15 Ogos 2012

Oh emaks!


Emak, umpama bidadari syurga yang Allah kurniakan untuk setiap anak - anak merasa bahagia.
Terima kasih Ya Rabb untuk anugerahMu ini yang tidak ternilai.



Tiba-tiba quote statement orang kan?
Motip?

Haha.

Biasalah bila beraya di belah suami ni, dia punya meroyan lain macam sikit lah. ;p
So, layannnnnnnnkan je lah kalau nak baca.

Pagi semalam berwassap dengan adik,
dia tanya apa perasaan I bila 1st time beraya kat rumah suami?


Huhu.
Sobsobsob.
Im speechless.
Tak terdescribe weh perasaannya.

Cukuplah I kata, malam raya tu I merembes-rembes air mata dalam bilik bila telefon ibu. Sedih kan main walhal besok petang tu dah balik Melaka dah.

Lepas call kali pertama tu, call lagi kali kedua nak bagi tahu I pregnant lak. Tapi tetap menangis inform berita gembira. Sebab I nanges inform berita gembira ialah I pregnant tapi bleeding.

Then, pagi raya tu pulak, sedih-sedih lagi telefon minta ampun macamlah petang kang tak jumpa kennnn?

So drama queen betul kan kan kan?

;p

Nak buat macam mana, emak kan. Sebaik-baik mak mentua, sambutan raya tu feel nya tetap takkan sama bila sambut di hari raya pertama dengan mak yang melahirkan kita.


Bercakap pasal emak, FYI, i panggil mak I, ibu.
Nenek pula I panggil emak.
So, karangan I kat atas adalah untuk ibu lah.
Even dulu tak close dengan Ibu sebab i dari kecik dibesarkan oleh Emak, tapi sejak kahwin ni dan menjadi ibu, keclose'san kami kan main ketat lagi. Hehe.

Bila bercerita tentang ibu teringat kat mak pulak.


Balik rumah ibu berbuka last week haritu, dapatlah spent time dengan emak sekali.
Emak ni dulu yang menjaga I dari kecil ya. Yang membesarkan I time weekdays dan time sesi persekolahan. Time weekend selalu I berjalan atau takpun pi balik rumah ibu.

Emak ni dulu selain jaga I, dia juga jaga adik no. 2 dan no. 4 serta 2 3 orang sepupu yang lain. Emak selalu memberi kasih sayang extra kepada kami. Kasih sayang extranya itu selalu buat sepupu lain jeles melihatkannya. Haha.

Lantak kau orang lah nak jeles ke hapa, yang pasti, dari umur I dah pandai buat kerja rumah sampai I dah beranak satu, I adik beradik je lah yang sentiasa mengemas rumah emak ye uols. So, tak salah rasanya kami mendapat kasih sayang terlebih, tahu?


Ok, berbalik pada cerita tentang emak,
time balik haritu, merasa jugalah I mandikan emak. Ketika menyabunkan badan dia, I nangis ok.
Tak dapat nak menahan air mata. Lap lap tahan pun air mata tetap mengalir juga.

Sedih hati sangat-sangat.
Sedih bila mengenangkan, macam baru semalam je mak yang dulu menyabunkan I, kini
tugas tu dah diterbalikkan kepada I pula. *Adoi, ayat karangan kan main berbelit dah ha!


Kata orang, sampai suatu masa, kita ni akan jadi macam baby semula.
Itulah yang jadi pada mak sekarang.
Sekelipan je kan dunia ni berputar.
Keadaan mak sekarang seperti baby yang sentiasa perlukan bantuan untuk setiap tindakan.

=,(


Dalam keadaan dah nak raya ni,
lagilah macam-macam memori I dengan mak masa dia ingat dan sihat dahulu datang menjelma.

=,(
=,(
=,(


Dulu,
kalau raya dah nak dekat,
time-time macam ni,
kuih raya semua mak dah buat siap sedia.
Bahulu, bangkit, kuih karas, putu kacang, dodol, tempeyek, wajik semua ada.
Anak tinggal balik je collect kuih semua. Tak payah nak beli ke apa ok!

Dulu juga,
time nak raya ni lah emak dah sibuk cari buluh nak buat lemang,
order ayam nak buat rendang,
dan macam-macam lagi lah yang diplan untuk anak-anak dan cucu-cucu.
Persiapan raya lebih kepada anak cucu aja lah. Biar dia penat, janji anak cucu semua cukup makan.
Sampai macam tu sekali dia beriya nak sambut cucu menantu.

Tapi sekarang?
Semua tu dah takde.

