10 Ogos 2012

Personal Make Up Class with Zila Ziman



Dulu, lepas SPM ibu selalu suruh I pergi class mekap.
Apasal tah, ayat tu memang selalu lah keluar dari mulut dia. Bila I tanya kenapa nak suruh I pi class mekap, jawab dia:

Kalau pandai mekap boleh buat duit. Bila dah pandai mekap nanti senang lah nak jadi mak andam.

Haha. Kelakar ok reason ibu tu.

Tapi, i buat endah tak endah je pun suruhan ibu tu sebab tak berapa minat pun nak mekap-mekap ni. Zaman hingusan kan, keluar berjalan pun takat sapu-sapu krim muka dan bedak je. Tak ado nafsu pun nak berlipstik atau ber eye shadow bagai.

Sekali, bila dapat offer belajar, course yang ditawarkan ialah security seketeri kau! Since masa tu takde offer lain yang datang, i grab je lah sambung diploma course seketeri tu. *nyesal pun ada grab awal sebab seminggu lepas daftar, offer lain course perakaunan menjelma pulak! coiii!

Time amek course seketeri a.k.a pengurusan pejabat nilah, sikit demi sikit nilai kemekapan itu diserapkan ke dalam diri I. Haha. Tapi time belajar dulu, banyak diajar tentang teori je, praktikal nye kurang. So pepandai korang lah sendiri nak mempraktikkan macam mana mekap yang kau nak janji pensyarah tahu, ko datang kelas ada calit-calit.

So, bermula dari course yang I ambil dululah mula timbul minat dan tahu sikit-sikit tentang mekap ni.

Eh, terpanjang pulak intro ni. ;p

Berbalik kepada tajuk asal, since selama ini yang I tahu mekap sikit-sikit je, lepas tu pakai apa main redah ikut suka, terus lah i teringin berada di landasan yang benar dengan menjoin kelas mekap yang dianjurkan oleh Zila Ziman yang diadakan di Damansara Damai.

I kenal Zila Ziman ni through blog juga. So, dari situ lah I tahu dia ni MUA juga. Dulu follow blog personal dia time dia buat wedding preps semua tu. Lepas kahwin, dia pregnant, bersalin, (anak pun lebih kurang baya anak I), then dia senyap je dari berbloging. Lately ni je dia baru dia berbloging semula. Berblog balik, terus keluar promo kelas mekap sempena raya.

I suka tengok Zila ni mekap sebab mekap dia nampak macam kita pakai mekap tapi nampak macam kita tak mekap je. Eh, paham ke ayat I ni? Alah, mekap dia nampak natural light-light gitu je.

Bila ditanya kenapa I join class mekap ni, banyak alasan yang i boleh berikan.

Yang pertama, dah tentulah, nak menambahkan pengetahuan tentang mekap-mekap ni. Nak tahu cara yang betul apply segala peralatan mekap dan of course, nak belajar sendiri dengan sifu. Takmo belajar through internet majalah semua tu sebab bagi I belajar tengok muka sifu ni lagi 'masuk' ilmunya.

Yang kedua, faktor harga yang buat I laju je join.
Yelar, mostly, kelas mekap MUA lain harga dia 300 ke atas untuk kelas personal/basic ke atas which is mahal bagi I. Kebetulan rezeki I, terbaca pulak Zila buat kelas bagi harga promo raya, terus i register tak banyak cerita.

Yang ketiga,
Bila dah dapat pengetahun, of course akan senang lah nak apply tok diri sendiri. Kan?
Tak payah nak bayar-bayar orang dah kalau teringin nak cantik-cantik banget. ;p Lagipun dah dekat nak raya ni uols, haruslah I nak mekap-mekap cantik-cantik dipandang oleh Encik Suami.

Dah, cukup tiga je sebabnya. Cerita panjang-panjang kan, jadi karangan SPM lak.


Kelas pada 4 Ogos 2012 haritu dihadiri oleh 4 orang pelajar termasuk I dan I lah yang paling tua antara mereka. Kahkahkah. Dah tua-tua baru sibuk nak belajar mekap!

Kelas dimulakan dalam pukul 11 pagi dengan penerangan tentang segala peralatan untuk berhias dari Zila.


Part of the make up tools. Semua disediakan oleh Zila Ziman.
Bulus mates Rozitas Ches Wans puns adas yes uols. *sebut sambil sembur-sembur air liur
;p

Lepas bagi penerangan, Zila ajar step untuk mekap pula. Dia mekap semua menggunakan berus je tanpa menggunakan sekeping span pung! Kagum ahkakkk tengok sebab I kan mekap jenih suka pakai span untuk ratakan foundation je, pastu eye shadow plak tenyeh dengan jari tu je, tak pernah nye guna berus-berus bagai ok.

Sambil dia mekap, sambil lah dia bagi few tips yang berguna untuk weols.
Suka taw tips-tips tu.
=)


Selesai dia mekap dan ajar apa yang patut, kami disuruh amek wuduk, dan apply balik apa yang telah diajar sambil dipantau oleh sifu.


Seronok tau mekap menggunakan berus ni. Rasa laju dan cepat je buat semua step. Tapi dalam laju-laju tu, adalah dua tiga kali I salah guna berus. Proses belajar kan, kalau tak salah kang, tak dapat pengajaran pulak. So, belajarlah dari kesilapan. Tq sifu sebab betulkan mana yang salah. =)

Lepas tu tang pakai liquid eye liner & bulu mata pun, i fail. Sebelah part mata, kena sifu juga yang bantu pakaikan sebab i kekok terkial-kial nak buat.

