Khamis, 3 Oktober 2013

Cheesekut.

Masak memasak ni kalau resipi dan cara buatnya tak menyusahkan I, laju je lah tangan ni menerai. Haha. So, kali ni, lepas je Na, mengepost resipi cheesekut dia, terus terliur dan laju-laju gi beli bahan.

Bahan:
250gm cream cheese brand ikut suka. I tiru brand Sifu. :)
Setengah tin susu pekat manis brand ikut suka.
Biskut deluxe cream cracker
Secawan susu segar brand ikut suka.

Cara buat:

Putar cream cheese dengan susu hingga ringan.
Time nak buat ni semalam, cari mixer tak jumpa-jumpa pulak. Tah mana lah suami letak  sebab dia mengemas haritu. Sebab berkobar-kobar juga nak buat, tapi mixer takde, I blender je lah bahan tu.

Lepas cream cheese sudah ringan atau kembang, celup biskut dalam fresh milk then susun biskut ikut suka lepas tu sapulah cream cheese tadi atas biskut tu.  Ulang proses tu sampai jadi berlapis-lapis. Lapis, ikut suka lah nak banyak mana ye.

Dah siap, simpan dalam esbox. Besoknya makan.

Maka, inilah hasilnyaa.

I ingat kan cheesekut ni  crunchy tapi yang I punya dia jadi lembut macam kek lak. Sedap sedap lah juga, tapi kalau dia crunchy mungkin lagi double sedap kot.

Eh, sebenarnya cheesekut ni crunchy ke tak ye?

7 ulasan:

  1. Eh...kita pon bru try.tgh sejuk bekukn dlm peti..ape tah rase

    BalasPadam
  2. x la kak ain. mmg gitu rasanya. macam mkn cheese cake..huhu..nie version x yah bakor2..hehe..

    -jannah-

    BalasPadam
  3. Hehehe.
    Memang macam tu texture dia.
    Memang lembut :)

    BalasPadam
  4. Memang macam tu texture dia.
    Memang lembut awak :)

    BalasPadam
  5. Sedapnye. Nnt nak cube jugak :)

    BalasPadam
  6. alamak!nmpk nyummyyy!!kena try nih...;)

    BalasPadam