10 September 2012

Reezqy Syawal!



"Apa yang kita nak selalu tak dapat, tapi bila kita taknak, terus mendapat pula"

Ha,
korang selalu tak berada dalam keadaan macam ni.
;p

Dulu, masa bercinta, kalau nak orang itu, mesti tak dapat. Tuhan datangkan yang lain pula.
Tapi I terima dengan pasrah dan redha je la sebab I tahu, Tuhan lebih mengetahui segalanya. Perancangan dia adalah yang terbaik untuk kita.
Kan?

Macam tu juga lah situasi I sekarang ni.

Since Iman Raneeya dah setahun, i & husband dah start mengharap untuk dapat baby kedua dan harapan menggunung untuk dapat baby boy. Kami dah mula berusaha bersungguh-sungguh. Kahkahkah.

Pantang period lambat 2 3 hari, mula lah I gelabah berkejar beli pregnancy test 3 4 keping. Dari harga yang murah sampai harga yang mahal konon nak dapatkan yang accurate. Feeling nak prengnant tu masih macam yang pertama dulu juga. Excited terlebih!

Sampai satu tahap, bila asyik takda je dan result terang dan jelas 1 line, husband i cakap, Udah lah tu yang. Habis duit je beli prengnancy test tu! Buka ada pun. Belum time Tuhan nak bagi lagi tu. Dia nak kita bagi perhatian penuh kat Iman kot. Kalo kira duit tu, dah beratus awal beli dah.

T__________T

Kecewa tu toksah cakap lah kan. Memang down sangat bila tengok result. Lagi bertambah kecewa bila dua 3 orang rakan blogger pregnant. Tu belum masuk dengan soalan-soalan dari orang tua termasuk makpak I menanya bila nak menambah lagi. Lagilah double triple downnya. Tapi I tetap pujuk hati sendiri je lah. Belum rezeki I lagi kot. Positif positif positif walaupun hakikatnyaaaa Tuhan saja yang tahu!


Then, baru-baru ni time raya, I rasa pelik lain macam je. Antara perkara pelik itu:

1. I bukan lah pemakan biskut raya, tapi semua rumah orang yang I pergi beraya, sardin je muka I melantak biskut raya tak hingat. Jadi kan main suka lak biskut raya time tu. Siap kak rumah kak ipar, i suruh dia refill balik bekas yang dah kosong. Kat rumah mak mentua lak, biskut raya beli kat giant pun i boleh layan makan gitu. Haha.

2. Tang pening dan mual tak usah cerita lah. Memang selalu ada je sepanjang raya ni. Bila i mengadu kat husband dia cakap i drama je. Ngok betul kan? Sebab taknak melayan perasaan, I siap salahkan lens yang baru i pakai ni. Focus Point salah bagi power lens la tu, so i pening-pening je selalu. ;p

3. Girdle yang selalu I pakai tak mampu nak sorokkan perut langsung dah. Asek tersembul je kebuncitan. Lepas tu, rasa macam sesak nafas semacam je bila bergirdle. Penat ok nak tahan nafas control perut.

4. Masa nak buat makan-makan kat rumah haritu, bila angkat sofa, penat dia lain macam betul. Siap sakit kat bawah ari-ari. Lepas tu hati terdetik, kalau prengnant ni mampuih!

5. Ada satu hari tu, pergi pasar malam, bila husband tanya, nak air apa, laju je mulut jawab nak air kelapa, padahal sebelum sampai pasar malam, beriya-iya teringin nak minum air tebu. Baby bagi signal suruh tukar leteww.

6. Last week minggu yang busy terkejar-kejar dengan macam-macam benda. Siapa yang friend I kat FB, mesti perasan posting-posting I yang kan main beremosi. Haha. Lepas tu, time malam, suami siap tegur apasal I tidur sampai meleleh air liur macam orang penat kerja kuari je. Kahkahkahkah. Terus I malu dengan suami sendiri dah. ;p


Tapi tu lah, i malas nak layan dah rasa pelik-pelik ni sebab i tak nak kuciwa. Kang beriya, tapi takda, terus down sedih-sedih pula. Dah lah sedih-sedih dan down2 ni tak elok untuk kesuburan tau. So, bila sedar period dah lewat 3 4 hari untuk bulan ni, I buat sambil lewa je lah. Malas dah nak mengharap, nak eksaited bagai semua dah. Biarlah. Kalau ada, ada, kalau takda, usaha lagi.

Bila cerita kat adik, diorang pula yang eksaited terlebih siap nak pi belikan pregnancy test & nak buat kan test kan main. Over kan korang!

So dalam hujan lebat semalam, pergilah I membeli. I amek yang harga RM5 & RM10 je. Senang, kalau xda kang, xde lah kena sound membazir lagi kennnn? *jeling Azreen

Lepas tengok hasil test tu, terus I terkedu dah sambil berdebar-debar hati.
Dua line ok. Terang, jelas dan nyata lagi.
Alhamdulillah. Reezqy 22 Syawal. Confirm pregnant lah tu. Takkan dua line tak pregnant pula kan?
Alat test tu I tinggalkan dalam bilik air dengan harapan nak bagi surprise kat Azreen.

Sekali,
surprise tak menjadi pun sebab elok je Azreen keluar dari toilet dengan muka slumber dek,

Yang, ada dua line lah kat benda ni.
Dua line tu pregnant ke?
Awak betul-betul pregnant ke memain ni?


