Selasa, 20 November 2012

Oh durian!

Gamba kredit kepada Google.

Musim durian je I pregnant,
I pregnant je musim durian.

Apasal lah kan?

Haha.

Ingatkan lepas makan durian crepe untuk menggantikan durian sebenar haritu, I dah tak pandang dah lambakan durian di tepi-tepi jalan tu dah. Tapi, hantu durian kan, ko bagilah apa pun yang ala-ala durian, tetap juga akan mencari durian sebenar.

Di tambah pula i tinggal kat  area Mantin yang mana orang-orang Mantin ni kayo dengan segala mak nenek ladang durian kampungnyelah, gerai durian, peraih durian,  port lambakan durian, memang mana kau pergi, bau durian memang akan menggoda-godalah sambil memanggil-manggil,

Ain.... meh makan aku meh Ain oi...

Haha lagi.

Nasib baik dapat suami yang makan durian juga uols tapi walaupun dia makan durian, banyak nau pantang larang dia bila bap-bap durian ni.

Tak boleh makan kat rumah, nanti satu rumah bau.
Tak  boleh beli bawa balik, nanti kereta bau.
Kalau nak makan beli kat sana je, makan kat sana, buang kulit kat sana, tinggal kan bau kat sana.
Hakkkkkk tuiii lah kan?
;p


Durian ni dengan I ibarat laut dan pantai sangatttttt.
Tak boleh dipisahkan.
I boleh makan durian tanpa henti kalau takda orang marah tau.

So,
Semalam, I memang dah tak boleh nak menahan-nahan nafsu kedurianan ni dah.
Makan nasi pun tak lalu, apatah lagi makan mee goreng disebabkan keinginan terhadap durian yang tak terbendung.
Memang dah terasa-rasa  isi durian yang kuning lemak-lemak manis tu je dalam tekak ni.

Oleh kerana itu, i  minta lah izin merayu-rayu dengan suami untuk membeli sebiji durian yang paling kecil je untuk dimakan. Menahan telinga dan bersedia dengan jawapan bernas je lah I demi untuk membeli si buah durian.

Awak tak takut ke makan durian?
This week I dah 16weeks, trimester kedua dah. Insya Allah takda pape kot. Awak doalah takde pape. Doa suami tu kan mustajab untuk isterinya. Kalau awak doa yang baik-baik utk I, takda papelah I.
;)

Awak tak malu ke beli durian sebji je? Yang paling kecik je lak tu? Orang lain beli berplastik-plastik.
Alah, nak malu apanye. Kita beli. Bukan kita minta. Janji i dapat makan. Takkan nak beli seulas pula?

Awak beli sendiri ye?
Iyeeeee.

Tak payah bawa balik tau. Awak beli, makan kat situ je. I tunggu dalam kereta.
Awak gile ke? Dah la beli sebiji, nak suruh I makan kat situ. Sensorang je lak tu. Alah, I bawa balik lah ye. I makan kat luar. Tak bawa masuk rumah, pleaseeeee.

Alah, tak payahlah yang. Ye?
Ishhhh awak ni kan. Nak makan durian sebiji pun susah. Bukannya minta branded handbag ke apa pun. Sebjiji durian je b. Kalau meleleh air liur anak awak nanti bila keluar jangan nak salahkan I pula ye. Awak lap lah nanti air liur yang meleleh tu. *dah start emo dah
Yelah, yelah. Awak belilah. Beli yang bawah RM5 je. Nah duit. Makan kat luar tau.


Haha.
Akhirnya si sami suami mengalah juga dengan kehendak isterinya!
Kena makan kat luar pun, kat luar lah. I tak kisah. Janji I dapat makan durian.

Tapi time nak  beli tu pun, si Bangla yang melayan I pilih durian tu pun banyak cekadak juga. Rasa nak lempang je. Eh, Mat bangla je yang serve I semalam tau sebab Tokei Cina sebok melayan customer yang membeli berguni-guni durian, manakan nak pandang I yang beli sebiji je ni kan.

Ini bagus ni kakak. Isi tebal. Baikkk.
I nak yang palingggg kecik bai. Isi kuning.
Ini lah bagus kakak. Tengok isi dia. Kuning.
Taknak, tu besar sangat tu. I nak makan sorang je ni. Kang tak habis.

*Muka Bangla dah berubah dah*

Orang semua beli  besar-besar punya lah kakak.
Ehhhh, i nak beli yang kecil je lah. I tak boleh makan banyak-banyak.
Ini boleh? *tetap tunjuk durian yang besar. Mau dalam 2 3 kilo kalau timbang tu.
Taknak. Nah, cuba tengok isi ni. *I juga yang akhirnya kena pilih sendiri.

Bangla tu ambil durian yang I pilih, dia tobek sikit, terserlah isi durian yang kuning tu. Then dia terus timbang.


Bangla tu hulur durian sambil jeling kat I, RM4!

Haha.
Marah letteeew I beli durian sebiji dengan harga RM4 je.
;p ;p ;p

Lantak kau lah Bangla.

Apa yang penting, I dapat beli durian yang paling kecil, suami I bagi makan durian dan durian yang I pilih semalam memang sedap lemak-lemak manis sangat walauuupunnn isi dia 4 ulas tebal-tebal je.

Yum yum yum. Sedap lah durian kan. Rasa macam nak beli je lagi harini.
Eh?
;p

14 ulasan:

  1. alolo.. cian ko...
    lps branak nnt aku blnje mkn duyan ye..
    tamo blanje azreen. haha

    BalasPadam
  2. terbayang-bayang si isteri & suami bersembang dalam situasi ini. hahaha...
    itu tak rasa durian Batu Kurau lagi. sedap! mengadap hari tu tak hengat dunia. kalau ada rezeki u nanti ai bawak balik ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak, jangan sebut je kak. Sila bawa sekali.
      =)

      Padam
  3. mcm2 ragam eh yg 2nd pregnant ni...lawak! hiihi,,nasib baik mood husb ok melayan kerenah bini..

    tp seronok dilayan mcm tuan puteri..uissshh tetiba terus rinduuuuu dgn serve iman masa elin pregnant amani dulu.

    BalasPadam
  4. peminat durian ye....makan jangan tak makan...

    BalasPadam
  5. time kt awl2 pregnant pun musim durian gak..huhu
    mmg teringin gile la nak makan, tp ramai pulak yg melarang..
    ni da last2 pregnant musim durian datang lagi dapat la merasa 4 ulas..

    BalasPadam
  6. Td br jer mkn..tu pon sbb blk umah family..lamer giler sejak pegnan sampai ank dah 7 bln br ni nk mkn..huhu

    BalasPadam
  7. hi hi hi klako tgok entry perbualan husband n wife..sodap pula alamak terasa nak makan durian lagi cargasssss

    BalasPadam
  8. No more durian dalam hidup saya dan kazaa. Ada kisah tragik dan taknak ulang lg kalau makan durian. Tak sanggup :p

    -gajahputih

    BalasPadam
  9. Ya Allah..hantu durian rupanya.hihihi
    ai x lalu lah Ain durian..ntah rs cam mn ntah,cam xleh terima lak..
    mmg dh wat syarat..sapa nk beli durian jgn naik keta ai..no..no..no..
    hahaha boleh?

    BalasPadam
  10. nasib baik saya tak pandai makan durian.. jadi tak rugi.. duit pun boleh jimat juga.. heheheheheheeh

    BalasPadam