Rabu, 10 April 2013

Perancangan kerja sebelum bercuti.

Hanya tinggal dua minggu je lagi I akan hadir ke pejabat sebelum mula  bercuti bersalin.
=)
Senyum lebar untuk I, tapi debar-debar macam nak meletup jantung  pula untuk orang yang akan pangku tugas I nanti.

Haha.
Ampun Kak Munnnn, bukan I yang buat decision ye, so maaf zahir batin lah sebab terpaksa menyusahkan Akak. ;p
Nak buat cemane, Akak  kan calon feberet Bos gitewww.

So, dalam tinggal dua minggu sahaja ni lagi sambil jalan pun dah goyahgayih tak berapa nak balance, antara aktiviti yang bakal I lakukan ialah:

Minggu 15-19 April 2013 (Pregnant @ 36 weeks)
  • Pulang dari Melaka dan tinggalkan Iman Raneeya pada neneknya.
  • Keep on filing, filing, filing!
  • Teruskan rutin kerja harian
  • Hadir Kursus  Keseronokan Bekerja selama dua hari bagi memastikan naik kerja dari cuti lama nanti markah CPD adalah sesikit ;p
  • Selesaikan Sasaran Kerja Tahunan *ikut kerajinan
  • Bagi pre-kursus untuk si Pemangku Tugas. Haha.
  • Hadir Bengkel Pemantapan Laman Web FEM di Port Dickson 
  • Kemas rumah selagi terdaya. Ada terdetik nak ubah susunan perabot lagi.

Minggu 22-26 April 2013 (Pregnant @ 37 weeks)
  • Keep on filing, filing, filing lagik!
  • Teruskan rutin kerja harian
  • Hadir Majlis Sambutan Hari Setiausaha Kampeni Kubah Biru. *tatau nak pakai baju apa weh!
  • Serah tugas kepada si Pemangku Tugas. Chaiyok and all the best lah ye Kak Munn!
  • Kemas lagi rumah kalau masih lagi bernafsu. Kahkahkah.

Then, next weeknya,
Akan  bercuti  bersalin bermula dari 29 April hingga 27 Julai 2013 sambil menghitung hari ke tarikh 12 Mei 2013 iaitu, due date bersalin, merangkap my birthday, seterusnya umur I akan bertukar ke 3 series. 
Hehe.


Eh, ni semua perancangan kalau I tak bersalin awal la ;)
Eh eh eh lagi, seminggu plus plus I naik kerja lepas cuti bersalin, dah raya Uols!

10 ulasan:

  1. Wahhh bestnya... dah nak bersalin n dah boleh cuti panjang...

    BalasPadam
  2. heee, awal perancangannyer tue.... (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok rancang awal-awal Dik sebab pregnant ni kita tatau bila bersalinnya even ada duedate pun.
      =)

      Padam
  3. seblm cuti kena open table dulu... decide tarikhh

    ~ustajah

    BalasPadam
  4. Semoga semuanya selamat yaaaaa ;))

    BalasPadam
  5. bagusnya dah ada perancangan macam ni.. yup wawa naik kerja 2 minggu selepas raya.. raya sakan lah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ada wawa. Kalo tak kang, tak tahu nak hadap cemane ;)

      Padam