Isnin, 5 November 2012

Malasnya nak berehat di rumah mak mertua!

I kalau diberi pilihan sama ada nak berehat di office atau rumah mak mertua bila tiba-tiba tak sihat time bekerja, bulat-bulat tanpa ragu I lebih rela tidur di ofis je. Biarlah merengkok macam udang tidur dalam aircond tu, i rela!

Tapi, jumaat lepas, I takda pilihan dah bila Azreen cakap, awak pergi je lah rumah mak. Selesa sikit. Lagipun, kalau apa jadi nanti, sekurang-kurangnya mak tahu nak buat apa. Terus tak banyak cakap menurut je sebab badan dah lembik disebabkan muntah, ditambah pula kepala yang berdegup-degap macam nak pecah.

Then, bila sampai rumah mak, the sinetron bajet hospital pun bermula ;p

Sampai-sampai je rumah mak, terus mak suruh tukar baju kerja ke kain batik dan t'shirt. Macam kat hospital kan, admit je terus kena tukar baju.

Then, mak suruh baring, rehat. Dia kata nak turun masak.

Setengah jam macam tu, dia tinjau sambil tanya. Boleh tidur ke? Selesa ke? Nak mak picit kepala ke?
Belum sempat jawab tak payah pun, mak dah elok landing montot kat sebelah i, tangan pula laju je memicit-micit kepala I. Lega sekejap rasa kepala yang nak meletup tu dan i boleh lak tertidur. ;p

Terjaga dari tidur sebab pintu bilik mak buka.
Kali ni dia naik dengan bawa dulang, sejag kaca air masak beserta gelas. Dia suruh I makan ubat. Halahai mak ni, susah-susah je. Siap letak air dalam jag kaca  raya tu. Kalau I jadi mak, i usung je botol air tu dengan mug. *dasar menantu rajin. haha.

Kemudian dia turun balik.

Tengahari macam tu dia masuk bilik. Tanya nak makan ke tak. Kalau nak dia bawa naik. Haishhh, i geleng je sambil cakap, takpe mak. I turun bawah makan. So, gagahkan juga la diri pergi ke bawah makan. Melampau lah kan kalau sampai nak kena mak bawa makan naik atas.

Lepas makan & Azreen pergi ofis, I naik atas balik sambung baring then terlelap. Sedar-sedar je, nampak mak bawa air milo dan biskut cicah untuk minum petang.
T______________T
Sambil tu dia datang dekat kat I dan picit-picit kepala. Tak sempat nak cakap tak payah ok! Mulut dia pula potpotpet kat I cakap tak payah la nak segan dengan mak, biarlah mak picit kepala. Anak mak sakit semua mak layan macam ni. Ain kan dah macam anak mak juga. Dah dua tahun kahwin pun nak segan-segan lagi, blablabla masuk sekali gosip artis dan macam-macam lagi.
Haishhh la mak!

Bila dah rasa lama sangat mak picit kepala I, i pun minta la mak berhenti dengan alasan kejap lagi Azreen nak balik dah. I nak siap-siap sebab kalau Azreen sampai kang tengok I tak siap lagi, mesti dia bising sebab dia nak balik cepat ambil anak.

See!

Semua perkara kat atas tu adalah sebab  I malas nak berehat kat rumah mak awak Azreen.  Layanan dia 1st class sangat, jadi segan I ok! Malu muka blushing-blushing tak tentu arah dibuatnya ;)






5 ulasan:

  1. bila orang layan kita macam tu, memang kita akan segan sendiri kan? hehe :D

    BalasPadam
  2. sungguh ar beruntung...tapi yeah..mertua kan...memang segan lain sikit ar kalau nak dilayan2 macam tu..:)

    BalasPadam
  3. beruntung la Ain dapat mentua macam tu... 1st class tu.. bertuah badan.. (^_^)

    BalasPadam
  4. beshnyeee.... syukur padat husband ngn in law baik kan?
    smoge bahagia sampai syurga ain..
    =)

    BalasPadam
  5. UNTUNGGGGGGGGGGGGG LERRRRRRRRRRRRR......:))

    BalasPadam