T_____________T

Sabor je lah kalau nak buat surprise dengan pakcik ni tau. Menyakitkan hati I je balik dengar pertanyaan dia.



Apapun, I rasa I memang confirm pregnant walopun tak pergi confirm kan dekat klinik. Doakan ye I dan baby selamat semuanya sebab since I ada history bleeding masa pregnant yang lepas, I dah seram dah bila mikir kan kalau ia berulang balik. Seram ok nak dok hospital, nak mengadap doktor, lepas tu kena godok dengan mulut itik semua tu. Tapi perut I memang sakit je ni. Sakit yang macam sengugut period tu.

Haishhh.
Moga-moga takdalah berulang ye.
Amin.


Ok lah tu je.
Apapun, mode morning sickness is on baby!
x______x



Notalipscumel:

To kawan-kawan TTC, jangan rasa down atau sedih ye baca posting I ni.
Ingat satu ni je, perancangan Allah s.w.t tu adalah yang terbaik untuk kita sebab Dia Maha Mengetahui segalanya. Selagi berdaya, berusaha hingga jaya. Kalau kita positif, resultnya pun pasti positif. Tahu?


23 ulasan:

  1. Tahniah sis.. double line tu confirm lah kan :)
    Insyaallah kalau 2nd dan above pregnancy mesti menjadi.. hehe. selamat menjadi kakak Iman Raneeya !

    BalasPadam
  2. ya allah.............ain tahniah!! nampaknya awak bergerak dulu...
    elin ada perasan entry yg lepas perut ain mcm lain mcm tp elin x reply pun komen tuh.. mood bemalasan nak update blog semakin menebal. x tau knp..

    sama lah elin pun kalau lewat 2..3 hari mmg xcited nak check.:)
    mungkin effect pil perancang (noriday) kot. ramai kata mmg lama nak tunggu klu stop mkn pil tuh.

    jaga diri baik2 yer.!

    BalasPadam
  3. congrats sista.aku da bgtau ibu kahkahkah eksaited

    BalasPadam
  4. =)...congrats ain...doakan noora pulak ye...nak cuba positif ni..hehe

    BalasPadam
  5. yeay alhamdulillah. harap2 baby boy kali ni :D

    -gajahputih

    BalasPadam
  6. dear ain,

    congrats dear! zana doakan agar Allah sentiasa melindungi Ain, baby & keluarga Ain.. hope semuanya dipermudahkan Allah yer dear.. plz take care lebih yer dear..

    doakan ada rezeki zana pulak lepas ni..

    BalasPadam
  7. tahniah ain... pernah rasa perasaan mcm ain jgk.... tp btl kata ain tu, semua perancangan DIA tebaik... tc. jgn buat kerja2 brt ;)

    BalasPadam
  8. tahniah kak ain..hehe..thn depan x leh join vollyball la..hehe

    *jannah

    BalasPadam
  9. congrats!!ramai preggy thn neh...huhu

    BalasPadam
  10. tahniah kak ain.. msti preegy tu.. hehehee

    BalasPadam
  11. congrats! semoga dipermudahkan semuanya. ni sama macam i lah, dah lewat 2 minggu lebih baru test sebab sebelum tu lewat jugak test asyik -ve. tapi last2 test jugak, sekali tengok +ve. alhamdulillah.. take care ya!

    BalasPadam
  12. haha kak long congrat! x wish pon kat izma mcm ni kan haha
    2nd baby kita geng lagi preggy sama2,sm2 mghrp dpt bb boy jgk,
    jgn2 sama2 bleeding jgk ok,take care!

    BalasPadam
  13. kak long congrat!haha tak wish pon kat izma mcm ni
    anyway ada jgk geng sm2 preggy lagi,sama2 jgk menghrp dpt bb boy tuk 2nd baby,and hopefully x sm2 bleeding ya.take care!

    BalasPadam
  14. haha kak long congrat! x wish pon kat izma mcm ni kan haha
    2nd baby kita geng lagi preggy sama2,sm2 mghrp dpt bb boy jgk,
    jgn2 sama2 bleeding jgk ok,take care!

    BalasPadam
  15. yeay..yeay...pegnan...:p

    BalasPadam
  16. tahniah tuk korang ye =)
    kalo dah rezeki xkan ke mana ye tak cuma cepat ngan lmbat je..
    lps ni IR ada kwn lah eh..
    hrp sumanya dlm keadaan baik2 je =)

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah. Dah komen kat IG, nak jugak kat sini.
    Tahniah kak!
    Rezeki aku? Belom lagi :)

    BalasPadam
  18. tahniah ain....alhamdulillah ni la org ckp usaha tangga kejayaan... sebaya la anak kita nnt.. hihhihi

    BalasPadam
  19. Tahniah ain & azreen...

    kalau da penah ade history bleeding mesti bedebar2 kan..?
    kalau bole nak beli mesin scan tu letak kat umh je... hehe

    * iman nak jd kakak da ye.. cute je..

    BalasPadam
  20. tahniah Ain...jaga kesihatan baik-baik ye. dah bleh treat Iman raneeya jadi kakak. Aku pun tgh treat Anas jadi abang ni, sblm ni barang2 dia takleh org share, skrg kena ajar mcm2, supaya dia faham dia akan ada adik-adik..

    moga selamat semuanya sepanjang tempoh kehamilan, Aku alhamdulillah, pregnancy yang lepas and yang sekarang mmg takde morning sickness, cuma cepat letih je, tu pun sebelah petang, pagi2 ok. lain2 org, lain resamnya. Take care ye!

    BalasPadam