28 Februari 2012

Oh My Lovely Family Contest!!!!

Hello lovelies,
Hai lah haiiiiiiiiiiiii.
Mode bloging sekarang adalah ditahap merudum kerana faktor hp yang telah jahanam angkara Iman Raneeya. =p =p =p
So, bila nak menulis akan terkenang-kenang hp yang telah cacat tapi masih boleh diguna tu terus blank tak boleh menulis.
Haha.

Apapun, sekarang ni, nak datangkan mood bloging balik dengan join contest Puan Zura Cantik ni. Tarikh tutup 1 Mac 2012, so, moh lah kita laju-laju join sebab taknak ketinggalan.

So, uols pun apa lagi. Jom join sama!


Cara-cara menyertainya :

1) Follow blog PZC ni dulu!!! harussslahhhhh....=) *done

2) Kemudian buat satu entry khas di blog anda sendiri. Dalam entry tu mesti letakkan satu gambar anda bersama keluarga yang anda rasa paling bahagia, ceria, sihat dan comel. *done

3) Kemudian, ceritakan serba sedikit mengenai gambar tersebut. Secara ringkas sahaja ye...=P *done

4) Lastly, sila tinggalkan link blog anda di bahagian comment entry ini untuk PZC tgk entry anda itu dan seterusnya akan follow blog anda jugak... Mudah kann??? *done


Syarat-syarat penyertaan:

1) Seluruh kaum keluarga TEAM PZC or TEAM CANTEK adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk menyertai contest ini ye....

2) Gambar keluarga tu mesti jelas dan hasil karya yang asli..hehehehe....

3) Itu sahaja daaaa....kikikiki....



My happy family. =,)

Bila sebut family, mesti I akan taip menatang ini. --> =,)
FYI, makna menatang itu adalah gembira yang touching-touching dan nangis sikit-sikit sedih.

Bukan sedih apa. Yelah, sejak kecil, I duduk dengan nenek, tak dibesarkan oleh ibu bapa. Dah bekerja baru lah dapat tinggal dengan ibu bapa. Barulah merasa macam mana orang lain rasa hidup dengan makpak. Barulah dapat merasa dan nampak macam mana kasih sayang ibu bapa itu kepada anaknya.

Tapi merasa dalam 3 4 tahun je lah sebab lepas tu i berkahwin dan dapat keluarga kecil sendiri pula.

Gambar di atas adalah gabungan keluarga besar dan keluarga kecil I. Dulu manja-manja dengan makpak dan adik beradik, sekarang giliran manja dengan suami dan anak pula. Apapun, kedua-dua keluarga tu, I sayang dunia akhirat. Sayang sampai syurga. =,)
Even dah ada keluarga kecil, tapi tetap rindu masa bersama-sama, bergelak ketawa, bergurau senda, bergaduh-gaduh manja, sentap bersama keluarga, dan segalanya lah.

Keluarga adalah segalanya dalam hidup semua orang.
Kan?
Tanpa keluarga, kita macam takda apa-apa. Biar takda harta, jangan takda keluarga.






1 ulasan:

  1. Thanks for join this contest kak... x menang takpe, tetap ada free gift tau!! hehehe... =)

    BalasPadam