04 Januari 2013

Rumah yang dapat rahmat dan keberkatan Allah s.w.t

Mau mabok pink Azreen kalau rumah I gaya gini. Kahkahkah. Ni rumah Omputih ni.

Malam tadi, pilih-pilih channel, tersangkut pula kat program Semanis Kurma di TV 9. Topik malam td adalah Rumah Baru. Lebih kurang macam tu lah tajuk nye. I tengok dah setengah rancangan dah.

Sambil menepuk-nepuk Iman Raneeya dan melayan  karenah suruh garu lah suruh picit kaki dia lah nak bagi dia tidur, so dengar lah bual bicara Ustazah Bahiyah dan Ling dia tu.

Panel jemputan dalam program tu adalah Prof. Izi dan lagi sorang tu tak ingat nama. Seronok jugalah melayan topik tu walaupun perancangan untuk membeli rumah baru masih dalam KIV lagi.

Antara point-point  yang menarik perhatian I dalam rancangan tu adalah:

1. Rumah yang dapat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t / sentiasa dikunjungi Malaikat
  • Rumah yang dijadikan tempat untuk sentiasa mengingati Allah, sentiasa menjaga adab -  apa juga yang kita lakukan dalam rumah, suruhan Allah s.w.t sentiasa diamalkan. Contoh, memberi salam bukan setakat nak masuk dalam rumah je. Tapi sesama anak, sesama suami pun boleh dijadikan  amalan memberi salam ketika di dalam rumah - Assalamualaikum Iman, anak Mummy dah  bangun ye. Assalamualaikum B, jom makan jom (contoh).  
  • Rumah yang suka mengusir syaitan. Ini  melalui pengisian aktiviti yang dilakukansentiasa solat berjemaah dengan ahli keluarga, sentiasa membaca Al-Quran, berzikir, solat sunat, etc.
  • Perhiasan di dalam rumah dekat dengan Allah -  gantung ayat suci Al-Quran dan baca. Kalau setakat digantung sahaja, so tiada manfaat apa pun lah.
  •  Setiap orang dalam rumah memainkan peranan bagi memastikan rumah tersebut diberkati dan mendapat rahmat Allah.


2. Nabi Muhammad s.a.w suka meletakkan cermin di dalam rumah. Ini kerana beliau suka melihat cermin. Jangan hanya melihat cermin tetapi amalkan setiap kali melihat cermin  baca doa melihat cermin tu sekali - Ya Allah, seperti mana kau cantikkan wajahku, kau cantikkan lah juga perilakuku. Automatik, kelakuan pun baik-baik jugalah seperti wajah.

3. Toksah nak berfengshui2 sangatlah kalau nak membeli rumah. Itu bukan amalan Islam. Rumah yang bagus adalah rumah yang disinari matahari pagi dan mempunyai elemen air (bunyi), tanah (tumbuh-tumbuhan) dan pengudaraan yang bagus.

4. Isu tutup pintu sebelum Maghrib.
Ada di antara kita ni kurang nak mempercayai kena tutup pintu nanti anak kecil terkena gangguan makhluk halus. Seeloknya pintu rumah di tutup sebelum Azan Maghrib. Ini bagi mengelak terperangkapnya Syaitan yang bertempiaran lari apabila mendengar Azan. So, takdelah bila malam anak kecil menangis or meragam semua tu. Tapiiii, jangan hanya menutup pintu semata, semua amalan mengaji solat tu dalam pada masa yang sama kena dilakukan juga.

5. Kalau rumah tu dah ditinggalkan lama atau rumah baru, sebelum kita masuk, kene azan kuat2 dulu.

Last sekali, sebesar mana rumah pun, kalau tidak mengutamakan jiran, kalau tidak melakukan amal ibadat,  tiadalah seri dan berkatnya.

Itu sahajalah antara point-point yang I ingat. Kot ada yang terkurang or terlebih tu, mohon maaf awal-awal. Almaklomlah sambil mendengar sambil melayan si kecil. Tengok pula dah tengah-tengah siaran  ;)

Apapun, kalau nak tahu lebih terperinci, tengoklah ulangan Semanis Kurma, Isnin nanti, pukul 9.00 pagi.

8 ulasan:

  1. terima kasih berkongsi ni :)
    Ros pun tengok jugak malam tadi..

    BalasPadam
  2. a'ah ain.. kite pon tengok dah separuh jalan. sama jugaklah.. sambil melayan si kecik tuh, betul sangat ain.. tapi akite nak tambah sikit, kalau rumah tu dah ditinggalkan lama atau rumah baru, sebelum kita masuk, kene azan kuat2 dulu... :)

    BalasPadam
  3. a'ah ain.. kite pon tengok dah separuh jalan. sama jugaklah.. sambil melayan si kecik tuh, betul sangat ain.. tapi akite nak tambah sikit, kalau rumah tu dah ditinggalkan lama atau rumah baru, sebelum kita masuk, kene azan kuat2 dulu... :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, terima kasih dengan perkongsian ni Ain... InsyaAllah sama2 kita amalkan dan manfaatkan kearah mendapat keberkatan Nya..

    BalasPadam
  5. good tips!!
    my parents amalkn smua 2..
    pe yg ye gantung ayt kt rumah..i yg slalu bc..adik2 yg len xtau la..hehe

    BalasPadam