Isnin, 19 Ogos 2013

Si halia yang holiyau!


Entri yang dah draft tapi lupa nak post. Haha. Boleh macam tu? :p
Mahapkan jelah ye sebab anak dah dua, nak jaga laki lagi, housework lagi, tambah dengan kerja, so, kena dahulukan mana yang patut je lah.

Masa pantang haritu, I telah dibekalkan a.k.a sposor dengan dua benda ni. Kapsul pati halia dan losyen pati halia plus limau purut.

Yang kapsul pati halia tu I dah tahu sangat dah kalau makan dalam pantang jadi apa. So memang takde pikir apa, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal je lah. Telan tanpa rasa was was. Haha. Memang marbeles lah effectnya sebab time pregnant, selain 'berangin', badan I memang banyak angin. Bila makan tu, burp burp burp asyiklah I sendawa. Bukat takat sendawa, malah kentut pun sama. Kah kah kah.

Eh, kalau korang tak bersalin pun, tapi teringin nak buang angin dalam badan secara tak payah susah-susah, boleh je ambil kapsul pati halia tu.

Makcik yang urut I time dalam pantang haritu cakap, kalau sendawa lepas bersalin is not good. Kemain makcik tu speaking ok. Angin jahat tu, kalau sendawa. Yang elok kentut. Dia siap pesan, kalau dia tengah urut, kalau nak kentut lepas je jangan tahan-tahan sebab kentut ialah angin dikeluarkan secara elok gitu. Haha. Lawak betul makcik tu, tapi terpulanglah kan antara nak percaya dia atau tak. I kentut je sambil dia urut tu. ;p

Selain buang angin, kapsul ni juga elok untuk sesiapa yang sembelit. Minggu ketiga I berpantang, tiba-tiba sembelit datang menyerang. Nak nangis ok sebab payah nak uk uk. Dah lah jahit doploh kau, lepas tu sembelit, memang fobia nak uk uk tahap angin naik kepala dah. Nasib lah time tu jumpa pil ni, amazingly, lepas makan pagi tu, tengahari I uk uk smoothly je tanpa ragu. Lega mak nak!

Next thing is losyen pati halia plus limau purut. Benda ni yang paling I suka adalah bau dia. Bila sapu tu selain  berangin rasa sejuk macam di syurga, bau losyen ni buat rasa tenang je. Dalam pantang kan, kenalah tenang-tenang, kang tak tenang meroyan pulok. Lepas tu, dah nama losyen, bila disapu, memang rasa lembut lah kulit.

Losyen ni dia tak panas kalau sapu banyak-banyak. Sapu kat tempat yang berlemak manis tu banyak-banyak, lepas tu bengkungkan cecepat, terus beradulah kau dikatil sambil rasa berangin macam duduk kat tepi pantai. Time ni kalau mak marah suruh tutup kipas pun, tak de hal punya lah sebab pakai losyen ni memang kau akan rasa sejuk je.  Effect losyen ni pun sama macam kapsul tu, asyik sendawa dan terkentut-kentut je time pakai. Kahkahkah. Ingat losyen dan kapsul ni, ingat sendawa dan kentut.

Apapun, ni experience i sendiri bila guna dua benda ni. Kalau uols guna, I tak tahulah cemane pulak kesannnya kan.

Apa-apa, kalau  nak order silalah order pada Cik Ummi.
Ok semua?
Hingga berjumpa lagi di lain siri.
Tata
=)

3 ulasan:

  1. wah, mcm best jer effect losyen tu kedengaran... bole la try... =)

    BalasPadam
  2. aku baru buat entry pasal aimi sembelit, tetiba terbc kat blog ko utk sembelit ni...bebudak boleh pakai ke? risau tau mak nak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uish, tok dewasa je la feeza. Kalo baby pi jumpa doktor la ye.

      Padam