28 November 2012

Surah Al-Fatihah dan kecemerlangan anak-anak.

Dalam 2 3 minggu lepas, sambil menunggu masa kerja tamat, berjalan lah I secara terbangmaya dari satu blog ke blog untuk mengisi masa senggang. Haha.

Tah macam mana, tersinggah ke satu blog ni. Dari satu cerita ke satu cerita I baca, buat I bertambah tertarik lagi untuk terus mengexplore older postnya. Blog tu berkisarkan kisah harian penulis dan anak-anaknya je. Apa yang buat I tertarik adalah kejayaan anak-anak penulis yang sentiasa cemerlang dalam peperiksaan dan pelbagai aktiviti lagi. Serius, bangga betul I dengan kakak tu kerana berjaya mendidik anak-anaknya walaupun sibuk dengan tugasan seorang pendidik.

Baca punya baca sampai tamat dah waktu kerja. Siap suami hantar sms lah time tu sebab dia dah penat menunggu dalam kereta untuk pulang. Haha.

Baru-baru ni dia ada share petua yang diamalkan untuk kecemerlangan anak-anaknya. So, sebagai seorang ibu muda yang baru nak bertatih mendidik anak, I rasa amalan dia ni memang sangat berguna dan boleh diamalkan dari sekarang since Iman Raneeya pun masih rebung lagi. =)

Petua Kak Nza mendidik anak-anak menjadi cemerlang.

  • Ibu pastikan setiap hari selepas solat, ibu akan mengambil sedikit masa untuk sedekahkah "Al-Fatihah" buat anak-anak ibu. Ibu akan sebut satu persatu nama anak-anak ibu. Al-Fatihah adalah penghulu segala ayat.
  • Dan sebelum terlelap, masa ibu tengah tergolek-golek kat atas katil, ibu akan sedekahkah Al-Fatihah buat anak-anak sampai ibu terlelap. Entah berapa kali pun ibu tak pasti tapi yang pasti sampai ibu terlelap.
  • Sejak anak-anak lahir, ibu pastikan mereka makan dari hasil airtangan ibu. Ibu tahu, sebagai seorang ibu yang bekerjaya masa kita amat terhad. Tapi ibu cuba sedaya upaya agar tidak 'termiss" masak untuk ayah dan anak-anak. Sesibuk mana pun ibu, tiada istilah makan di luar atau dibeli. Ayah pun tidak suka makan di luar atau makan makanan di beli. Ibu akui memang penat. Ibu terpaksa bangun seawal 4.30-5.00 pagi demi mereka.Sambil membasuh beras, sambil memasak..dibibir ibu tidak putus-putus membaca zikir, selawat dan Al-Fatihah.Sebut satu persatu nama mereka, hembus pada masakan itu.Alhamdulilah anak-anak lembut hatinya, mereka mendengar kata, tidak melawan cakap,tidak lasak dan bonusnya mereka mudah menerima pelajaran yang diajar oleh guru-guru.
  • Semasa anak-anak sedang menduduki exam, ibu akan sedekahkan Al-Fatihah sepanjang exam berjalan. Ibu berpesan pada anak-anak agar memulakan exam dengan:
Sedekahkan Al-Fatihah pada ibu dan ayah..
Sedekahkan Al-Fatihah pada diri sendiri.
Sedekahkan Al-Fatihah pada pemeriksa kertas.
(agar lembut hatinya dan akan ada perasaan belas ikhsan pemeriksa kertas)
Alhamdulillah mereka sentiasa amalkan.....
  • Satu lagi surah yang "mama" ibu amalkan untuk anak-anaknya iaitu Surah Al-Insyirah. Menurut kata mama ibu, surah ni perlu diamalkan. Baca surah ni setiap malam dan semasa membacanya gosok ubun-ubun kepala anak-anak kita. Lepas tu hembus di dahi mereka. Masalahnya, ibu sendiri pun tak amalkan sebab ibu ni kalau dah Maghrib akan berkurung kat bilik sampai solat Isyak dan terus....zzzzzzzzzzzzzzz.....huhuhu.....

5 ulasan:

  1. TQSM kerana sudi membaca catatan dairy kami..anak2 akak sama dgn anak2 org lain..Cuma sbagai ibu kita inginkan yg trbaik utk anak2...dan Allah sentiasa rindukan doa2 tulus n ikhlas dr kaum ibu....
    Semoga ianya menjadi amalan berterusan kita..InsyaAllah....

    BalasPadam
  2. Nak amalkan jugak...mekaseh berkongsi sumting yg sangat2 elok mcm ni..:-)

    BalasPadam
  3. InsyaAllah sama2 kita amalkan utk anak2 kita.. saya memang selalu bacakan Al-fatihah utk anak saya sebelum tidur... terima kasih utk perkongsian ni ye Ain

    BalasPadam