08 Mac 2012

Nak orang jaga anak, jangan banyak cerita!

  • Jangan bagi Iman Raneeya naik motor nanti Daddynya marah.
  • Kalau Papa (menantu mak saudara) nak pegang Iman Raneeya, tolong cuci tangan. Azreen tak suka dah pegang rokok, pegang anak dia pulak.
  • Tak payahlah nak bawa Iman Raneeya ke sana sini. Biar dia duduk di rumah je.
  • Ma tak payahlah masak untuk dia, bagi dia makan yang Ain bekalkan je.
  • etc..

"Nak orang jaga anak, jangan banyak cerita!"

Itu kata yang abah ucapkan bila ibu menyampaikan antara aduan I seperti yang dinyatakan kat atas tu pada Makcik yang menjaga Iman Raneeya.


Dan-dan tu juga, tiba-tiba rasa macam nak marah bila dengar abah cakap macam tu. Tapi dalam hati jelah. Tak terluah pun.


Haishh lah abah! Kalau boleh, kalau ada peluang, siapa yang tak nak jaga anak sendiri? Siapa?
Cuba angkat tangan kalau ada orang macam tu?

Takda bah.
Takda.

Semua orang kalau boleh, nak lihat anak 24/7 membesar depan mata.
Setiap saat anak membesar tu, kalau boleh nak dicatat, nak direkod segala perkembangan, perubahan yang berlaku.
Lagi-lagi bila anak pertama kan.

Segala pengalaman pertama kali yang tak ternilai harganya.
Yang pertama kali dikandung, dikendung ke hulu-hilir dalam perut, yang dirasa segala pergerakan-pergerakan comel, yang dimerasakan menahan sakit ketika nak dilahirkan, yang dijaga buat pertama kalinya juga dengan pelbagai perasaan takut, risau yang ada.

Dan kalau boleh dengan tangan sendiri jugalah nak anak itu dibesarkan tanpa bantuan sesiapa.

Tapi tulah.
I ni bekerja.
Kena bekerja sebab nak bantu keluarga besar dan keluarga kecil kita.
Banyak tanggungan yang memaksa i terus bekerja.
Dan terus juga bekerja walaupun kadangkala terdetik kesal di hati bila memikir kerja untuk menanggung bebanan yang ada.

Tu semua syaitan punya kerja lah tu bila ada rasa kesal terdetik di hati.
Astaghfirullah.




T_________________________T


Kalau nak diikutkan,
I punya peluang untuk hantar anak ke tempat lain kalau tak boleh nak luahkan apa yang tak boleh dan apa yang tidak.
Tapi,
Bila memikirkan ikatan kasih sayang yang terbina antara Iman Raneeya dan Makcik, i buang jauh-jauh perasaan itu.
Tak sampai hati nak memutuskan ikatan itu.


Hmmmm,
Mungkin i terlalu cerewet agaknya dalam perkara penjagaan anak ni.
Mungkin i ni terlebih caring kat anak sebab dulu i duduk dengan nenek, so bila sampai time anak, i seboleh-boleh nak yang terbaik untuk anak sampai jadi cerewet complain macam-macam. I taknak anak i rasa apa yang i rasa dulu bila dijaga orang.


Mungkin lah kot!

2 ulasan:

  1. dijage orang sb ibu bapa terpakse bekerja menampung keluarga kalo x die pon nak jage anaknye macam anda rase skang ni :P

    BalasPadam
  2. mane2 mak pon akan cerewet ain.
    haku ni tiap2 ari jumpe mesti berpesan2 itu+ini.
    just cara pesan tu la yg kene berhikmah. Sambil jaga anak, jaga hati pengasuh juge.
    InsyaAllah... sume akan ok, =)

    BalasPadam