Rabu, 26 Disember 2012

Rampokan.

Serius, I kalau dengar bap bap berita rampokan ni memang berderau darah dibuatnya. Terus seram-seram sejuk datang rasa takut.

Selain gelap, tang rampokan-rampokan ni juga adalah perkara yang I amat takut sangat-sangat. Bukan takut hilang harta benda semua tu, tapi takut kalau rampokan terjadi time kita ada rumah dan kita diapa-apakan. Harta boleh dicari yang oii, tapi nyawa?

Selalu, kalau malam-malam tak boleh tidur, mesti I akan kejut Azreen, cakap, takut lah  bila tak boleh tidur. Bila dia suruh baca lah surah apa-apa, I jawab, I bukan takut yang gitu-gitu,  tapi I takut orang merompak rumah. Confirm mamat tu akan terbeliak biji mata pandang I bila dengar apa yang i takutkan tu. ;p

Harini, terdengar berita yang kawan I rumah dia dimasuki perompak malam Krismas haritu. Alhamdulillah, dia dan family takda pape, yang hilang harta benda je. Tapi, perompak tu masuk time orang ada rumah ok! Husband kawan I tu siap tidur depan tv lagi, tapi tak sedar. Hmm, mesti kes pukau lah ni. Malam tu juga, 5 buah rumah di rompak dalam satu taman tu.

Terus fobia rampokan I datang balik!

Untuk kes-kes pukau ni, dulu masa kecil-kecil, arwah Datuk saudara selalu pesan, pagar rumah dengan ayat kursi. Tiap-tiap petang sebelum Maghrib, mesti cucu-cucu dia akan keliling rumah sebanyak 7 kali dengan  baca ayat kursi. Selain untuk elak pukau-pukau, cara tu juga boleh halau hantu syaitan semua ni. Kalau rumah teres, toksah lah pusing satu taman tu untuk memagar, cukup dengan baca ayat kursi di setiap penjuru rumah. Wallahua'lam lah kan sama ada benda ni betul ke tidak, tapi selagi kita berusaha, tak salah rasanya. Lagipun, ayat kursi kan memang bagus diamalkan.

Ada satu kes rompakan orang ofis I juga, perompak tu masuk rumah. Tapi, Alhamdulillah, satu benda pun dia tak ambil walhal laptop dan  barang berharga siap tersadai atas meja. Jiran sebelah yang kena pulak, barang berharga semua habis lesap. Bila ditanya, apa rahsia. Jawabnya, mungkin disebabkan selalu membaca Al-Quran, boleh elak benda-benda macam ni. Cara tu pun mungkin betul juga. Sebab ayat-ayat Al-Quran ni kan ada antaranya ayat pendinding.

Apapun, semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi kita dari perkara-perkara buruk macam ni.

Eh, kalau malam-malam tu, toksah nak tidur sexy-sexy sangatlah. Mencegah sebelum parah. Kang tak pasal-pasal menarik nafsu perampok, lain pula jadinya. Malang tak berbau uols!


1 ulasan:

  1. HEHE .. adengan sexy tu tak tau pulokk .. takut jugak lah ..

    BalasPadam