Yang tinggal hanyalah emak yang dah tak ingat apa-apa.
Yang tinggal hanyalah emak, yang kau buat apa pun dia takde kisahnya.
Yang tinggal hanyalah emak, yang masih meneruskan sisa hidupnya dengan segala memori tentang anak cucunya entah ke mana.
Yang tinggal hanyalah emak, yang tak ada apa perasaan pun kalau kau nak buat baik atau tidak kepada dia.


=,(

Emak,
Kalau lah I ada kuasa nak pulihkan segalanya!

I rindu emak yang dulu tahu!
Rindu sangat-sangat.

Rindu nak dengar suara mak yang macam petir tu mengejut kami sahur sampai boleh dengar satu kampung.
Rindu nak rasa mak backup I bila kena marah dengan ibu dah ayah bila I buat salah.
Rindu nak dengar bebelan nasihat mak yang panjang berjela.
Rindu nak makan sayur-sayuran fresh yang mak tanam.
Paling rindu nak makan masakan mak yang dulu kan main anak-anak mak suka siap balik tak kira masa.

I rindu segalanya mak.

Kepada semua,
tak kira lah kalau kau ada talian darah daging dengan I atau tidak,
satu je yang I nak pesan,

Kalau orang tua yang dah tak ingat apa-apa ni,
janganlah nak dilayan macam melepas batu ditangga,
janganlah dibenci walaupun kau rasa menyampah dengan dia sebab kau rasa kau tak dapat kasih sayang dari dia,
janganlah kau sama-sama lupakan dia disebabkan ingatan dia yang dah tercedera.
Memang leceh nak melayan dia, nak basuhkan berak kencing segala,
Tapi itulah ujian yang Allah bagi untuk menguji iman kita.

Kalau agama letak kat kaki,
Memang hilang budi pekerti.

Kalau rasa sentiasa muda takkan dimamah usia,
Memang takkan tahu menghargai hati seorang warga tua.

Eh,
what you give you get back tau!

Sekian.



14 ulasan:

  1. apa ni dah bergenang air mata baca entry akak pagi-pagi ni. sedih :(. dahla tahun ni 1st time raya rumah mak mertua

    -gajahputih

    BalasPadam
  2. sedih la pulak zana baca entry ni... sbb tu lah kita kena hargai diorang sementara diaorang masih ada kan.. dioarang x harap pun wang ringgit kita, diaorang cuma harapkan perhatian dan kasih sayang daripada kita...

    BalasPadam
  3. alahai touchingnyer....sayu plak lieya bace....insyaallah semoga lebaran nanti memberi sinar kegembiraan yeak....

    ** selamat hari raye maaf zahir dan batin buat nia sekeluarga....semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diberkatiNYA....

    BalasPadam
  4. ouh merembes air mate .aku post kat fb eh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. it's up to you.
      i tak kisah pong.

      Padam
  5. alaaa....sedih la..nak nangis jugakkk.... :(

    BalasPadam
  6. elin baca pun touching lah....inikan kamu yg harungi.
    elin pasti satuhari nanti kite pun akan hadapi mcm tuh....

    raya tahun nih rumah MIL. tahun kedua beraya kat sana. nasib baik 1 negeri,x yah gaduh2..

    BalasPadam
  7. semoga Allah izinkan aku jadi seorang anak yang tak lupa jasa mak aku sok2.
    InsyaAllah..

    BalasPadam
  8. kita semua kene harungi ni kan. beraya tanpa mak. sedih kot. :(

    BalasPadam
  9. sedih..
    yanie pernah rasa keadaan begitu time yanie final year kat uitm dulu
    mak sendiri hilang ingatan hampir 6 bulan, bersusah payah kami semua nak kembalikan ingatan mak,
    dan betullah.. mana yang sudah merasainya akan faham dengan situasi ini.
    jangan sedih2 tau..

    selamat hari raya maaf zahir dan batin...

    ikhlas, yanie, bazli & rina..
    :)

    BalasPadam
  10. tacingnya....
    sedihnya bila org yg kita sayang dah tak ingat kan...

    tak pe lah...berbaktilah pada dia selagi hayat dia masih ada...

    BalasPadam
  11. sedihnya ain.. sabar banyak-banyak yer.. =(

    BalasPadam
  12. adoii..
    sedih nih dekat2 nk raya post entry mcm ni ain ooii..
    sgt lah sedih tambahan lg bila "ibu" tu dah xde..
    teruk sgt rasanya tau..xde sapa bleh ganti tmp tu =(

    selamat hari raya Ain..

    BalasPadam
  13. adui sangat2 sedih la.. nasib baik raya pertama kitorang beraya kat rumah mak saya dulu.. dan sempat gak balik kg mak sekejap sebab nak kena hantar mak balik kg...

    BalasPadam