Ahad, 27 Mei 2012

Demi masa, manusia selalu lupa.

1hari = 24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan, 52 Minggu, 365 Hari, 8,760 Jam, 525,600 Minit, 31,536,000 Saat.

Secara normal manusia meninggal dunia (tahun)
Purata:
60 th hingga 70 th
(65th)

Carta:
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

"Baligh: Permulaan seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Lelaki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, secara purata:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~
65 - 15
= 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun, 18,250 hari, 458,000 jam, 12 jam siang hari, 12 jam malam hari, 24 jam satu hari satu malam.

Gambaran kasarnya,
Mari kita muhasabah bersama.

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya:
Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton TV, facebook, bloging atau mungkin dihabiskan termenung dengan berangan. ;p

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Nampak?
So, bila masa beribadahnya?

Padahal Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud;

"Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu".

Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntut untuk merenggut, Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka, sampai masa, terimalah habuanmu seadanya.

Memang benar, menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar.

Memang benar, bekerja mencari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya. Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya.

Lalu Bila Nak Beribadah?
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi?
Kerana kita fikir,solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga.
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit, 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat. Ini kalau yang solat 10minit, kalau solat macam ayam patuk tanah tu pula macamana?

2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita, itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.

Logiknya,
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat.
Ingatlah negeri kita, AKHIRAT.
=)

sumber: orang bijak pandai.

1 ulasan:

  1. thanx 4 da info.
    aku nk share jugak la..
    peringatan neh..
    =)

    BalasPadam