04 Jun 2012

The Avengers: Dak Pink's style.


Sebelum menaip dengan lebih lanjut, ok fine!
Tahu, movie ni memang dah lama tayang tapi baru tadi I terhengeh-hegeh pergi menonton. Haha.
:p

Takde masa uols. Balik kerja dah sibuk jadi Supermak. Lepas tu adik I pulak sekarang tengah berpantang, so takde tempat lah nak tumpangkan si Iman Raneeya kalau nak pergi berdating tengok wayang.

Actually, si husband memang dah memekak-mekak ajak I pergi tengok cerita ni sebelum ini, tapi sentiasa tak berkesempatan aja. I siap offer kat dia, pergi lah ajak sesiapa saja kawan lelaki atau saudara perempuan kalau nak pergi tengok. Tapi dia tak nak. Seboleh-boleh nak heret ahkaaaak gemuk ni jugak masuk ke dalam wayang tu.

I ni bukan membesar dengan cerita-cerita adiwira gagah perkasa. Walaupun perangai I ni jenis orang yang abah beli jam, sehari dah rosak, pakai piniform asyik terkoyak kiri kanan, bercakap kuat sebatu boleh dengar, tapi I masih melayan cerita-cerita fairy tales cinderella, snow white and the seven dwarfs, rapunzel, etc. Live happily ever after giteww kan? Barulah ada hati dalam taman.

Cerita adiwira atau superhero ni memang tak berapa nak tahu, dan kalau di ajak pergi tengok wayang tentang cerita-cerita adiwira, I tak berapa nak bernafsu sangat pun nak pergi. Ark ark ark.

Tapikan, kalau suami dah ajak tu, ko boleh tolak ke? Boleh?
Boleh blah lah kan kalau tolak.
Tak cium bau syurga ko tahu?
:p


So, jom layan cara I menonton The Avengers sebentar tadi. ;P

First half.

Baru letak bontot je, dah terasa panas sebab cerita tah apa-apa tah agak slow *sebenarnya I yang tak faham. Tapi layan je lah. Jeling orang sebelah (Husband), kan main concentrate tengok. So, i minta hanphone dia. Niat di hati nak snap-snap gambo. Sekali, hp husband di set auto untuk kamera, time snap keluar flash. Terus kena sound dengan orang sebelah!

2nd half.

Tengok, tengok dan terus tengok sambil bisik-bisik kat husband.

Thor tu superhero juga ke? Tak famous pun?

Nathasa ni siapa? Black Widow? Black Widow tu dalam cerita mana? Sama ke dengan Catwoman?

Apasal Captain America tak power? Dia guna apa nak selamatkan orang?

Thor tu dengan Loki adik beradik ke?

B.. B... B...!!

Cesss, kan main beriya mengajak, sekali orang sebelah tidur da!

3rd half

B, nak duit.

Nak buat apa? Nak pergi mana?

Nak pi beli air & popcorn.

Nah!


Makan popcorn, minum coke sambil tengok wayang. Kunyah popcorn. Offer kat orang sebelah tapi orang sebelah tak nak. Makan lagi. dan lagi dan lagi dan lagi.


Di jam yang Captain America dah start bagi arahan kat semua hero dan yang lain-lain.

Dah boleh mula senyum dah, sebab I dah dapat merasakan cerita ni memang dah nak sampai ke penghujungnya.

So, baru boleh concentrate nak tengok.

Time diorang lawan-lawan tu, I siap boleh bayangkan, macam manalah kan kalau benda macam ni jadi kat Malaysia. Nak lari ke mana lah agaknya. =p *mahap, imaginasi memang selalu terlampau saja.

Gelak kan main time Hulk hempas-hempas si Dewa Lembik tu. Gelak-gelak tengok aksi kelakar Hulk.

Husband jeling sambil tanya, Apasal awak gelak?

Lar, dah kelakar, gelak lah. Takkan nak nangis pulak?


Kan?

Superhero sambung lawan lagi.
Lawan punya lawan. Lawan lagi. Lawan sampai lebam. Lawan sampai semua alien mati. Lawan sampai Ironman tolak menatang apa tah ke atas langit.

Kemudian, sampai part semua orang berdebar-debar tunggu Ironman jatuh ke bawah ke tak.

Dupdadupdapdupdap,

Akhirnya,

Yey, Ironman sempat jatuh sebelum lubang hitam itu tertutup.

Superhero kan, mana boleh mati. Kalau mati, tak powerlah hero-hero tu semua kan.

Kan?

Cerita selesai.


.... and lastly, all the super heroes live happily ever after.

;p

3 ulasan:

  1. kahkah...aku pun sama mcm ko...silalah percaya aku pun baru tgk citer tu last week...bawak anak2 lagi...

    aku mmg tak minat la citer superhero ni nok...pada aku citer mcm tu mengarut...tapi hubby dan anak2 suka sgt citer ni...
    mula2 aku tgk, aku nak tertido ko...tapi lama2 citer tu kelaka la nok...paling kelakar part Hulk tu la...hehe...

    sudahnya ko bawak ke anak ko nok?

    BalasPadam
  2. :) mcm kebosanan jer...

    org kusyuk tgk movie sempat lagi mintakkk duit beli popcorn hahhha..klu elin minta eman time tgk movie mmg die buat dekk jer..sebb masa sblm masuk x nk pulak nak beli itu ini..

    dah tgk cite nih. boleh lah. yg paling best iron men jer.. ;p
    yg lain mcm pelik jee..hihi

    BalasPadam
  3. Wahidah,
    Aku tompangkan anak kat rumah makcik je.


    Elin,
    Samalah. Takat boleh je lah cerita ni. Suka Hulk tu je lah sebab dia lawak.

    BalasPadam