04 Disember 2013

Iman Reezqy: Bertahnik/Belah mulut.

Kalau ikut I, memang tak kuasa lah nak bermajlis-majlis bagai sebab malas nak kemas malas nak penatkan kepala otak fikir itu ini nak bagi majlis sempurna untuk anak. Buat yang wajib je sudah, tahnik, cukur rambut dia satu kepala, bagi nama elok-elok, akikah, sudah! Simple dan ikut yang Dia suruh, dahlah. Tapi dah disebabkan Ibu buat kenduri 1 Disember haritu, lepas tu dia dah tempah Ustaz tu suruh datang rumah, maka, sekali lagi, kita ikutkan sajalah. Buat kat rumah Ibu sendiri takpe :p 



Dan, sekali lagi jugalah, jambul Iman Reezqy dipotong.


Kedua-dua majlis, Nenek dia yang beriya maka kita ikutkan sajalah. Jadi macam adik I senang. Takde dibaginya anak dia bermajlis-majlis ni. :p  Cukup tujuh hari, dicukurnya sendiri rambut anak dia, cukup belanja, dibuat kenduri akikah. Takde beriya apa pun walaupun anak pertama. Senangkan gitu. Lagipun, adik I bernasib baik sebab time dia bersalin, takde pulak apa-apa majlis time tu so dia selamat lah.

Ni Ustaz yang sama juga time majlis Iman dulu. Nasib kali ni Ibu tak tempah sekali dengan band (anak murid sekolah pondok) Ustaz tu :p

“Tahnik ialah mengunyah sesuatu kemudian meletakkan/ memasukkannya ke mulut bayi lalu menggosok-gosokkan ke langit-langit mulut. Hal ini dilakukan dengan tujuan agar bayi terlatih dengan makanan, juga untuk menguatkannya. Yang patut dilakukan ketika mentahnik hendaklah mulut (bayi tersebut) dibuka sehingga (sesuatu yang telah dikunyah) masuk ke dalam perutnya. Yang lebih utama, mentahnik dilakukan dengan kurma kering (tamr). Jika tidak mudah mendapatkan kurma kering (tamr), maka dengan kurma basah (ruthab). Kalau tidak ada kurma, bisa diganti dengan sesuatu yang manis. Tentunya madu lebih utama dari yang lainnya”.[1]
- Ibnu Hajar Al-Asqalani

Sambil berzikir dan baca-baca doa dia, sambillah Reezqy tarik mikrofon Ustaz tu.
Kak ipar I time ni gelak-gelak je tak menahan tengok Reezqy silang kaki. Kemain kan. Kaki tak nak kalah sambil tangan sibuk tarik mikrofon. Ni lah padahnya kalau dah besar (7bulan) sibuk nak bermajlis bertahnik. Memang tak duduk diam lah budaknya, dan Ustaz tu pun sentiasa alert dan kena pandai pujuk je lah. FYI, dulu masa lepas lahir, Reezqy memang dah ditahnik dah. Tapi takde lah bermajlis-majlis bagai pun. Pandai-pandai kami je suap kurma dan madu tu. =)

Alatan untuk belah mulut.
Selain kurma yang memang diguna untuk bertahnik,  ada juga diletakkan air zam-zam, madu dan gula, garam, pulut kuning, dan hati ayam kat situ. Simboliknya benda-benda tu ialah air zam-zam agar hati akan sentiasa bersih sesuci air dari syurga itu, madu dan gula agar setiap berkata yang manis/baik dan sedap didengar, garam agar setiap perkataan akan sentiasa masin dan jadi kenyataan, pulut agar segala ilmu yang dipelajari lekat di hati dan hati ayam sebagai simbolik agar hati sentiasa baik dan penyabar.

Gitulah lebih kurang kata-kata Ustaz tu sebab kali ni I dapat dengar sebab duduk dekat.

Insya Allah, semoga apa yang dikata Ustaz tu jadi kenyataan pada benda yang baik-baik je lah ye Dik.

Time ni ditahnik, disuap kurma. Kain main suka. Siap diisapnye tangan Ustaz tu ingat makanan agaknya. Time gula dengan madu pun sama, Reezqy suka.

Ni muka time disuap garam. Kahkahkah. Masin ye Dik.

Lepas kena garam kan mulut, terus tak senang duduk dah. Adik kena banyak makan garam Dik dalam menempuh kehidupan ni. Haha.

Dah tenang, turn pulut dan hati pulak. Tak disuap pun cuma dipusing-pusingkan seluruh badan je. Time ni si Reezqy nak terkulat-kulat dah nampak makanan. 

Last, air zam-zam.

Kemain, si di ushar nye air zam-zam. Nak lagi lettew.

Sesi potong jambul.
Selesai semua, Reezqy dibawa kepada semua orang untuk dipotong jambulnye. Simbolik cukur jambul lah lebih kurang. Tak pasal-pasal tobek dah rambut Reezqy lepas tu. I ingat nak botakkan je balik Reezqy sebab tak sedap mata memandang betul tengok rambut dia tapi Azreen tak bagi lak. So, terbiar gitu jelah rambut Reezqy.

Ok dah.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan