17 January 2013

Listen! Bebelan Dakpink. #8

1. Im not perfect, nobody's perfect.

Siapa yang sempurna dalam dunia ni? Sila angkat tangan dan komen kat posting ni kalau ada. Sila-sila. Dialu-alukan. Bila terbaca sesuatu kat FB dan tahu, ia memang ditujukan kat I tanpa selindung, serius memang hangat hati dan kalau ikut hati I, i memang nak sound direct je. Tapi bila difikirkan status saudara, I fikir semula lapanbelas kali sebelum ambil apa-apa tindakan. Cuba tenangkan diri, cuba bersikap matang dan ignore seboleh mungkin. Yelah, kalau layan anjing yang menyalak, kang kita pun sama jadi anjing juga. So, silalah jadi manusia yang boleh berfikir, jangan jadi anjing.

Yes, truly, memang dalam hal ini, I dan suami salah. Ambil tindakan secara tiba-tiba dan mengecewakan pihak uols. Tapi ingat, I buat cara berhemah. I pergi menghadap. Face to face. Siap minta maaf semua. Bukan sekadar hantar sms then tinggalkan begitu aja. So, what do you expect. Nak I pergi menyembah macam tu?

Since dari mula lagi bila ibu suarakan minta saudara jaga anak dengan alasan kesian, dia takda anak, makcik pun takda cucu, I dah memang berat hati. Berbelah bagi dengan permintaan ibu dan juga permintaan suami yang nak anak dia, mak dia sendiri yang jaga. Keputusan yang sukar nak dipilih. Penat pujuk rayu suami, supaya dia lupakan permintaan dia tapi dahulukan permintaan ibu walhal i tahu syurga I adalah pada suami.

Haishhh, serba salah tak sudah. Lagi-lagi bila dah jadi macam ni. Lagi-lagi bila lebih sudu dari kuah.



2. Penjagaan anak.

Dalam hal ni, I tak minta banyak pun. Benda yang I minta mudah. I bukanlah jenis mak  yang beria, nak anak dijaga sesempurna mungkin.

Berlainan dengan suami  yang  dari kecil lagi diberi jagaan sempurna oleh mak dia. Seriusly, kadang-kadang I pun tak mampu nak memberi perhatian pada anak dan suami sesempurna mak mertua I. Betul, dari pemerhatian I, mak mertua I sangat menjaga anak-anaknya even dah besar panjang ni. Bukanlah niat I nak up mak mentua berbanding mak sendiri, tapi ianya benar.  Mungkin sebab dia suri rumah sepenuh masa, so perhatian utama dia memang kat suami dan anak-anak je lah. Sebab tu bila suami bising-bising bab penjagaan anak dia yang tak sesempurna mana, i hanya buat pekak telinga saja.

Berbalik kepada permintaan suami dan I, kami tak minta banyak.
1. Jangan bawa anak I naik motor.
2. Biarlah anak I di rumah saja, tak perlu di bawa berjalan ke mana-mana.

Tu je. Benda-benda lain kalau jadi pun, I tutup mata sahaja sebab fikir saudara, lepas tu, I pun sama je, tak lah sesempurna mana dalam hal menjaga anak ni.

Permintaan I tu dah banyak kali diingatkan, tapi ia masih tetap terjadi juga. Bila mengadu pada makpak sendiri, ayat abah, nak orang jaga anak, jangan banyak bunyi, buat I serba salah nak mengadu. Nak melayan suami macam ni, nak melayan permintaan makpak camni, nak menjaga hati saudara lagi.

Yang tak sedapnya, bila berita sampai dari mulut orang, bukan dari mulut saudara sendiri. I pun bukanlah dengar bulat-bulat dari mulut orang. I tanyakan balik kepada saudara untuk minta kepastian. Dan saudara mengiyakan bila ditanya. Kalau tak tanya, sampai mati pun mungkin I dan suami tak tahu kot anak i dibawa ke sini sana. Kalau jadi accident or apa-apa ke, mungkin makbapak sendiri ni lah orang terakhir yang mengetahuinya. Tang naik motor tu pun sama, siap I terserempak dengan mata sendiri lagi bilamana, i terpulang awal dari waktu bekerja. Bukan niat I nak memperkecil-kecilkan orang naik motor. Abah I sendiri pun ada motor je. Tapi dalam hal ni, I fikir keselamatan anak I. Budak kecil kalau naik motor, tahu je lah, excitednya terlebih. Lagipun, malang tak berbau, kalau jadi apa-apa? Pada I kalau nak jadi apa pun, biar di depan mata I sendiri aja.

So, dalam hal ni, salah I je lah yang nampak, salah sendiri? Hati orang je lah yang nak kena jaga, hati I dan suami?

Iya, benda ni mungkin benda kecil je bagi sesetengah orang dan dipandang remeh, tapi bagi suami dan I,  kalau sampai I dan suami sendiri dah bermasam-masam muka sebab perkara ini, ia adalah perkara BESAR. Elok dicegah daripada rumah tangga I yang berpecah belah.


3. Priority.

Sekali lagi i respect dengan Mak mertua I. Walaupun dia menatang anaknya bagai minyak yang penuh, tapi lepas anak dia berumah tangga, dia tak pernah nak campur urusan hidup anak-anak walaupun hati dia meronta-ronta nak bantu selesaikan apa jua masalah yang menimpa anaknya. Kalau anak dia yang perempuan datang mengadu, apa-apa pun dia tetap menangkan menantu, suruh hormat suami sendiri walau apa yang jadi.

Berlainan dengan situasi I, kadang-kadang I rasa, ibu abah lupa priority sekarang adalah keputusan suami. Takkan sebab saudara, I kena bermasam muka dengan suami sendiri. Kesalahan bulat-bulat diletakkan kepada I, buat I jadi serba salah.


4. Tak sepatutnya.

I tahu, tak sepatunya I luahkan benda ni kat sini. Hal keluarga lak tu. Tapi, seriusly, i stress sebab benda ni. Bila stress, I sedih. Bila sedih, mungkin tu punca i kurang darah kot. Nurse pun dah tanya banyak kali, I ni stress prengnat ke hapa sebab darah tak naik-naik. Kaki pun macam dah start nak bengkak semua. Macam kelakar pun ada sebabnya, situasi ni patutnya buat I dapat darah tinggi, tapi sebaliknya pula.

So, kena luahkan juga sebab penat simpan dalam hati. Biarlah orang nak kata I apapun, terpulang. I perlu cari cara untuk melegakan hati sendiri. Dan, di sini tempatnya.

Lepas bersalin ni, tak payah dah lah nak suruh mak ke saudara ke yang jaga anak dah. Penat. Penat nak menjaga hati. Iman Raneeya dan adiknya duduk Taska je lah. Orang taska mungkin tak bawa diorang naik motor kot. Kalau nak bawa berjalan pun, mungkin orang taska minta kebenaran dulu kan? ;)

17 comments:

  1. kak....kite pun ade experience cam akak..disebabkan sedara la anak kite masuk hospital usus bengkak..umur baru dua minggu dilahirkan sedara dah bagi makan nestum kak mentang2 kite anak sulung tak tau pape lagi kan dia pulak over..sedara belah mak juge..sampai sekarang I tak mau pandang muke sedara tu..anak kak jadi mangsa nyawa pulak tu..nurse kate lau lambat bawak hospital usus bole pecah : ( I tak percaya lagi dah kat sedara mara ni menyampah..tak semua la tetapi yang tertentu..dah berazam dah lepas ni lau pantang sekalipun tak payah la sedara mara tu menyibuk nyibuk hal orang..eish tak leh ingat la sakit hati..pasal sedara ni susah kite kene jaga hati mak kite juga ikutkan nak sound je dedepan biar sedar diri sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi, benda yg macam ni lah tak nak didengar.
      Sabarlah ye Aisyah.

      Delete
  2. sape pon jaga.. still ade baik dan buruknya.
    kite tawakkal ajela..
    raneeya dah boleh masuk taska. die boleh belajar berkawan.. cari taska yang ade sambil jaga sambil mengajar.. hafal abc.. nyanyi2..

    tapi bab baby tu kena fikir byk2 gak.
    aku doakn semoga urusan ko dipermudahkan eaa... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mi. Kita jaga pun ada baik buruknya, tapi selagi boleh cegah, cegah lah.

      Memang nak hantar IR ke taska je lepas bersalin nnt. Yang kecil pula, akan difikirkan macam mana.

      Delete
  3. uishhh....dlm dilema.tp elok jgk hntr ke taska IR lps ni.kalau x berpanjangan bermasam muke.tu yg ain lg stress...hal umahtangga ni kalau boleh biar la kite n suami decide.kuarga ckp ape pon.,senyum je la walaupon berapi2 telinge :-) nak2 dgn saudara...even pasni dh x hntr pon.,mulut dia org ttp akan berbunyi :-( sbr je la...semoga trus kuat m'hadapi ujian dariNya ;-D

    ReplyDelete
  4. setiap kita pasti alami semua itu.....masalah lebih kurang gitu juga hal anak2...tapi pekakkan telinga dan berdoa agar akan diri ini sentiasa lebih baik....

    ReplyDelete
  5. elin yg baca pun stress!..ini kan tuan badan.
    sabar lah ain...semoga segalanya di permudahkan k.

    ReplyDelete
  6. betul setuju wlpon tahu siapa geranganya,sbb tu since dulu mak suggest izma x setuju,hahaa..klu nak cr org baru skrg pon izma ada calonya,tpi kena investigate sdri lah ya,since bs izma pon dah nak bersalin tercari2 jgk bs baru,so rmi plak yg offer..tpi terpaksa tolak sbb jauh dr rmh,klu kak long nak dia duk tmn medang,cikgu skolah yg dah pencen dan ank2 pon dah besar.

    ReplyDelete
  7. betul tu,sgt setuju wlupon tahu sapa geranganya..sbb tu since dulu mak suggest kan izma xnak..sbb kes mcm nilah.klu nak cr bs baru inform lah sbb since bs skrg dah sarat mengandung rmi je yg offer nak jaga tpi terpaksa tolak sbb jauh dr rumah..ada sorg tu dr tmn medang,cikgu sekolah yg dah pencen..duk rmh sorg anak2 pon dah besar..klu nak nti call lah ya..

    ReplyDelete
  8. betul tu,sgt setuju wlupon tahu sapa geranganya..sbb tu since dulu mak suggest kan izma xnak..sbb kes mcm nilah.klu nak cr bs baru inform lah sbb since bs skrg dah sarat mengandung rmi je yg offer nak jaga tpi terpaksa tolak sbb jauh dr rumah..ada sorg tu dr tmn medang,cikgu sekolah yg dah pencen..duk rmh sorg anak2 pon dah besar..klu nak nti call lah ya..

    ReplyDelete
  9. hina la sangt orang naik moto....mak aku besarkan aku dengan bwa naik moto pown xde la mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan menghina. I pun membesar naik motor je.

      This is about how you respect permintaan orang.

      Delete
    2. to anon:

      tu mak ko yg bawak, kalau mati mak ko yg tanggung..kalau makcik ko yg bawak, apa perasaan mak ko anak dia mati sebab kecuaian org lain? faham tak?

      Delete
  10. Aku pon membesar naik motor..Vespa lagi...tp mak bapak aku sendiri yg bawak aku naik..ape2 jadi, mak bapak aku tanggung sendiri..bukan org lain yg bawak...ape pasal org lain lak yg sibuk2 nak bawak anak aku naik moto?? Xyah susah2..Dah xde keje lain ke???
    -Laki tuan punye blog.

    ReplyDelete
  11. sy pn ada pngalmn..tp bkn sdara jg kan ank..kita ni juz pegi ziarah dia..dia n ank dia cbuk nk suapkn ank kita abc yg time tu bru 8bln.sy btegas ckp xpyh la x ajar lg.dipksanya suami sy suapkn jgk.skit ati btul.dia mak sdara suami.bla sy xbg..dicompare nye plak dgn cucu dia.dia kta cucu dia dh suap mcm2.lantak ko la cucu ko..yg lg geram ank dia si andartu yg blom kwen cbuk nk mngajar kita mcm2 psl rmh tgga n ank2..mnyampah btul..mmg pntang dgn org jnis mcm ni..ank kita..rmh tgga kita ikot ska kita la kan..lgsung sy xnk pegi umh sape2 dh slagi ank x setaun.huhu

    ReplyDelete
  12. hina la sangt orang naik moto....mak aku besarkan aku dengan bwa naik moto pown xde la mati < < statement paling bangang pernah aku baca..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu bukan bangang aje.. takbur pon ade gak..

      Delete