07 Mac 2013

Nak update malas, tapi malas-malas tetap nak update juga. Haha.

Hoi, tajuk ke hapa kan main panjang!
Haha.

Menunggu suami datang ambil ni, tatau nak buat apa. So, moh le kita menaip sekejap.

Tadi pergi check-up 30 minggu. Alhamdulillah, berat maintain, hb je rendah sikit, dan sekejap je sesi konsultasi dengan Nurse sebab setakat ni tak berapa nak ada masalah lagi. Haha.

Then pergi scan pulak, Alhamdulillah sekali lagi sebab baby ok, placenta ok, air ketuban ok dan Doktor pesan, kalau awak rajin makan vitamin, lepas ni tak payah nak tunggu lama-lama jumpa saya dah.  Yey! ;)  Baiklah doktor, saya akan cuba!

Baby siap tunjuk gender dia lagi kat Azreen. See suami! Confirm ....... Reezqy lah.

Nampak tempat kosong tu sebelah nama Reezqy?

Kosong tu sebab I masih memikirkan nak letak nama apa. Ingat dulu nak letak Iman juga. Tapi dah kakaknye bahasa kan diri sendiri Iman,  haruslah ditukar ke nama lain. Kang berapa banyak Iman pulak dah dalam rumah ni. So, I masih mencari-cari nama yang mula dengan huruf I. Azreen nak Irham. I?

Entah. Nama Azreen cadang tu I macam tak berapa suka dan I  sendiri takde lagi nama yang nak dicadang sebab kalau boleh I nak nama yang arabic sikit.

Iqlab.
Idgham.
Ikhfaq.

Boleh?
Arabic sangatttttt kan?

Haha.

Ok dah. Tata. Nak pulang.
Apapun, 6  7 minggu lagi, I harap I bersalin dah lah.
Amin...

6 ulasan:

  1. me pun macam tu..malas² ke busy² ke update tue tetap ehehehee

    irfan reezqy? hiks! :)

    BalasPadam
  2. kau ni kategori malas² rajin kak sebab hari² ade je ko up entry baru!
    ehemmm, dah tajwid sangat nama anak kenapa?
    Izhar? ok tu nama ex-boipren aku. Imran, Iqbal?
    kbai!

    BalasPadam
  3. alhamdulillah....tak lama dah nak bersalin...:) take care ye....nama tajwid tu nmpk menarik, sure anak u terer baca quran nanti...:)

    BalasPadam
  4. ain..bgi Izry Rizqy..rezqi yang nampak la...

    BalasPadam