GAMBAR DAN HAKMILIK

!!! Segala gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi pemilik blog dan dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.

Sekiranya ada yang diambil dari sumber, ianya telah dikreditkan, dibacklink kan, dinyatakan sumber asal di bawah setiap gambar bagi menghormati pemilik gambar asal.

Sebarang penggunaan gambar pemilik blog hendaklah melalui kebenaran pemilik blog.

Harap maklum.

-Ain.Ya.Nun-

Followers

Tabung LASIK

13 Jun 2012

Tentang puasa ganti yang perlu diketahui.

Sharing is caring rite?
=)


1) Pada tahun lepas saya tidak sempat habis mengganti puasa, adakah saya perlu mengganti 2x (double) puasa itu pada tahun ini? Apa yang saya tahu, perlu membayar fidyah.

Jika tuan tidak sempat ganti pada tahun lepas bermakna tuan wajib ganti puasa tersebut pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama iaitu tidak bertambah tetapi tuan wajib membayar fidyah disamping qadha tersebut sebanyak secupak beras untuk sehari yg ditinggalkan.
Yang bertambah ialah bilangan fidhyah beras bukannya bilangan harus qadha .



2) Berdosa tak kalau saya buka puasa ganti Ramadan kerana malas?

Tidak boleh berbuka puasa ganti Ramadan, nazar atau apa sahaja amalan wajib yang lain dengan sengaja setelah memulakannya. Sama seperti solat fardu; di mana tidak dibenarkan berhenti selepas memulakannya melainkan jika keadaan darurat.

Tetapi, boleh membatalkan puasa sunat bila-bila masa mengikut kehendak orang yang berpuasa itu. Begitu juga dengan amalan sunat yang lain. Sesiapa yang pernah membatalkan puasa wajib hendaklah bertaubat kepada ALLAH dan jangan ulangi perbuatan itu. Walau bagaimanapun, dia tidak perlu membayar apa-apa kifarat. (Rujuk: Al-Mughni, jil:4, ms 412 dan al-Majmu', jil: 6, ms: 383)

Dakpink said:
Ya, ini memang sangat tak boleh. Sebab tu seboleh-bolehnya, I kalau buat puasa ganti, akan cuba bertahan sampai masa berbuka.



3) Saya ada kemusykilan mengenai puasa ganti. Ada pendapat mengatakan apabila menggantikan puasa di bulan Syawal, secara automatik kita dapat pahala puasa sunat Syawal.

Ada juga pendapat menyatakan jika hendak puasa sunat Syawal, kita hendaklah habiskan dulu ganti puasa yang wajib.

Sunat dan wajib adalah dua perkara berbeza. Sunat ialah amalan yang sangat digalakkan kita melakukannya.Mereka yang membuat amalan sunat mendapat pahala dan tiada dosa jika tidak melaksanakannya. Berbeza pula dengan wajib yang mana seseorang itu berdosa jika meninggalkannya. Puasa ganti atau qada adalah wajib. Puasa enam Syawal pula sunat. Sebaik-baiknya puasa ganti dilakukan segera kerana ia bererti menyegerakan bayar hutang kepada Allah. Ini sikap seorang hamba yang taat pada Tuhannya. Jika dibiarkan lama, bimbang terlewat sehingga Ramadan akan datang.

Bagaimanapun ada yang berpendapat jika puasa qada dalam syawal, keberkatan Syawal dan pahalanya akan berterusan. Wallahuaklam.

Dakpink said:
Dulu bila ditanya pada abah tentang ini, abah i bagi perumpaan, cuba buat makan dan pakai baju sekali/serentak? Boleh ke? Tak boleh kan, kena buat satu-satu juga. So, macam tu jugalah kalau nak puasa ganti dan sunat ni. Apapun, yang wajib didahulukan.



4) Apakah puasa ganti yang dilakukan pada hari Jumaat perlu dikembarkan dgn hari Khamis atau Sabtu?

Haram berpuasa pada hari jumaat sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh dilakukan dengan menggandingkan sehari sebelum atau sehari selepas.

Dakpinksaid:
To Yana, ni lah yang i selalu terangkan kat you tu. Ni bukti dia. So, tak boleh ye tiba-tiba je puasa hari jumaat tanpa partner dia iaitu sama ada puasa pada hari khamis atau sabtu.


Sumber

10 ulasan:

  1. kak, puasa hari jumaat tu sy pnh tanya en.akashah dia ckp tak haram tp tak digalakkan.

    -gajahputih

    BalasPadam
  2. ada pendapat mengatakan puasa ganti boleh dibuat pada bila2 masa sahaja kecuali hari haram berpuasa. manakala yang harus dikembarkan itu adalah puasa sunat. dan hukum puasa sunat pada hari jumaat adalah makruh, kecuali dikembarkan sebelum atau selepas - kak fara.

    BalasPadam
  3. Cuba cari kitab syamailmuhammadiah..dlm tu terkandung segala hadis2 nabi..dimana kalau dlm bab berpuasa..di situ juga mnerangkan tiada hari2 khusus yg diamalkan olh nabi utk berpuasa atau pun tdk blh berpuasa..sblknya bila2 masa pun blh berpuasa..wallahuallam

    BalasPadam
  4. Salam....
    Klu sy berpusa pd hari khamis n sabtu skali x pe ke??maknenye straight hari khamis,jumaat n sabtu??

    BalasPadam
  5. Puasa Khamis, Jumaat terus ke Sabtu lagi ok,..cuma tidak digalakkan puasa semata2 pada hari Jumaat shja. Wallahualam

    BalasPadam
  6. Salam,umur saya sudah 24 Dan saya tdk pernah berpuasa,mcm mana caranya utk saya ganti puasa,mnx tnjk ajar,trima kasih

    BalasPadam
  7. Salsm...saya berumur 25 sudah berkahwin..saya pernah tinggal puasa semasa umur 16 boleh dikatakan hampir setengah bulan juga saya tinggal,tapi selepas pada tu saya tak mengulanginya lagi sehingga umur sekarang.tapi lain pula masalah seleps berkahwin saya tak dapat menahan gelora nafsu jadi setiap tahun pada bulan ramadhan saya pernah bersama isteri di siang hari tapi saya tetap meneruskan puasa seperti biasa walaupun sudah jelas telah terbatal ini kerana saya suka berpuasa kerana dapat menahan sifat panas baran yang ada dalam diri.persoalannya sekarang apakah hukuman yang harus saya lakukan di atas perbuatan saya dan adakah hari-hari yang tertentu untuk saya menggantikan puasa saya dan terbatal sebelum ni sesungguhnya saya mula sedar akan kesilapan dan ingin bertaubat..harap dapat membantu..terima kasih...

    BalasPadam