22 Oktober 2013

Innalillah..

Sabtu,
Sibuk dengan sukan fakulti. Memang tak lekat rumah.
Dekat nak maghrib tu ibu call.

Ko kat mana kak? Apasal bising lagu kuat-kuat ni? *bajet aku kat konsert lettew

Ain ada program ofis lah bu. Kenapa?

Ibu nak bagi tahu ni, isteri Pakcik Kudan meinggal dah. Demam panas katanya. Nanti kau balik pergi ziarah.

........ ok.

Terkaku.
Dua tiga hari lepas baru je nampak makcik tu sidai baju sambil melayan cucu-cucu dia.
Demam pun boleh membawa maut.
Dan-dan itu I terfikir, siapa pula nak menjaga cucu makcik tu lepas ni bila anak dia bekerja.
T_T



Harini,
dalam sejarah bangun lambat nak pergi kerja.
Azreen dah bangun pukul 5.30 pagi dan lepas buat susu untuk anak-anaknya, boleh dia pergi sambung tidur balik. Bukan nak kejut suruh get ready pergi kerja.

Sekali hambik kau. Subuh gajah.
Pukul 7 terjaga bila adik ek ek ek.

Memang tak lah kan I nak terkejar-kejar siap. I tak suka nak kalut-kalut. Sms bos masuk lambat. Lepas tu slow-slow siap kan segalanya.

Elok je cecah punggung kat kerusi ofis,
Wassap adik masuk.

Hassan dah meninggal dunia. Pagi tadi. Accident time nak pergi kerja.

Hassan mana?

Hassan mana lagi. Yang kat rumah mama tu lah. Yang anaknya Danish atas Raneeya tu. Accident dengan orang mabuk.

......... terkaku lagi.

Terbayang muka Hassan tu.
Anak dia 3 orang. Yang bongsu tua setahun dari Reezqy dan yang sulung tua dua tahun dari Iman. Ada seorang lagi sebaya Iman kalau tak silap.
Dan,
wife dia sekarang sedang mengandung.

Muda lagi.
Kesian anak isteri dia.
Terbayang macam mana wife dia nak menghadapi semua ini. Lagipun wife dia tak bekerja.
T_T

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.”   [Al-Baqarah: 155-156]


Ok.
Macam tak percaya je lagi semua tu.


5 ulasan:

  1. dah terbiasa dengan keadaan meninggal2 mengejut nie.. abang dgn ayah pun meninggal mengejut jgk.. yg terbaru anak angkat k.mazni.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabarlah Emma. Dugaan semua tu kan.

      Padam
  2. salam kenal.... takziah bt family arwah.
    done folow sini juga =)

    BalasPadam