03 April 2013

Majlis bertandang Qayum & Mila.

Sabtu lepas, I terpaksa pergi ke Majlis Bertandang sepupu, Qayum. Haha. Terpaksa ok sebab selalunya, di masa badan dah gemok gedempol ni, keyakinan untuk bertemu public adalah sangat di bawah paras tapak kaki. Rasa down gitulah.

Tapi bila mikir kan, dah la majlis resepsi dan solemnisasi haritu I tak pergi, so majlis yang ini haruslah merajinkan diri. Siap pinjam baju ok, nak pergi majlis ni walaupunnnnn dah sedar baju yang dipinjam itu takkan muat pungs! Kahkahkah.

Sepupu I tak sanding, tapi ada pelamin untuk bergambar kenangan. Cantik pula kombinasi warna ni kan?

Iman Raneeya all white posing bajet Cinderella sebelum bergerak ke majlis itu. =)

I, Abah, Ikin & Iman. Abah follow the theme. See, betapa besarnya I. Selalu ambil post gambar half-half je kan, ni, hambik kau. Sekali full terus I upload untuk tatapan uols. Hahaha. Besar tak?

Ini lah the sweet perantin & pasangan bersama pengapits.

Satu-satunya gambar yang I ambil  bersama pengantin sebab I malas nak jalan. Nak pergi ke meja beradap tu pun hampir nak  tersadung. Almaklumlah, badan besarrrr kan, tak perasan sangat ada halangan ketika melangkah. ;p

Lastly, theyols bergambar bersama artis tudung pelangi. Haha. Nampak tak, dalam gambar ni, posisi I sama je. Orang je yang bertukar-tukar untuk bergambar.  'Rajin' kan I tak  bergerak,  kan kan kan?


Last but not least,
To Qayum & Mila:

Selamat pengantin baru I ucapkan. Semoga kalian akan berbahagia sampai ke syurga hendaknya. Amin. Dan, selamat melangkah ke satu lagi fasa kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Bertabahlah ye.
;)

2 ulasan:

  1. waaaaaa..dh besar sgt perot tu,
    geram rase nk cucuk kasi pops! hehehe aci??

    BalasPadam
  2. eh, comel apa perut ko nok...tak payah nak cover2 nok...ko tetap comel...serius...

    :)

    BalasPadam