Isnin, 11 November 2013

Perempuan dan memasak.




“There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.”
― Thomas Wolfe






1. Perempuan dan memasak ni tak boleh nak dipisahkan. Dah macam kembar. Suka masak je perempuan. Perempuan je suka masak. Walau macam mana perempuan tu tak suka masak pun (I leteww), sampai satu tahap, bila dah tak ada sesiapa yang nak diharapkan (dah kahwin, mak dah jauh), terpaksa lah juga suka dan kena masak dan lama-lama jadi immune terus suka masak secara automatik. Haha.

2. Memasak dengan penuh kasih sayang untuk orang-orang yang disayang, adalah satu kepuasan. Rasa lapang dada dan hilang penat memasak bila tengok orang yang kita sayang suka masakan kita dan kenyang.

3. Perempuan, bila dia memasak, dia tak harap apa pun. Tak harap pun lepas masak, suami bagi emas segunung. Tak harap pun lepas masak suami bagi rumah doploh biji. Cukuplah hanya cakap sedap awak masak, maka, akan kembang setaman lah hati si perempuan itu. Dah, itu je dah cukup. Hanya dengan pujian je. Jangan jadi macam abah I, yang egois tak mahu mengaku, tapi sibuk tanya,

Kak, laksa ni kau order mana kak?
Buah melaka ni beli  kat kedai ke? Elok je bentuk dia.

Lepas tu gelak terbahak-bahak.
Kahkahkah. *lempang kang bah!

Sila mengaku I masak sedap sudah bah.
Corner-corner kemain jauh lak.


Apapun, memasaklah dengan ikhlas, rajin google resipi, rajin bertanya, masak kegemaran suami, Insha Allah, lama-lama rajinlah memasak hari-hari dan akan terus buat abah kau terpaku, terkaku dan bangga makan masakan kau.

Haha.

Dah. Nak tulis tu je.
=)


3 ulasan:

  1. saya suka masak tapi tak suka mengemas. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah. Tapi dah kat rumah sendiri, suka tak suka, kena kemas juga

      Padam
  2. kalau suami rara dh duduk skali ngan rara.hari hari nk masak kat dye.hehehe.

    BalasPadam