29 Januari 2013

Meatballs, IKEA

Cuti Maulidur Rasul,
orang Islam sibuk memperingati hari kelahiran Rasulullah s.a.w, jiran selang sebuah rumah I (India), sibuk berparti pung pang pung pang sampai pukul 2 pagi. Sungguh kurang sopan betul. Bingit telinga dibuatnya. Dah tegur pun dibuat tak reti, so kita diam-diam je lah pejam mata sambil terlelap.

Esoknya pula,
tengok siaran langsung perarakan Maulidur Rasul, dengar-dengar sikit ucapan tahun ni, then dalam pukul 10 lebih-lebih sikit weols keluar rumah untuk memenuhi tuntutan nafsu makan I. Haha.

Time public holiday kau sibuk nak pergi IKEA kan, memang saje menempah maut dan membakar gegendang telinga lah bila trap dalam jam. Tapi itu semua sanggup I redah demi mendapatkan bola-bola bersalut sos cekelat seperti di bawah ini. Mmmm sedap sungguh sampai 7 ketul I makan sorang je. Nyummms!

Alahaiii, rasa macam nak pergi repeat makan lagi. Kalau lah tahu buat sendiri ni, tak payah nak susah-susah kan diri pergi ke IKEA yang jauh nun dihujung negeri tu. Ada sesiapa yang ada resipi? Meh lah share meh.


Penyelamat.
Bawa sekali MIL dan FIL. So, bila abang driver bising-bising ngamok jalan jam, MIL  akan bersuara, Alah, sabarlah. Orang mengidam tak baik tak tunaikan, kang meleleh air liur anak. Bukan selalu pun jalan-jalan sambil jam. Haha. Sep 5 lah MIL! ;p

Kau mampu jalan-jalan sambil jam?

Terus abang driver diam tak berani lawan cakap mak dia sebab takut tak cium bau sorga! Kahkahkah.

Sakit pinggang oooo menawaf  IKEA yang bosa tu.  Kaki macam rasa tak  jejak bumi je sebab byk berjalan sambil membawa badan. So, terpaksalah kejap-kejap duduk sambil menghayati deco-deco di sana.

Yang si Mek Kecik tu pulak menahan marah je sebab dia tak boleh turun dari stroller dan tak dapat nak tolak stroller dia. Memang  hangin je lah itu Mek Kecik. Siap cebik-cebik mulut nak nangis lagi bila kena marah sebab dia cuba juga turun sampai nak terbalik stroller tu dibuatnya. Bukan tak bagi sayang oi, orang ramai nak. Lagipun, weols tak larat nak mengejarmu kalau terlepas kang.

Bila sampai kat tempat tak ramai orang, bagi lah chance dia berjalan sekejap. Tu pun tak boleh lama sebab pantang nampak benda-benda yang comel yang ada di sana. Tengok tu, dia dah jeling benda yang ada. So, sebelum benda-benda yang cantik dan suweet tu jatuh ke lantai or pecah, eloklah kita masukkan dia semula dalam strollernya.

Ohhhh, i love white cabinets & white furniture so much. Nanti kalau ada rezeki rumah baru, Insya Allah akan I pastikan semuanya cabinet & furniture I  white color ye Abang Azreen ye. Please please please, kalau sayang bini, sila ikut cakap bini. ;p

Even pada mulanya tak nak beli apa pergi sana, just nak makan aja, tapi mahap zahir batin lah kan sebab I pergi dengan orang yang suka shopping barang rumah. So, macam-macam bendalah yang digrabnye oleh Abang Azreen I. Tu pun nasib I sempat sound tarik-tarik muka lagi bila dia nak beli meja makan dan kerusi yang lain-lain harga. Kan main, sound-sound I jalan jam, sampai sana kau lah orangnye ye nak beli segala benda.


5 ulasan:

  1. yup2, teringin nya nak makan meatballs ikea kak.. T__T

    BalasPadam
  2. meatballs tuh nmpk sedap...x penah makan lagi kat ikea..tapi kawan nieyl..die sanggup ke ikea semata-mata nak makan meatballs..hehehe

    BalasPadam
  3. suka pergi IKEA...
    meatballs nampak sedap juga.......

    BalasPadam
  4. alah! kalau tahu kita nk kirim. bukan kirim meatballs kirim barang. x pe nt plan dgn group kak jah gi walkhaton ke sana. hehehe...

    BalasPadam