14 Ogos 2012

Persiapan raya Dakpink dan famili keciknya.

Pagi tadi, bila bos tanya, anak-anak staf bahagian admin ada berapa orang,
terus tiba-tiba terfikir, eh, bos nak bagi duit rayalah. Maksudnya raya dah dekat sangat lah tu!

Kahkahkah.

Terus kelam kabut fikir apa lagi persiapan raya yang tak settel.
Almaklomlah tinggal 4 5 hari je nak raya.
;p


Hmmm, tahun ini tak terasa sangat I buat persiapan raya pun mungkin sebab banyak benda dah settle time sebelum puasa lagi. Lagipun tahun ni kan kan kan kan kan kitew beraya di belah suami tercinta, so mood nak sambut raya tu tak seeksaited kat rumah makpak sendiri lah.
Haha.
Takdelah, main-main je cakap yang ayat kedua tu.
Raya mana pun sama je bagi I. Sebab jarak rumah mak pak i dan rumah mak pak suami tak jauh mana pun. Sejam setengah perjalanan je, so nak risau apa kan? *cuba positif

Eh, korang yang dah berkahwin raya belah mana dulu tahun ni ha?


Tahun ni tahun ketiga I beraya dengan Azreen sebagai isteri, dan tahun kedua I beraya dengan Iman Raneeya sebagai Mummy dia. Tahun pertama pun beraya dengan IR juga, tapi masa dia baru 5 minggu lah dalam perot.


Untuk persiapan hari raya Iman Raneeya, macam baju raya, sikit-sikit I dah beli sebelum puasa. Cuma semalam je, I pi Kajang sat dapatkan kasut dan spender raya si kenit tu. Jangan main-main kau, spender raya pun siap ada ye untuk Iman Raneeya. ;p

Dua pasang kasut tambah spender 4 helai untuk Iman Raneeya = RM99.90.
Ha, pandai tak Mummy Iman Raneeya bajet?
Haha. *jeling Azreen

Barang-barang budak mahal lah B oi, kalah harga barang orang tua. Kalau macam I ni dapatlah juga beli tudung bawal harga RM10 tu. Iman Raneeya, takan nak bagi pakai tudung bawal lak kan, so manalah dapat barang dia dalam 5 10 ringgit. Agak-agak lah pun nak tarik muka tengok I buat pembayaran guna duitmu.

Eh, tahun ni takda pula macam tahun lepas. Kalau tahun lepas, doblas lai Iman dapat baju raya, tapi tahun ni, takda lagi uncles & aunties Iman Raneeya bagi baju. Memasing save bajet lah tu tok anak sendiri dan nak kahwin.

Kahkahkah. Baru kau tahu macam mana guna duit wisely bila ada anak sendiri dan dah nak kahwin ni.

Untuk makpak Iman Raneeya pula, baju melayu dan baju kurung kain sedondon dah ada. So, akan berdondon-dondonlah kami sama warna di pagi Hari Raya nanti. Suami haritu dah menyambar kemeja dua 3 helai dan seluar siap semua. Tinggal Mummy je lah yang di awang-awangan bila suami tanya apa lagi nak tambah tok baju raya tuari. Nak tak nak je jawab sebab dah rasa bersalah kan tempah langsir melebihi bajet. Tapi dalam nak tak nak dan rasa bersalah tu juga, hari ke 24 puasa ni baru Mummy tersedar yang I dah ada dua pasang baju, tudung dan kasut raya dah.

Kahkahkah.
Hebat tak penangan Mummy shopping online?
=)

Tapi hati I tetap rasa tak best juga lah even dah dapat baju kasut bagai tu sebab I terlepas handbag Coach bagi menggantikan telebisen yang dah terbakar tak keluar gambar tu. Pandai betul kau cari timing nak terbakar ye tv! Sepak kang! *geram


Tang persiapan kuih raya, untuk tahun ni I sempat buat sejenis je uols disebabkan kes Iman Raneeya demam tuarilah terus datang malas berganda-ganda. Kalau dia tak demam tu, ada dalam 18 jenis juga siap tu.
;p ;p ;p

Apapun, kuih tunjuk untuk mak sendiri dan mak mentua dah siap dibeli. Untuk ibu dah dibagi, untuk mak mentua bawa time balik raya nanti lah.

Alah, buat/beli kuih raya banyak-banyak pun bukan orang datang nak makan kuih pun kan. Orang sekarang ni, kalau datang rumah request nak makan-makan. Siap request makan tenghari pun ada. Hilang terus amalan ziarah-menziarahi di hari raya dah. Lebih nak makan je datang rumah orang sekarang ni. Kan?


Tang duit raya, pun dah settle juga. Minta tolong kawan tukarkan. Dah siap masuk angpau tunggu nak bagi je.

Baju raya dah. Kuih raya dah. Duit raya dah.

So, apa lagi yang belum?


Sekarang ni, tinggal part nak kemas rumah I yang sekangkang kera tu je. Mood nak mengemas paras-paras hidung je sebab malas banyak yang menguasai diri. Boleh?

Dah la weekend asyik menghilang je, nak harap weekdays, penat pula lain macam bulan puasa ni. Iman Raneeya pula dah pandai tidur lambat sekarang. Selagi tak pukul 10 lebih, memang dia tak tidur lah. Tiap kali nak tidurkan dia, I yang tertidur lebih dengan jayanya.

Haishhh.
Haishhh.
Haishhh.

6 ulasan:

  1. saya seperti tahun2 lalu la, beraya kat kg husband.. sedih sangat..asyik2 kat kg dia.. nak g kg saya ada jer alasan dia.. sedih sangat.. so macam tahun lalu juga tak berapa nak happy.. nasib baik la ada anak so happy gak la.. heheh (^_^)

    BalasPadam
  2. saya tak shopping ape pun...guna je baju ape yg ade..lgpn baju anak bnyk yg elok lagi..

    BalasPadam
  3. nak kemas rumah tu la yg paling malas.. shopping tak malas pulak haha..

    BalasPadam
  4. I raya rumah mertua huwaa. Ikutkn i taknak beli baju raya sbb nk beli brg2 rumah tp kene marah dgn husband i. Haha

    -gajahputih

    BalasPadam
  5. haha
    tu nm nya mummy hebat..rs cam x beli hape kan tgk2 x perasan yg on9 bagai tu.hakhakhak

    bab2 kemas umah ni mmg lah kan..
    bkn takat pecah umah tp nk kemas tu mcm nk pecah kepala sbb malas =)

    BalasPadam
  6. tahun ni zana beraya rumah mak mertua dulu.. tp rumah mertua & parents zana dekat jer, x sampai 10 minit dah sampai.. hihihi...

    mmg kalau buat persiapan sebelum raya lagi ok.. sebab masa puasa ni penatnya mmg melampau2 kan.. dugaan betul..

    BalasPadam