Jumaat, 8 Jun 2012

Hukum Memakai Kanta Lekap.

Soalan:
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap berwarna?

Jawapan:
Waalaikumussalam.
Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.


1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara; iaitu;

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan.

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

Sumber.

Sumber lain 1.

4 ulasan:

  1. aku ni rabun teruk..kalau kat ofis mmg pakai spek la..tapi kalau nak jenjalan luar, aku prefer pakai lens sbb aku ni cepat berpeluh...kawasan mata pun cepat berpeluh...sbb tu aku prefer pakai lens kalau kat luar..

    apapun, gud info...

    BalasPadam
  2. Mimie tak pernah pakai dan tak rabun.
    hehehe

    BalasPadam
  3. good info babe... tp aku ambik bab harus la kot ye sbb aku rabun hhuhuhuhu

    BalasPadam