26 Disember 2013

Reunion: MyBcomm UPM


Haishhhh. Rindu masa belajar la
Haha.
Kemain nak rindu-rindu, tapi time belajar, ada masa kan main malas nak pergi ke kelas nun :p

So last week, kat group FB classmate I semua sibuk nak gathering bagai semua.  Tak lengah-lengah, set date, confirmkan siapa yang nak hadir, then I book tempat, terus settle.

Nak jadi hal, dah semua sebut nak makan beriyani, I pun  beriya lah pi book JM Bariyani. Kahkahkah. Padahal tempat kami selalu mentekedarah dolu-dolu adalah kat  Bangi Beriyani House (BBH) nun. Dah bila sampai depan BBH, terus call Naz tanya ko kat mana Naz sebab dia kata dah sampai, alih-alih dia kata aku kat depan JM Bariani lah ni hoii.

Kahkahkah. Padan muka korang, I buat reservation kat salah kedai. :p :p :P

Alah, JM Bariani ni next building BBH je nye pun. Tak habis minyak kereta pun nak gerak sikit je ke situ. Kan kan kan kan kawan-kawan?

Yang penting Azreen hangin sebab ngikut Waze I asyiklah suruh turn left turn left turn left, padahal JM Bariani tu belah kanan je nye lah Cik Waze dableyuteeH betul. Tak pasal-pasal husband I hangin tau. Baru nak eksen dengan dia yang I ni tau jalan sekali you buat sepoil lak waze oii.

Ini je lah yang dapat join. Since dah berkeluarga ni, kekangan keizinan keluar memasing tu agak terhad so kita hadap mana yang ada je lah.

Ewahhh, kemain berborak.

Pilih menu. Hmmm menu kat JMB ni tak sebest kat BBH lah. 

Kami lagi. Teruk pelayan JM kena buli dengan kami. Haha.

Kami lagi free style pulok.

Malam tu juga, kami seperais kan Husband Ila. Birthday pada 20 Disember tu. So, moh kita bagi surprise!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Maluuu terus birthday boy.

The Girls: I, Shitha dan Ila.
Lepas setel makan, sambut besday, borak, bergambar, laju-laju kami pulang sebab nak ngejor Maharaja Lawak Mega pulak.

=)


4 ulasan:

  1. eh anak ko sorang jer ker ain..muahahaha

    BalasPadam
  2. Lagi sorang MIL aku tak bagi bawa la

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Toksah nak frust sangat la. Haha.
      Next time buat lagi :)

      Padam