Jumaat, 10 Januari 2014

Body treatment Ariana Rose yang handsome :p #10

Body Treatment.

Caller: Hello, boleh bercakap dengan Puan Ain.
Ain: Ya, saya bercakap. Siapa ni?

Caller: Oo  Puan Ain, saya D*** dari **** Slim Centre. Saya dapat nombor puan ni dari rakan Puan yang mendapatkan khidmat di tempat kami. *tah sesape lah kawan I yang bagi nombor tu khennnn Saya ingin menawarkan kepada Puan sesi body treatment secara percuma kepada puan. Puan boleh datang ke pusat kami dengan membawa seorang lagi kawan. Secara percuma puan.. bla bla bla bla bla...
Ain: Sorry En. D***. Saya rasa saya tak perlukan sesi tersebut. Saya dah dapat berat badan ideal dah pun. Saya pun, Alhamdulillah sihat walafiat ni. *confident je cakap sambil Azreen dah jeling-jeling.

Caller: Boleh saya tahu cara apa yang Puan guna untuk dapat berat badan yang ideal?
Ain: Alah En. D*** sekarang ni kalau nak kurus dah ada macam-macam cara. Berlambak dalam youtube tu. Rajin tak rajin je nak download dan buat exercise. Lagipun saya baru lepas bersalin, memang dah workout untuk slim balik lepas pantang tu.

Caller: Oo begitu. Takpe Puan, kalau puan nak datang suka-suka dengan keluarga pun takpa. Nanti saya call puan lagi ye untuk set appointment.
Ain: Ok.

Azreen: Siapa tu? Kemain confident je ko kan berat badan ideal. Ideal lah sangat. *kerut hidung sambil lubang hidung dikembangkempiskan.
Ain: Sibuk je. Hidup kena confident beb walaupun badan ko besar tong. Tah sesape lah bagi nombor fon aku kat mamat lembut tu tah. Haishhhh.


Ariana Rose

Lepas siri drama Filipina yang I minat tu tamat, I memang dah jarang lah tengok tv kecuali America's Next Top Model tu. So, balik kerja, buat kerja rumah, siap kan benda-benda  utk besok, then terus tidur jelah. Tapi ada sekali tu, tertengok pula cerita Ariana Rose tu dan terfollow lah pulak. So, lepas habis cerita tu semalam:

Ain: Duhaiiii kekasih hatiiiii.. *nyanyi lagu drama tu.. B, Keith Foo tu handsomeee nyeeee kannnnnnn
Azreen: Kau dah kenapa?
Ain: Ishhhh handsome lah. Sesuai lah dia jadi hero.
Azreen: Ni handsome depan mata ni tak nampak ke?
Ain: Siapa?
Azreen: Azreen dan Iman Reezqy
Ain: Ceh! *kombang lubang hidung arah ke Azreen
Azreen: Kahkahkahkah. Pi lah bawa-bawa solat Maghrib tu Yang. Mintak ampun dengan Tuhan sekali sebab muji laki lain handsome dari suami sendiri. Dah lah Maghrib hujung-hujung jo...

Kahkahkah.
Padan dengan muka den!
^OO^


Handsome

Mummy: Nama awak siapa?
Iman: Iman Raneenyaaa.

Mummy: Pandai. Nama Mummy?
Iman: Ainnn!!!

Mummy: Good girl. Nama adik?
Iman: Lijiikii! (Reezqy)

Mummy: Pandainyaa. Nama Daddy?
Iman: Emsyemm! (Handsome)

Mummy: Eh, nama Daddy Azreen lah. Nama Daddy siapa?
Iman: Emsyemm lah Mummy

Siapa pulak yang mengajo Emsyemm. I ajar Azreen.
*_*


1 ulasan:

  1. comel jer jawapan dia.. ajar la nama mommy "ain cantik".. hehehe

    BalasPadam