08 April 2013

30 tahun sudah, THE CELEBRATION.

1. Tak payah susah-susah kan diri, kita repost je balik sambil tambah gambar sudah! Bapak pemalas tak hingat! ;p

2. Tak suka betul kalau upload gambar guna handphone. Tah mana-mana lari tah alignment dia.  Haishhh.

3. Im sorry sangat-sangat TO MY DEAREST HUSBAND sebab tak dapat nak tunaikan keinginan you untuk tengok wayang bersama di hari lahir mu dan sambut birthday di luar Negeri Sembilan. ;p I sangat tak larat ok nak duduk dalam kereta lama-lama even setengah jam pun. Bila duduk lama-lama, time nak bangun tu, dia punya sakit kat pinggang, Masya Allah sakit tak terkata. Memang kena take times lah nak balance kan badan & pinggang dulu baru boleh jalan betul-betul.

So, untuk sambutan kali ini, setelah bertukar-tukar lokasi dari KLCC ke Alamanda, Alamanda tukar ke The Mines bajet nak naik boat romance-romance, tukar lagi ke AEON Seremban, dan akhirnya, menyambutlah kita hari lahirmu di  Nilai sahaja. *tutup muka dengan tapak tangan malu sebab tak dapat nak tunaikan.

Dan paling tak boleh blah sekali, bila I say sorry sebab terpaksa sambut birthday you kat Nilai, jawapan you itu, memang sungguh menikam kolbu betul:

It's ok Yang. I ok je. Birthday you pun nanti, you dalam pantang. So, bukan boleh pergi mana sangat dan makan sembarangan pun, so fair lah kan? Kita tak berapa sambut sangat. Sambutan secara sederhana je.

Ces, sungguh kong ajaQ! Balas balik nampak!

So, berikut adalah sikit-sikit gambar sambutan beliau.

The drinks.

Mine.

His.

So, tengok makanan tu, mesti dah boleh agak tempat weols celebrate kan? ;)



Then tengah-tengah makan, tiba-tiba pelayan kat situ bagi bendalah ni kat Azreen. Haha. Gila lawak time ni dan I gelak besar sebab Azreen dah terpinga-pinga dah. Ingatkan bil, sekali list beli barang daaaaa. Kan mainn suami I, dah pandai ado list beli barang gitu. Kahkahkah. Tulis omputih lagi kau!

Oh, yang ni tak termasuk dalam sambutan sebab lepas makan tiba-tiba terasa nak makan roti bakar Old Town White Cafe, so menyinggah lah ke sana sambil I sorang je yang makan. Sedappppp!

Enriched chocolate ice, my fav!

Dan, sebelum pulang malam tu dan selepas penat menahan kuap dan ngantuk, I layan kan je lah permintaan birthday boy nak berkaraoke. Dengan I sekali diheretnya nyanyi sama sampai mengeras-ngeras  baby dalam perut weh.

Ni entri sebelum gambar di atas:

 

Ular sawa ular lidi,
Wahai Encik Azreen selamat hari jadi.

Makan ubi tengah sawah,
Diam tak diam 30 tahun umur you dah.

Pergi Danok tak balik-balik,
Semoga Allah s.w.t sentiasa kurniakanmu kesihatan yang baik.

Makan mi sup dengan Cik Minami,
Semoga juga sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa ada untuk kami.

Kuih bengkang kuih bahulu,
Kami sayang awak sampai syurga tahu?

Pergi sekodeng kat rumah nyonya,
Awak, 1 4 3 sampai bila-bila sampai syurga hendaknya ;)

Pintal rambut meleghet-leghet,
You are the best Daddy dan Husband Iman & I ever had.

Selamat Hari Jadi Daddy Iman!
=)

14 ulasan:

  1. happy birthday kpd daddy iman raneeya :)

    BalasPadam
  2. alololo.. sweeet nye pantun ni..

    selamat hri jadi husband akak :D

    BalasPadam
  3. kelakar kau ni tau kak.
    Gila pun yer.
    Happy besday daddy Iman Raneeya & Reezqy. eh? HAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidup bior klakau Qis walopun masalah bertimbun. Haha.

      Padam
  4. hepi beday to cik abang mu nok...

    semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu hendaknya...amin...

    BalasPadam
  5. mmg x nampak mcm 30 thn.. huhuhu.. lelaki mmg always nampak muda.. hahahha..

    BalasPadam
  6. Uishhh...ye la kan..betul ke 30 ni Ain??

    BalasPadam
  7. Rara, Zana, Ninomos,

    Kahkahkah. Betul lah 30 tahun dah umurnya.

    BalasPadam
  8. happy belated birthday to suami akak hihi time bday akak akak mintkla nak celeb luar nilai dgn melaka gak haha

    -gajahputih

    BalasPadam