28 November 2012

19 bulan.


Iman Raneeya,
Dalam 19 bulan kita bersama ni, kadang-kadang Mummy rasa Mummy bukanlah seorang Mummy yang baik. Banyak kekurangan dari kelebihan rasanya. Maafkan Mummy. Mummy masih lagi belajar dan akan terus belajar segalanya selok-belok menjadi seorang isteri dan seorang ibu yang baik. Apapun, Mummy akan cuba buat yang terbaik untuk kamu dan untuk keluarga kita. =,)

Makin Iman Raneeya membesar, makin melasak, makin kurang kesabaran dalam menangani ragam kamu.
Ditambah pula dengan keadaan Mummy yang sedang berbadan dua, lagi tahap kesabaran itu sentiasa menipis setipis kulit bawang. Maafkan Mummy sayang. Setiap hari Mummy cuba pujuk hati Mummy untuk berikan sepenuh perhatian untuk kamu di ketika ini, melayan segala karenah kamu, sebab Mummy tahu,  bila dah ada adik nanti, mungkin perhatian itu terpaksa di bahagi-bahagikan.

Iman Raneeya,
Mummy tak pernah terfikir yang Mummy akan mampu mengandungkanmu,
Mampu melahirkan mu,
Mampu menghadapi seorang diri saat bersalinkanmu,
Mampu menjaga makan pakai mu,
Mampu memberi kasih sayang yang tak terhingga kepadamu,
Malah tak terfikir  yang Mummy akan mampu bangun secara automatik bila terdengar suara kamu nak susu di tengah malam.
Haha.

Iman Raneeya,
Di ulangbulan kamu yang ke 19 ini,
Mummy doakan semoga kamu akan terus menjadi anak yang sihat, ceria, solehah, bijak, cemerlang, gemilang dan terbilang di mana saja kamu berada.
Mummy dan Daddy sayang kamu ketat-ketat shanje.
=,)


8 ulasan:

  1. mm.. sama la... anak saya pun makin lasak.

    BalasPadam
  2. ingatkan dah 19 tahun,,,.. hehee

    BalasPadam
  3. so sweet little girl dear...:)

    p/s lets follow me too mommy..talk about our little always hehhe its fun right?

    BalasPadam
  4. IR faham mummy skg mengembangkan bdn....cuma2 kkdg jer perangai dia buat mummy naik darah...hahhha

    BalasPadam
  5. sama je umur anak kita kan.. heheheheh.. tapi beza jantina je.. hehehehe. Syukur Alhamdulillah dah semakin membesar dah anak2 kita.. semoga menjadi anak2 yang soleh dan solehah

    BalasPadam
  6. Sayunye bace ayt sist..moga IR jadik ank yg solehah serta yg terbaik utk mmy n ddy die dunia akhirat..

    BalasPadam