Selasa, 27 November 2012

Hello second trimester!



Alhamdulillah.
=)

Mengembang dan mengandung dengan jayanya sehingga kini.
Setakat ini, tiada masalah besar yang dihadapi, morning sicknes pun hampir takda dah,  berat pun naik cantik 0.5kg untuk setiap 3 minggu.
Cuma hb je lah yang turun naik sekarang ni.

Alhamdulillah. Thank you Allah.
=)


Rumors tentang jantina pun dah macam-macam yang keluar:

Muka Ain nampak berseri je, mesti anak perempuan ni.

Eh, lebar semacam, mesti anak perempuan lagi.

Ko makin kurus lah Kak Long, perut pun kecil, anak lelaki ni.

Besarnya perut ko Ain. Baru 3 bulan dah nampak. Mesti anak kembar ni. *padahal, lelemak perut buncit 1st pregnancy tak hilang lagi ;p 

Ibu rasa anak kau kali ni perempuan lagi sebab kau makin lebar.

Mama rasa adik Raneeya lelaki sebab hidung dia keras, te**k dia terbelah...., bla..  bla.. bla..


Apapun jantina baby dalam kandungan, I terima je dengan redha. Rezeki Tuhan nak bagi kan, bukan boleh dijangka-jangka.Setiap yang dikurnia pasti ada hikmahnya. 


dan,

Iman Raneeya pun dah makin membesar dengan macam-macam akalnya sekarang seiring dengan kandungan I. Paling latest, taktik dia nak suruh orang bangun tidur, dia akan cakap,

Mummy nak cing (kencing).

Bila suruh kencing je dalam pampers sebab Mummynye pemalas nak sia-siakan tidur di hujung minggu, nangis dia tak nak sebab nak cing kat po (kencing kat dapur/toilet).

Tapi bila di bawa ke dapur, dia bukan nak kencing pun. Itu adalah taktik dia nak keluar dari bilik je.

Haha.

Macam-macam.

=)

Terima kasih Allah atas setiap kurniaan pelangimu yang sentiasa menceriakan hidup ini. Walaupun kadang-kadang ada hujan dan ribut petir, tetapi Alhamdulillah, pancaran mentari dan pelangi masih lagi setia tak jemu menyinari hari-hari yang mendatang.

3 ulasan:

  1. wahh tahniah kak :) raneeya dpt adik laa nnt...hehe

    BalasPadam
  2. hehe comel je neeya. dah byk akal dh tu

    -gajahputih

    BalasPadam
  3. Syukur Alhamdulillah.. saya pun HB je masalah..asyik turun naik turun naik je.. ubat dah makan selalu.. tapi memang mengembang dngan jayanya.. heheheheheh

    BalasPadam