Isnin, 4 Mac 2013

Foto rawak #2

Apa?
Takda story nak post kat blog?
Takde idea nak menulis?
Takde?

Nak susah apanye.
Meh I ajar. Copy je gambar kat IG, then post la kat blog. Then tulis caption panjang2 kat gambar. Terus ada post sebijik dah.
Mudah kan?

Haha.

Minggu yang I pi scan 3D haritu, malamnya Iman Raneeya tiba-tiba demam. Seriau mak nakkk. Yelar, budak-budak ni demam bukan boleh buat main-main. Kang panas melampau tiba-tiba tarik sawan, tak ke naya. So, berjaga lah I malam tu memantau suhunya sejam sekali sambil membasahkan badan dia dengan air.  Bila batuk kong-kong lak. I kejut dia, bagi ubat batuk jam jam tu juga. Terus kurang batuknya.

Ala, tahu! Gambar ni I dah post dalam entri sebelum ni. Saje je nak post lagi. Even I dah tahu gender baby ialah lelaki, tapi hati I masih ada curious juga. Haha. Eh, scan 3D selalunye tepat kan? Lagi tambah curious bila haritu time beli barang baby, semua barang I ambil warna  biru dah Azreen siap sound, u're so confidenttt kan Yang!  Heshhh, rasa macam nak hempuk je. My instinct say so lah it's baby boy. Lagi-lagi bila Doktor tunjuk telur (i dah lupa sebutan saintifiknye ;p ) baby haritu kat I dan inform masalah telur  baby sebelah ada air, sebelah takde, confirm lah kan lelaki. Takkan perempuan ada telur lak B oiiii!

Sexy chicken! Kehkehkeh. Tq ibu, masakkan ayam panggang telanjang ni kat I time balik Melaka tuari. Sedap. Nanti I berapantang, masak resipi ni je lah ye. Boh lada hitam banyak sikit, confirm selera I menghadap nasi. =D

Si budak demam tuari. Tidur pun nak berpangku siap bagi arahan. Deddi, pok Iman. Deddi, anyi Hamdulillah (Subahanallah Walhamdulillah). Kan main ko kan. Nasib lah demam, so kita layankan aje. Nasib nak Deddi, kalau Mummy yang kena pangku gaya gitu, mau kremmmm kaki haku! ;p

Mummy with budak demam yang dah sihat. Hmmm, ada peristiwa di sebalik gambar ni. Boleh, malam tu pergi majlis harijadi yang salah tarikh? Majlis sepatutnya next week! Serius hangen I ok sebab dah siap naik kat tempat tu tapi takde siapa pun dan pekerja tengah sibuk kemas majlis lain yang dah selesai sebelum tu. Salah siapa? Ehem-ehem, siapa yang makan cili padi cili-cili mulut dia sampai berapi, dia lah yang terasa pedasnya!

Kehkehkehkehkeh. Terjumpa gambar once upon a time time memula kerja. Bergambar bersama sifu-sifu I. Yang tudung hitam tu garang. Yang tengah tu mulut bising. Tapi dalam bap kerja, mereka superb.  Alhamdulllillah dapat nuntut ilmu dengan mereka ni dulu.  Eh, muka masih natural beauty lagi time ni. Suci murni. Azreen ngekek-ngekek gelak tengok gambar ni sambil cakap kan main kening  bersambung sambil mengata-ngata I.  Hello......!!!! yang kening bersambung ni lah juga yang ko rebut-rebut kan dulu kan! Ha, terus diam bila I cakap camtu. Malu lettewwww.
Alhamdulillah, dapat lah juga shopping barang untuk Reezqy sesikit. Baju 6 pasang, sarung tangan kaki 5 pasang, barut perut 5 pasang, dan lain-lain lagi keperluan asas yang baru. Merasalah dia juga pakai  barang yang  baru. So, fair lah  kan. Apa yang kakak dapat baru dulu, awak pun dapat juga sekarang. Tapi tak semua lah sebab kali ni Mummy nak spend kat BF & set berpantang thingy. =)  Baju-baju semua dah basuh dah pun. Sekarang masa untuk readykan barang untuk diletak dalam kereta dan barang-barang Iman dan adik nak dipack masukkan dalam box je. Senang masuk dalam box je semua. So, lepas bersalin, hangkut je lah box tu semua bawa balik Melaka.

5 ulasan:

  1. owh lebih kurang toturial gak ni..ajar bagaimana nk upate blog bila otak dah blur..hehehe

    setiap pic ada kenangan kan.tp lawak lah bila tgk pic Ain dgn tok guru tu mmg nmpk mcm kening bersambung lah.hahahahaha opssss :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aini,

      Sebab tu lah muka I tak boleh kurus, nnt nampak kening bersambung ;p

      -Dakpink-

      Padam
  2. hahahahah i terasa dgn post u lah darling...previous post i ada mengatakan x der idea...hahahahha...

    BalasPadam
  3. zana pun xde idea nak update blog.. padahal banyak entry tertangguh.. hahaha..

    cian kakak iman demam yer..
    mcmne leh salah tarikh yunk oii..
    ayam tu memang seksi..
    muka suci tu mmh habis suci & tantekkk..

    BalasPadam
  4. sy pon kering kontang..ni pon baru nak start menghapdet

    BalasPadam