20 November 2013

Dari dapur Cik Ain Cantik: Resipi mudah sambil lelap mata boleh buat.

Kahkahkah.
Ni kalau haters dan stalker baca ni, confirm, tajuk posting tu boleh buat stok ngumpat sebulan.

Cik Ain Cantik kata kau!
Tak cantik tang wajah, tapi cantik di hati lah.
=)


Siapa follow IG, mesti selalu jumpa posting gambor lepas tu ada hash tag  #dapurcikaincantik. Kalau ada, maknanya I masak sendiri lettew. Resipi-resipi mudah je uols. Tak memenatkan tapi anak dan suami suka makan.



Bubur Nasi Susu Berkrim.

Rebus sepot setengah beras bersama air+carrot+apa-apa sayur yang korang gemar. Agak-agak dah kembang tu, di kuali lain, tumis bawang merah+bawang putih+halia (tumbuk), kulit kayu manis, bunga lawang hingga garing, pastu lemporkan ke periuk rebus nasi tu. Haha.

Agak-agak dah serasi bersama, masukkan secawan fresh milk/susu tepung yang dah dibancuh air. Masukkan garam ikut nak masin mana. Siap.

Hidangkan dengan ikan bilis + kentang +  bawang merah + cili padi goreng berkicap dan daun sup, memang asyik menambah je lah kerjanya.

=)


Laksa Utagha Azlinda Lin Punya Resipi.

Rebus sekilo ikan sardin dengan sedikit garam. Dah masak ikan tu, tapis air dia di periuk lain. Buang tulang ikan, then blender isi ikan. Campurkan dalam air rebus yang dah ditapis tadi. Tulang ikan pun blender dan ulang proses yang sama.

Kemudian, ambil segenggam cili kering, blender, campur kan dengan 4 labu bawang merah dan sedikit belacan. Masakkan sampai masak. Jangan lupa campakkan daun kesum, asam keping dan garam ikut suka nak banyak mana. Masak dan didihkan. Siap.

Hidangkan dengan mee laksa. Untuk laksa I tak suka banyak sampah. Cukup ada timun, salad dan cili padi je. Telur rebus tu ada kalau Iman Raneeya request.



Donut gebu favourite Iman Raneeya.

Rendam sepeket yis mauripan dengan secawan air suam. Kemudian ambil setengah kilo tepung gandum masukkan dalam mangkuk. Lubangkan tetengah mangkuk, lepas tu masukkan 3 sudu marjerin/butter, 3 sudu gula pasir dan 3 sudu susu tepung. Larutkan setengah sudu kecil garam dalam air, masukkan sekali juga. Gaul dan uli rata sambil masukkan rendaman yis tadi sekali.

Ulilah doh tu sampai dari kasar rupa dia jadi licin-selicin kulit doh. Then bentukkan ikut suka nak bentuk apa. Goreng. Salutkan dengan gula ke, coklat ke ikut suka hati kamu lah. Siap.

Kadang-kadang I suka goreng donut ni separuh masak lepas tu simpan dalam peti ais. Bila agak-agak Iman Raneeya nyebut nak makan donut, so I goreng balik je lah donut tu.


Patty Burger Ahkak Burn.

Ambil isi ayam banyak mana nak. Cincang / blender bagi halus. Kalau malas, beli je daging cincang ramly tu. Haha. Kemudian gaulkan dengan garam, lada sulah, mix herbs, lada hitam, hirisan bawang merah bawang putih, hirisan daup sup. Masukkan 5-6 keping biskut lemak yang telah hancur (nak bagi daging melekat). Dah gaul rata, bulat-bulatkan lah ikut nak besar mana. Simpan dalam peti ais tempat beku tu sekurang-kurangnya sejam, then boleh bakar dan makan.

I suka makan cicah sos gitu je. Sodap.


Gambar kredit kepada Google.


Lately ni pulak, I suka masak tauge goreng tauhu campur kucai. Tah apasal tah, minggu ni je, dah 3 kali I goreng tauge ni. Makan dengan nasi panas, ikan/ayam goreng, tumbuk sambal belacan, mak oiiii memang makan bertambah-tambah lah.

Ok dah.
Astaghfirullah.

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. ala Chef Na, tapi takleh celen skil baking you :p

      Padam
  2. oihh bestnye... pinjam rajin ko kejap..
    rajin aku lari dari rumah..
    tak balik2 dah. iskkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. rajin ko lari sebab skrg tngah hasbenmoon kan kan kan

      Padam