10 Disember 2013

Rasa yang dah lama tak menyapa: FRUST

Frust.
Atau maksud melayunya kecewa.


Kalau dulu, time putus cinta (contoh yang terdekat), kena rasa benda ni, memang hazabedah sangat.
Rasa macam dunia ni dah berakhir.
Rasa macam Ya Allah kenapa kau turunkan ujian sebegini padaku Ya Allah. Sesungguhnya tak termampu aku nak tanggung Ya Allah. Berat sungguh ujian yang kau turunkan.

Putus cinta je kot kan?  Tapi ratapan dia ngalahkan orang yang hilang kaki, kalah orang yang dapat penyakit kronik atau orang yang  ditimpa bencana alam.

Time tu rasa nak berendam air mata je sepanjang hari mengenangkan si cinta hati la kononnya.
Bila frust, semua benda nak buat pun rasa tak happy manjang je lah.
Makan pun tak lalu dan memang kurus melidi. So, kalau nak slim memang time tu sesuai. Haha.
Memang hilang arah dan hampir hilang pedoman jugalah menanggungnya.

Dululah tu.
Cerita pasal frustration doooluu.
Time umur masih mementah lagi gitu.

Tapi sekarang, selepas 3 tahun plus plus mendirikan rumah tangga ni, dan dah ada anak dua, sekarang rasa itu kembali.

Bukan lah dalam 3 tahun dalam berumah tangga tu takde langsung rasa frust. Ada. Ada je perkara lain yang rasa frust.  Contohnya,

Time belajar CGPA jatuh, frust!
Frust kawan tak ajak pi MAKAN SR *jelingkoyukokinkonee 
Frust nak beli kereta myvi hitam jadi warna mocca brown
Frust nak beli rumah yang diidamkan tapi tak sampai kelayakan dan lain-lain lagi.
Ada!
Ada rasa frust tu, tapi tak sehebat rasa FRUST yang satu ini.

Frust yang ini,
Sesuatu yang diharap-harapkan sangat, dan memang sangat dihajati.
Dah usaha semampu boleh.
Mana ada lubang dan ruang, cepat-cepat kita mohon.
Kita doa hari-hari minta Dia permudahkan jalan.
Hari-hari menunggu khabar gembira.
Hari-hari tengok email dan postbox.
Hari-hari bila tiada apa terus rasa down jadi kecewa.
=,(

Ya Allah,
Saya terlalu inginkanNya Ya Allah.
Terlalu ingin.

Tapi,
sampai sekarang,
Masih  belum ada rezeki itu.
Susahnya nak lekat.

*menangis dalam hati*

Apapun,
I percaya, setiap apa yang terjadi, adalah sebaik-baik perancangan dariNya.
Mungkin belum ada rezeki I lagi.
Mungkin belum masanya I pergi.
Mungkin Dia belum nak  bagi.
Mungkin Dia kata syukuri apa yang ada sekarang ni.

Duhai hati.
Sabarlah.

Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada bersama dengan orang yang sabar.


1 ulasan:

  1. Pasal apekah. Tercari-cari jugak ape benda yg ditunggu tu.
    Salam perkenalan dear.

    Nak exchange link boleh sebab dulu URL saya bnsyg-stories.blogspot.com
    New URL would be ayuni-stories.blogspot.com
    Let me know ye? Thank you

    BalasPadam