26 Jun 2012

Sroot, sroot, hingus dah datang!

Haha.
Tajuk boleh buat orang mual je baca.
Mahap, mahap dan mahap lah ye. I menulis dengan jujur dan ikhlas, so tajuk haruslah direct to the point.

Tapi betul lah, gitulah gamaknya keadaan I sekarang ni. Lubang hidung dah rasa besar macam serombong kapal dah sebab asyik dipicit-picit buang hingus.

Sangat tak selesa ok bila berselesema nih. Mata berair je, lepas tu tak boleh nak tunduk-tunduk sebab hingus tu asyik nak meleleh je keluar. Suara pulak kejap-kejap tukar sengau, kejap-kejap tukar suara jantan. Kahkahkah. Ni batuk pun dah mula menjengah-jengah ni. Kan main, dua serangkai datangnya penyakit. Tu belum masuk sengal-sengal badan lagi penangan training. Lagi lah buat rasa macam nak demam. Eh, bila penyakit datang akan terhapus dosa-dosa kecil kan kan? =)

Dah la minggu ni dan minggu depan minggu beraktiviti. Mampuih lah kalau selesema tak elok lagi, memang beraktiviti dalam keadaan tak best lah. Hadoiaiiinye punnnn.

Minggu ni i akan ke Langkawi selama dua hari dengan the Divas & Insya-Allah dan isninnya pula akan bertolak ke UUM, Kedah berkampung kat sana selama seminggu.

Balik dari UUM Kedah, ingat nak pi bercuti pulak dengan husband sebelum bulan puasa menjelma. Yelar, anniversary perkahwinan kami kan jatuh dalam bulan puasa, so haruslah disambut awal. Tapi tak tahu lagi arah tujuan ke mana. Nantilah, time di Kedah nanti I cuba fikir-fikirkan lah.

Ok lah, tu je yang nak ditaip dimalam hening ni. Sebelum menutup tirai, to Iman Raneeya yang orang ajar apple dan ayam dia sebut APAM, mummy want to wish you happy 14months sayang. Semoga anak mummy sentiasa sihat dan ceria ya walupun berat tak naik dan selamat becuti-cuti di Gambang dengan Daddy, Grandma dan Grandpa tanpa Mummy.

8 ulasan:

  1. musim demam kot sekarang ni kan.. saya pun baru baik dari demam.. tapi selesema ni masih lagi ada.. tak leh dah nak hidu bau2an... rimas betul...

    BalasPadam
  2. pegi CH kak huhu. pg langkawi nak kirim daim lah

    -gajahputih

    BalasPadam
    Balasan
    1. GP,

      I mabok lalu jalan nak ke CH tu.

      Padam
    2. GP lagi,

      Ok, kalo ingat i beli daim tok you ye.

      Padam
  3. Salam perkenalan :)

    moga cepat sembuh ye :)

    Cuaca sekarang ni memang cepat je berjangkit demam, selsema, batuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi dear.
      Salam kenal-kenal juga.
      =)

      Padam
  4. jgn berjangkit dkt IR sudh :) lagi pyh nanti nak sihat,..

    BalasPadam
  5. laki aku tgh batok2 kak. aku tak bagi dia ciom anak dan aku. eh? kihkih.
    APAM? ok lah. anak aku kak, AYAM = AYAK. adehh!

    BalasPadam