Jumaat, 22 Jun 2012

Moh kita ke Sg. Tekala lagi.

Isnin haritu, Negeri Sembilan cuti sempena cuti ganti Israk Mikraj yang jatuh pada hari Ahad. So, ingatkan takde pergi manalah sebab nak berehat saja sambil bergolek-gelentang kat rumah.

Sekali, dalam pukul doblas macam tu, Azreen ajak pergi Sg. Tekala pula. Nak mandi air terjun yang sejuk tu. Kan cuaca panas sekarang ni, kalau dapat berendam dalam air sejuk memang terbaik lah.

Seronok memang seronok lah kan dapat berendam, tap kalau pergi petang, habislah rosak program I yang nak menonton Emperatriz kat channel Bella tu. Haishh. Oleh kerana tak mahu menghampakan permintaan suami tersayang, tapi dalam pada masa yang sama nak melayan kehendak sendiri juga, terus i suggest, apa kata kita pergi sekarang. Haha.

Terus Azreen setuju dan laju-laju lah kami anak beranak bersiap.

Dari rumah I ke Sg. Tekala, Semenyih tu tak jauh mana pun. Dalam 20 minit camtu je. So, dalam satu lebih weols sampai lah kat sana. Bagi yang tak tahu, Sg. Tekala ni lokasinya dekat-dekat jalan nak pergi Bukit Broga.


Arrived!
Bentang banner. Haha, guna banner je sebab takdo tikar.


Pintu masuk.


Nak masuk kena bayar ye.
First time datang haritu, i bising juga apasal sampai kena bayar nak masuk. Tapi second time datang ni, i dah tak bising dah sebab i rasa, diorang minta bayaran tu sebab nak buat cover kos pemuliharaan kot. Ini berdasarkan pemerhatian i kat dalam hutan ni lah. Bersih dan cantik je.


Budak kenit ni, memula je eksaited riuh mulutnya bila nampak air. Tapi lepas setengah jam berendam, di bengkok-bengkok kan kakinya bila nak direndam dalam air. Dia sejuk kot, tu yang taknak masuk lagi dah.


Ni masa mula-mula masuk dalam sungai.


Three of us.
Pssst, sila abaikan kaki yang berbulu tu ye. Haha.


Ni patutnya gambar last, tapi dah terupload awal, layankan je lah.


Lepas dah tamo mandi tu, Iman Raneeya duduk kat sini je sambil main pasir.


Tanam kaki diaaaa!!


Ha, kan main riang ko ye dapat main pasir. Kau tau tak Daddy kau marah I sebab bagi ko main pasir. Takut berkudis katanya. Erk!


Hehe. Istana pasir sungai.
Nampak tak i buat love tu. Nampak???

Lepas mandi dalam sejam macam tu, lepas dah buli Daddy beli itu ini sempena hari bapa, lepas dah makan bekalan dan makanan yang Daddy beli, kami pun bertolak pulang dalam pukuk 3 macamtu.

Tak larat lah nak berendam lama-lama sebab airnya sejuk banget deh! Eh, tertukar slang Indonesia plak dah ha.


Family potrait sebelum bertolak pulang.
Eh, i tak tukar baju pun. Malas. Pakai je baju basah tu sampai rumah. Bersihkan diri kat rumah je. ;p


Ok dah. Jom pulang!

Tata.

12 ulasan:

  1. neeya comel.neeya comel.neeya comel.... huhuhu... ngap! sekali ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Kalo ngap kang takdapat jumpa lagi. ;p

      Padam
  2. seronoknya mandi manda kat air terjun..

    BalasPadam
  3. Iman Raneeya seronok yer dapat mandi manda... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Iman Raneeya suka main air lah auntie.

      Padam
  4. mesti air sungai tu sejuk, tapi muka Neeya cool je..

    BalasPadam
  5. wahh daddy nya garang weh x kasi men pasir...sian IR telepas la activiti kanak2 riang kalo xleh men pasir kan :)

    eh apasal x nmpk pun love tu,pnya belek2 x pasan la plak..yg besaq gedabak kat bhagian depan tu eh ain?hehehe

    BalasPadam
  6. tak pernah pg lg. takdela jauh sgt eh kak? ramai org tak

    -gajahputih

    BalasPadam
    Balasan
    1. weekends je ramai orang, weekdays tak. ;p

      Padam
  7. rindu pulak zaman kanak - kanak . lama tak mandi sungai :/

    BalasPadam