26 Mac 2013

Rajin tak rajin sangatlah.

I rasa sejak mengandung kali kedua ni, I tak dapat langsung penuhi kriteria yang disebut-sebut oleh Mak Azreen bila dia tanya mak dia dulu, calon isteri yang macam mana Mak dia nak untuk Azreen buat isteri.

Kalau boleh, biarlah isteri Chik tu dapat jaga Chik macam mana mak jaga Chik.

T______T

Seriously, memang taklah Mak oi. Ampun maaf zahir batin sesangat. Mungkin faktor kemengandungan kot, kriteria tersebut tak dapat nak dipenuhi.

Kalau dulu masa bujang, singlet underwear siap disusun oleh Mak untuk dipakai oleh suami,  tapi sekarang?
Masa mengandung ni, I longgok-longgok je ikut jenis, senang suami nak pilih. Haha. Dasar pemalas sangat!

Kalau dulu masa bujang, baju seluar suami, single line ok wife Mejar Bersara gosok, tapi sekarang?
Ampun lah B, masa mengandung ni seluar you tak tahulah berapa line tah yang ada. Tak larat sungguh lah heh nak iron baju semua.

Kalau dulu, pinggan lepas makan, tak payah suami susah-susah nak basuh,  hanya letak di dalam singki dan terus pergi tengok TV, tapi sekarang?
Ampun sekali lagi sebab dengan periuk kuali sekali semua awak kena tolong basuhkan. 
Awak kena faham B, I insan yang lemah dikala ini. Dengan perut semua, I memang tak larat nak berdiri lama-lama nak basuh pinggan semua. ;p ;p ;p

Ampun sangat-sangat lah suami.
Mesti you tak jangkakan, akan jadi begini lepas kahwin dengan I dan lepas dapat anak sorang? Mesti you menyesal sangat-sangatkan dapat isteri macam I?

Haha.

I jadi malas yang hamatlah oi time mengandung ni. Kalau rumah suami tak kemas, memang I tak tahu lah nak gambarkan macam mana keadaan rumah. Mesti balik kerja akan serabut dengan rumah yang bersepah.

MALAS YANG TAK TERJANGKAN DEK AKAL SENDIRI YANG I AKAN JADI SEMALAS INI.

Tapi dalam malas-malas, tak setiap  hari pun lah I malas.
=)

Ada juga time yang tiba-tiba I rajin sampai suami pun naik cemas.


Macam last weekend, I tiba-tiba rajin lipat baju, siap susun balik dalam semua almari, lepas tu tukar semua cadar katil siap basuh, dan macam-macam kerja lagi I buat, terus Azreen cemas tanya, awak dah nak bersalin ke sebab awak buat semua ni?
Haha.

Lepas tu kan, siap buat kuih dua hari berturut-turut ok!

Pau yang tak berapa nak gebu sebab orang suruh pakai tepung pau, i pakai tepung gandum ;p

Ahadnya pula buat badak berendam kaler biru kan main. Sebab takde pewarna hijau, i letak je pewarna biru, so jadilah bluehippo berendam. Kahkahkah.


=)
Ok dah.
Starting entri dengan ending memang  saja tulis lain-lain.
Lepas tu saja taip panjang berjela, padahal nak cerita, I buat kuih tu je.
Haha.
Tata semua!

P/S: Sindrom susah nak tidur malam sudah datang! Hai la hai.

8 ulasan:

  1. kehkehkeh
    skali kueh bluehippo berendam daaa..
    comei la plak kaler biru cenggitu Ain..

    p/s - kalo org pregnant dtg sindrom ssh tdo mlm tu selalu la dgr kot pembawakan budak..tp kalo x kawin tetiba x leh tdo ni kan lagi haru biru..tgk x pasal2 dtg komen pkul 530 pg.adoiiiyaii :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Comel memang comel tapi seram juga la nak mkn bila tgok kaler kuih tu ;p

      p/s: awat cheq x boleh tidoq?

      Padam
  2. hahha..sib bek la en.somi memahami... same la sy mengandung ank kedua tahap kemalasan mmg thp pemalas lipas pye org...

    BalasPadam
  3. bukan u sorg je ain yg ade sindrome tu mase peknen, i pun same, tp nasib baik en somi i dia paham...kalo x paham jugak , kita buat dono jek..lagipun yg boyot2 tu pn dia punye keje kan?? =P

    BalasPadam
  4. Mrs. Eady, Sueshe, Scha,

    Hehe. Same ea. Nasib baik, so ada lah geng =)

    BalasPadam
  5. haha..i dl time preggy pon iron suar kerja hubby jd line adidas..huhu

    BalasPadam
  6. wow rajinnnn sangat.kalau rara buat mst xjadi =(

    BalasPadam