Sambil mekap tu juga, kami bertanya pelbagai soalan berkaitan mekap.


Lepas sesi mekap diri sendiri selesai dan pelajar dan sifu puas hati dengan mekap tersebut, kami solat sekejap dan kemudian sesi seterusnya dalam pukul 3 lebih macam tu adalah penyerahan sijil penyertaan dan bergambar beramai-ramai.


Gambar pelajar dan sifu bersama sijil penyertaan.

So far, i puas hati sangat dapat join kelas ini.
Berbaloi-baloi lah datang jauh, tapi dapat ilmu yang berguna.

Pssst, Zila Ziman tu cantik sangat ok walaupun tak mekap. Apatah lagi lepas dia mekap, double triple cantik kagum I tengok.

Motip puji-puji?
Kahkahkah.
Bajet dapat diskaun letttew kalau join kelas Zila Ziman lagi. ;p

Tapi betul, Zila Ziman memang cantik sangat-sangat taw.


Ok, lepas hadir kelas ni, I rasa I kena ambil tindakan berikut lah untuk mempraktikkan segala yang telah diajar.
Haha.

Mula-mula sekali, nak kasi lengkap kan set mekap sendiri dulu lah. ;p
Mekap base pun takdo lagi ni ha, apatah lagi complete brush set. Haha.

Lepas set mekap complete baru boleh bermekap-mekapan dengan gumbira.
Apapun, segala skill yang dibelajar akan diprektikkan selalu.
Practis makes perfect!
Kan?

Eh, lupa nak letak gambar sebelum dan selepas I mekap diri sendiri.


Tadaaaaaa.
Boleh la kan, for beginer yang baru berjinak-jinak dengan brush set.
Bulu mata kan main ye, tak nak kurang sikit pun macam Rozita Che Wan sungguh!
Haha.



Notalipscumel:


1. Time kelas berlangsung, suami I dikurung dalam bilik kat situ sebab lepas hantar I takkan dia nak balik pula kot. ;p Nak harap I drive sendiri pergi sana, takkan dapat lah. Mau sesat sampai ke Penang kang. Lepas kelas tamat, baru dia keluar tolong ambilkan gambar kami.

2. Kata lah apa pun i membazir ke apa join class ni. I tak kisah. Yang penting suami I suka sudah. Siap asyik jeling-jeling lapan belas kali je dalam kereta ok. Lepas tu siap pesan mekap macam ni hari-hari. Kahkahkah.

18 ulasan:

  1. teringin nak pegi kelas mcm nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada peluang pergi lah dear.
      Bagus utk org yg suka mekap.

      Padam
  2. wah, bestnya... i pun suka make up time study2 dulu... skrg xde dh. lgpn xpndai pn... huhuhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pandai yg nak kena belajar tu ma. Macam i lah ;p

      Padam
  3. gud! yang penting asben tu suke. org len xpayah kire. =)

    BalasPadam
  4. sukanyaaaa..tapi rasa nebes nak join...kita buta mekappp...sedihhhh...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau basic class ni Noora, dia ajar dari mula.
      So, no need to worry lah.

      Padam
  5. Mekap dia lite sgt kak. Nampak natural je. Suka suka

    -gajahputih

    BalasPadam
  6. satu kali jer pernah g class make up itupun anjuran mary kay.. memang kalau make up2 ni saya sangat2 suka dan kalau ada anjuran memang nak ikut.. tapi sayangnya kat labuan ne masih belum ada.. sedihnya..

    Ain nampak cantik la bila make up tu..

    BalasPadam
  7. salam kenal dikk
    menarik kelas makeup nie
    akk minat juga tapi dari awal ummi akk x membenarkan .. ;)

    BalasPadam
  8. haii..Promosi pembukaan One's Perfume...
    Harga sebotol hanya rm55 sahaja.. Free postage..
    Beli 2 botol percuma vial original perfume..
    (hanya di semenanjung)
    jika berminat boleh kunjungi fb page ni

    https://www.facebook.com/onesperfumes

    BalasPadam
  9. perghhh..
    mmg kalah rozita che wan.haha
    tp btul lah kan kalo pakai bulu mata tu je trs nmpk cntik sbb mata tu mmg memainkan peranan yg penting..nmpk ketara before n after =p

    x rugi lah mcm ni ain kalo en somi tu jeling lapan belas kali =)

    BalasPadam
  10. Ok mak sukaaaaaa sangat okey.
    lately dah jarang sket mekap. tapi set mekp semua ado lagi ni hah!
    kak, nanti share pakai foundation & base guna brush! :)

    BalasPadam
  11. aku dulu pun start bermekap ni masa amek course perhotelan dulu...kalau tak, sampai sudah kot aku ni tak suka mekap...ahaks...tapi sekarang ni pun suka pakai mekap yg lite2 gitu....yg mcm ko pegi kelas tu...yg over mmg laki aku tak suka...hehe...

    BalasPadam
  12. ohhoii.....sila la wat tutorial dlm blog sempena nk raya niiiiii ;-D

    BalasPadam
  13. pewwwwiitttt!!!! tq darling..ooo u la dakpink rupanya ye :D

    BalasPadam