11 September 2013

Iman Reezqy dah 4 bulan.

Hmmm, gambar mamat ni memang kurang betul enteprem dalam blog Mummy dia sebab Mummy dia sekarang ambil jalan mudah, post segala cerita kat IG je. Haha. Upload gambo, taip-taip sikit cerita, post. Dah. Senang betul IG ni.  Tak payah nak kena taip panjang-panjang gitu macam bloging. ;p

Apapun, meh nak kenalkan dengan anak bujang 4 bulan I ni, Iman Reezqy.


Cak, ni lah anak bujang sorang I. Empat bulan dah oi. Sekejapan je ha dah membesar. Berat sekarang adalah 7kg.

Hmm, muka kami tak sama. Yang lelaki ni macam lebih banyak ikut muka Daddy dia je.

4 bulan dah main bola. Kau hado? Ni semua kes Daddy nye tak sabar-sabar nak ada geng main bola la ni.

Umuru 4 bulan dah suka main air liur pulak. Dan dan itu juga lah rambut Mummy ko pun berguguran dengan banyaknya dah ha.

Kakak dan adik. Ada masa gaduh, ada masa baik. Ewah kan main. Haha.

Apa? Ada hutang kah? Kah kah kah.

Tiru muka Mummy bila ambil gambar. Sama kan?


Ok, dah. Tu jelah. Jangan tengok muka anak bujang I lama-lama. Kang ada yang nak buat menantu pulak. Haha.

Tata semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan