01 Mac 2013

Baby 29 minggu, kakak baby 22 bulan.

Hello aunties & uncles. It's Reezqy, Insya Allah!  ;)
Dua hari tak masuk office, kerja memang membukitlah. Jangan kata kerja, email pun kan main berderet nak kena baca sampai nak penuh quota mailbox dah. Incoming calls lagi, tanya itu ini, nak suruh buat  itu, nak minta tolong ini. Lepas tu pulak, bos mengejar minit mesyuarat Jumaat lepas,  hai lah, lagi berpeluh lah ahkakkkk dibuatnya sebab nak mikior mana satu nak diselesaikan dahulu sebab semuanya penting, semuanya nak dulu sajo.

Ingat I robot ada 100 tangan?

So sesabar and take turns lah ye semua. Apa pun, I dahulukan bos I dulu lah sebab tanpa dia, tak wujud lah elaun-elaun yang I dapat. Kahkahkahkah.

Berbalik kepada gambar kat atas, last Tuesday, my cousin's fiance offer pergi buat scan 3D kat tempat kerja dia. So, I heret jugalah Azreen pergi dengan alasan nak merasa scan 3D. My plan, kalau lelaki lepas ni nak tutup buku dah, so, ni lah peluang yang I ada untuk tengok. Azreen berkira sikit nak membuat scan 3D sebab katanya baik simpan duit tu untuk  benda lain. Oleh kerana I dapat FOC untuk scan ni, maka tiadalah alasan lagi yang Azreen boleh bagi. =) Iman Raneeya yang sedang demam pun I heret sama.

Alhamdulillah, scan-scan je, baby terus tunjuk gender dia. Haha. Tak malu betul! Gender tunjuk, tapi muka sorok. Penatlah doktor godek-godek, lastly, dia tunjuk juga muka dia seperti dalam gambar kat atas tu. Adik I kata, Reezqy tengah azan bila tengok gambar tu.

Muka baby ada iras macam kakak dia sikit-sikit. Yang penting, hidung masih ikut I lagi. Padan lah muka you suami ku sayang, asyik dok ngutuk hidung penyek I ni, sekali dua-dua anak mengikut hidung i juga. Eh, yang hidung penyek ni jugalah yang you rebut kan dulu kan kan kan? ;p

Doktor scan segalanya, tengok jantung, buah pinggang, semua ok.  Berat pun just nice  1.7kg mengikut minggunya. Cuma, ada sedikit masalah tang anunye itu tapi kata doktor masalah tu normal sebab bila baby dah lahir nanti dan berumur 6 bulan, masalah tu kebiasaannya akan hilang. So, takda apa lah yang perlu dirisaukan. Lega sikitlah bila doktor cakap macam tu. Apapun, semoga Allah s.w.t permudahkan lah segala urusan I bersalin nanti dan kurniakanlah kesihatan yang baik kepada baby. Semoga semuanya kan baik-baik saja.

Beralih kepada si kakak, Iman Raneeya. Semalam, genap umurnya 22 bulan. Lagi dua bulan nak dua tahun dah. Demam panas menyerang time dia beralih bulan. Hmmmm, camtulah ko Iman Raneeya dari dulu lagi. Agak-agak nak kembang je, demam datang, terus kuncup balik. So, balik  Melaka  haritu, basahkan badan dia dengan air kelapa dan daun bunga raya, terus kebah dah harini. Yang tinggal hanya batuk-batuk dan selesema. Mata pun masih nampak kuyu lagi.

This year, tak tahu lagi lah nak sambut atau tidak birthday Iman Raneeya. Kalau buat pun mungkin sesama ahli keluarga je. Yelar,  birthdaynya jatuh time Mummy sedang sarat dan menunggu hari. Entah-entah, I dah dalam pantang pun time tu. Haha. Kita tunggu dan lihat je lah nanti.

7 ulasan:

  1. tak sabarnya nak scan... 3D n 4D lebih kurang sama je kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4D lagi clear & lagi mahal kot yang. ;)

      Padam
  2. seronoknya sepasang :) take care dear...

    BalasPadam
  3. tahniah ain.. semoga mummy n baby sihat kedua2nya..

    BalasPadam
  4. semoga segala urusan dipermudahkan Allah.. zana doakan yg terbaik utk Ain k...

    BalasPadam