Abu kan kan kan? :) *cuba adapt semua benda secara postive lah kononnya.

Ok dah. Tu je.

3 ulasan:

  1. kita sama la dik. tiap tahun family kitaorang boleh menang award sedondon dipagi raya. hahahaha... tak kesah korang nak kain cemana asalkan kaler biar sama atau lebih kurang sama..

    rasanya dah boleh plan utk baju raya kan. ni dah tgh bulan 1... tau2 kang dah nak puasa. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena fikir dah baju raya utk yang nak tempah menempah ni kak. :)

      Padam
  2. Wah awal sudah fikir tema beraya. Elok juga rancang dari awal terutama jenis dan corak kain yang ingin digunakan.

    BalasPadam