13 Februari 2013

Bebelan Dakpink. #9

1. Gemuk

KA: Gemuknya Ain tu Sem!

B: KA cakap awak gemuk Yang. Haha.
A: Kuang Asam punya KA. Wife dia tu slim sangat ke?
B: Tak pun. Gemuk chubby2 jugak.

A: Dah tu sibuk orang gemuk apasal? Gemuk-gemuk I cutting model tau. Kau hado?
B: Erkkkk, cutting model celah manenye?

A: Awak apa tau. Plus size model cutting macam I ni lah!
B: Apa-apa je lah Yang. Yang penting, gemuk awak lahirkan baby untuk I. Thank you Yang. Bukan semua orang dapat merasa gemuk macam you ni. Bersyukurlah, you gemuk penah rasa, kurus meleding pun penah merasa. Tuhan bagi awak rasa semuanya.

A: Sebab awaklah aku gemuk macam ni!*sentap
 B: Ark ark ark


2. 14 Februari

Hmm, dari hari tu terfikir-fikir macam ada sesuatu je di tarikh 14 Februari. Eh, bukan belentino day tu. Ni lain. Macam ada sesuatu ye yang patut diingat untuk dikenang-kenangkan. Setelah puas-puas fikir dan godek-godek post dalam blog yang lepas-lepas, rupanya, 14 Februari adalah ini.


Haha. Tarikh pertunangan sendiri, 14 Februari 2010.
Ampun to myself sebab banyak nau benda yang difikir, sampai terlupa tarikh tunang sendiri pun lupa dah.

14 Februari ni juga akan minum air gula untuk kali kedua dan cucuk kancing gigi. Harap-harap tekanan darah dan gula ok lah lepas ni. Malas betul nak pergi klinik sokmo.  =)


3. Preparation for 2nd baby?

Dari minggu ke minggu cakap kat diri nak basuh baju Iman Raneeya yang dah tersimpan dalam kotak untuk adik dia. Untuk 2nd baby ni mungkin tak beli banyak baju kot. Barang lain je lah yang beli baru. Baju, guna je baju kakak dia dulu. Banyak yang masih elok. Kalau yang keluar lelaki, nasiblah pakai  baju kakak yang pink-pink tu. Haha. Campur dengan baju yang Kak Ju bagi, dan baju Arif Daniyal dari Ikin nanti, cukup kot baju-baju untuk 2nd baby. Alah, baby cepat besar. Kalau tak muat nanti, baru kita beli yang baru. Kita jimat kat baju, tapi kita belanja lebih tok yang lain ye my 2nd baby.


Tapi tulah, asyik cakap je nak basuh tapi tak buat-buat. Nak menonggeng cari kotak bawah katil pun malas, apatah nak membasuh pulak.

Minggu ni dah 7 bulan, 3rd trimester!
Kalau maleh juga nak  buat this week, alamatnya, memang lepas ni Suami tercinta je lah yang kena tolong buatkan sebab badan dah makin tak larat. Time tu kena tutup mata je lah tengok suami curah sabun semangkuk, sebesen pelembut kain dalam mesin basuh dan air mesin melambak-lambak kat simen. Mata juga kena buat-buat tak nampak kalau ampai kain tu bersimpang siur sidaian kainnya. Haha.

Haishhh Ain, pleaslah jangan sakitkan mata sendiri. Minggu ni sila rajinkan diri buat ye. Baru puas hati.
Mode rajin, sila kemariii!



5 ulasan:

  1. awak tetap slim pada pandangan mata kita hehehe

    BalasPadam
  2. dak pink! lama tak jalan2 blog awak..sdah besar anak :)

    BalasPadam
  3. tak per..baby pakai baju pink tak perasan sangat..:)

    BalasPadam
  4. hehehe
    gemuk cutting model ye Ain.hehehe
    xpelah cakap kat KA tu gemuk pun mantain comell tau.haha

    BalasPadam
  5. dalam keadaan macam ini sokongan orang tersayang penting...

    BalasPadam