27 November 2013

Penuhilah permintaannya selagi mampu dan hargailah dia selagi ada.


Dalam kereta:

Lunch hour ni kita pi karaoke nak?
Awak ni dah kenapa?

Saja release stress nyanyi-nyanyi dengan awak. Boleh spend quality time bersama.
Taknaklah. Takat sejam tu kualiti tang mananye. Dah lah pakai selipar je harini pergi office. Siapa suruh awak keluarkan kasut...., potpetpotpet.....

Alahhh awak ni. Takde sape pun nak perhati kaki awak tu.
Taknaklah. Tudung harini pun tak kena. Tak selesa. What a bad day lah harini.

 Tak nak pergi sudahlah.


Di pejabat:

Dah la semuanya serba tak kena serba tak selesa harini. Tak tentu arah rasa. Tiba-tiba teringat lak cerita malam tadi.

"Hidup ini singkat. Entah bila, kita tak tahu, tah dia atau kita yang pergi dulu. Penuhilah permintaannya selagi mampu dan hargailah dia selagi ada!"


Huhuhu!
T_____T


Terus pukul 11.00 tu sms:
Tengahari nanti kita pi karoke ye.


=)




1 ulasan: