05 Mac 2012

Hujung minggu hari orang kahwin.

Salam Aunties blogger.
=)

Saya Iman Raneeya, anak Mummy. Mummy saya dah jarang menulis kan. Dia malas. Mungkin saya nak dapat adik kot, tu yang Mummy malas je sekarang ni. =p

Minggu ni, Daddy saya takda kat rumah. Dia kena kerja hujung minggu. Maklumlah kan, Daddy saya tu kan 'bujang'. Orang lain je yang ada family, Daddy kita takda. Sebab tu lah dia je yang kena kerja hujung minggu.

Minggu ni juga Mummy saya celebrate birthday Maklang Amy & Paksu Wan. Plan nak celebrate ni asyik tertangguh. So, this week, kebetulan ada orang kahwin kat Seremban dan Nenek saya pula nak singgah rumah, terus Mummy saya beli kek dan Makngah beli kepci. Kami sambut cepat-cepat sebelum pergi rumah orang kahwin.


Ni lah kek yang saya pilih. Mummy & Mak Ngah tanya banyak kali nak mana, saya tetap tunjuk kek ni juga. So, kek ni lah jadi kek birthday Maklang & Paksu.

Tapi, masa sambut tu, Maklang saya je yang datang. Paksu tak dapat datang sebab dia ada kerja sikit.


Nilah Maklang saya si birthday girl. Dah 25 tahun dah umur dia. =)
Sebelah Maklang tu Onyang saya.


Lepas sambut birthday Maklang, terus kami pergi Seremban nak hadiri Majlis Orang Kahwin. Yang kahwin ni adalah saudara Nenek Ani.

Hai, Maklang & Mummy ni, pantang betul nampak kamera.


Sampai-sampai je, pengantin dah berarak. Terus Mummy tarik kami ke pelamin untuk ambil gambar dengan pengantin.


Pergi rumah orang kahwin tanpa Daddy adalah sangat boring ok. Sebabnya, kalau pergi dengan Mummy, saya mesti kena behave je dan asyik kena paksa ambil gambar. Mummy tu malas nak dokong saya bawa saya jalan-jalan sebab Mummy berat bontot. Haha.

Gambar kat bawah ni adalah bukti saya memang asyik kena paksa ambil gambar.


Mummy suruh pose, saya jelir lidah. Bluweeeekk!!!


Mummy control comel.
Saya?
Saya tahu saya comel, so saya tak payah nak control-control dah.


Candid.
Saya buat muka.


Ahhh, bosan.
Kena bergambar lagi.


Boring betul lah Mummy ni. Gambar, gambar, gambar!


Taknakkkkkkkk lah Mummy!!!


Iyahhhhh, lepas kan diri cepatt!!


Saya cakap tak nak, tak nak lah Mummy! Tarik tudung Mummy!


Bak sini lah hp tu Makngah!


Ah, malas. Lantaklah, taknak pandang kamera.


Balik dari Majlis Orang Kahwin, saya, Mummy dan Makngah singgah JJ Seremban. Makngah nak beli barang baby. Tapi kami pergi tak lama pun sebab tengah2 diorang shopping, saya telah poopoo dengan banyaknya. Terus Mummy cepat-cepat balik rumah mandikan saya.

Haha.

1 ulasan:

  1. waahh IR nak dapat adik yer..:) aunty turut happy dgrlah. IR kena jg mommy tau..sian mommy penat tuh jd daddy sekali :)

    tgk gamba korang nih happy jer..suke tgk masing2 cute.

    tc.

    BalasPadam