20 Mac 2012

Kad kahwin: Plagiat.



Nilah kad kahwin yang I sangat vangge-vanggekan dulu. Kad yang simple tapi sweet.
Nak tahu kat mana yang sweetnya? Nampak love color pink dan garis ala-ala tak lurus tu?Ha, kat situ lah yang sweetnya. Haha.

Ingat lagi dulu, I bukan main senyum sampai ke telinga bilamana melihat sketching I yang tak seberapa itu telah ditransformkan oleh kawan I, Sofia seperti imej di atas. Vangge tak ingat dengan kad kahwin sendiri.

Sebelum Majlis Hari Besar dulu, dari awal I dah cakap pada Azreen, I taknak kad kahwin mahal, yang serabut bagai semua tu. Kad kahwin kita mestilah simple dan sweet then ada love, ada pink sikit. Azreen tak banyak cakap, ikutkan ajalah.

Pada I, buat kad kahwin beriya bagaipun, bagi kat orang, nanti ke tong sampah juga tempatnya kan? Bukan semua orang yang jenis simpan dan kumpul kad kahwin ni.

Dulu juga I ada jalan-jalan kat blog bride to be (B2B), jumpa satu posting ni ha: Ladynoe. Tentang plagiat kad. Baca sepintas lalu je lah tetapi bersimpati dengan Ladynoe tu sebab usaha gigih dia buat kartun comel untuk kad kahwinnya diplagiat.

Tapi, siapa sangka, siapa menduga, buah cempedak dah jadi nangka.


Kad I yang simple tapi sweet tu ada juga yang berkenan rupanya. Posting Ladynoe tu terkena juga kat batang hidung sendiri. Tengok ni,


Elok je kan dia letak sebelah-sebelah lepas kad itu diplagiat sebijik sejiban. Oh, ni yang kali kedua I jumpa ye. Kedai tempat I tempah kad tu yang display kad I untuk sample customernya. Kedainya kat Jalan Pudu.

Sebelum ni, kawan suami I punya tunang dok sibuk call I tanya kat mana tempah kad kahwin. Kot lah nak bagitahu kan nak buat kad sama dengan I. Tak pun. Alih-alih sampai kad, sebijik macam kad kahwin I.


Walaupun ada rasa bangga sikit sebab kad kita jadi ikutan, tapi bila difikirkan sentimental value kad tu, tentang hasil usaha sketch yang tak menjadi, lepas tu tebal muka pergi minta tolong kawan untuk design, susah payah pulak cari orang nak printkan, bila dah print tak menepati hasil yang kita mahukan, kena print semula, hati terus jadi macam frust lepas putus cinta sebab kad kita senang-senang je orang tiru.

Tapi, nak sedih-sedih pun, takdo guno ea. Itu lah dunio kan? Tak ke mano pun. Pusing-pusing pun kek situ jugak. Eh, terus tukar slang Nogori dah hah!

Terkini, kad kat bawah ni ha yang ditambah-tambah kerawang-kerawang pulak dah. Tapi design tulisan itu tetap sejibik macam kad ahkakkkk ok! Kad ni pulak dicetak di Kajang.



Ala, hasil kerja Artis pun orang boleh plagiat tanpa rasa bersalah, nikan pulak hasil kerja orang yang tak seberapa nak harrrtis macam I ni kan, lagilah memang tanpa rasa bersalah dan ragu-ragu pun orang nak plagiat-plagiat kan?

So, redha dan pasrah je lah. Think positive sudah ~ Kad I kan comel dan cantik, sebab tu orang suka tiru. =) *a'ahhh, memang positif pun kan, tangan di dada, mata ke atas!

Pssst,
Besok 11.11.11.
Cantik kan tarikh tu? Ada sesiapa yang menikah pada tarikh tu ke? =p

8 ulasan:

  1. ciannya dia.. tp mmg betul la kad tu sweet.. sbb tu ramai yg berkenan.. xpelah dear, anggap jer kad tu sgt special sampai semua org pun nak jugak.. tp yg penting siapa yg guna dulu kan..

    a'ah la.. esok tarikh cantik.. terlupa lak.. 3 org member zana nikah esok..

    BalasPadam
  2. Zana,
    Ye, betul tu. Kad yang special mmg ramai orang suka lah.

    BalasPadam
  3. kak, gambar atas tu sy yg mms kt akak kn? berlambak kak. siap ada kaler hitam lg. tu psl sy ckp dgn kazaa xpyhla design nanti b penat2 buat org ciplak.huhu.

    -gajahputih

    BalasPadam
  4. eh yg i mms kt akak tu ada kaler hitam kan kak?

    -gajahputih

    BalasPadam
  5. x per lah janji kad kamu tuh sentiasa nampak comel ;)

    mmg betul tuh kad kawin nih ada sentimental value kan ;)

    elin siap masuk dlm album khekhe..nnti amani dah basar blh lah tgk kan..huhu...

    11.11.11 amani genap 8 bulan ;)

    BalasPadam
  6. Elin,
    Maceh. Hehe. Sebab comel lah ramai yang suka tu.

    Wah, besar dah Amani. Tak lama lagi dah boleh berjalan dah tu.

    BalasPadam
  7. GP,
    Yang u mmg tu kaler putih je. Yang hitam I tak dapat pulak.

    Psst, kad kahwin u pun comel jugak. =)

    BalasPadam
  8. adoi la..kad kawen pun org ciplak gak? huhu...

    BalasPadam