Rabu, 22 Februari 2012

Cerita ceriti ceritu.

1. Kerja oh kerja!

Teringat kata-kata Pendaftar time Pertemuan S/U dgn Pendaftar dulu:
"Kalau rasa tak nak kerja, malas, tak best, buat itu tak nak, filing tak nak, apa kejadahnya semua tak nak, senang je cara nak selesaikan. Pergi aras 3 (HR), hantar surat berhenti kerja. Kerja tak cari anda, tapi anda yang cari kerja. Hargailah apa adanya. =p"

FYI, ayat tu dituju untuk sipolan yang tak mahu menghargai kerja, tapi ayat ni i guna sebagai motivasi i untuk pergi kerja hari-hari ye. Setiap kali malas, tak suka, rasa tak best nak pergi kerja, mesti I akan ulang ayat tu. So bila teringat ayat ni, automatik akan sedar diri, sedar dari malas dan sedar dari segalanya.

Kalau suami malas nak pergi kerja pun, ayat ni yang I pompangpompang kat telinga dia beside, kalau tak kerja, takde duit lah.

Kadang-kadang, nak menegur manusia ni memang kena cakap direct macam tu kot. Baru lekat kat kepala otak. Cakap lembut-lembut taknak faham. Cakap macam tu senang, direct to the point.


2. Alergik

Malam tadi bawa Iman Raneeya pergi klinik. Naik ruam kat montot dia. Ingatkan ruam pampers. Rupanye, bila dah check, doktor bagi tau Iman Raneeya alergik seafood. Haishh, rugi lah awak Iman Raneeya, tak dapat merasa makanan laut yang sedap-sedap tu. =p

Haritu pun ada kena sekali, bila I bubuh sotong dalam bubur dia, terus naik merah-merah kat belakang badan dan kepala. Yang jadi kali ni, I tatau pula apa dia makan sebab setakat ini takda pula i bagi makanan yang berunsur seafood. Kata doktor, mungkin dia ada disuap makanan ringan yang ada sotong or udang kot. Tu yang menjadi ruamnya.

I dah bagi tahu dah kat Makcik lepas ni jangan bagi makanan lain dah selain daripada makanan yang i bekalkan je untuk elak ruam jadi melarat.


3. Pre-Wedding

Adik sedara I tanya dan minta pendapat kalau dia nak buat Pre-Wedding ok tak sebelum kahwin.

Hmmmm, nak jawab lebih-lebih pun tak berani sebab Pre-Wedding ni budaya barat yang diserap/ditiru oleh masyarakat kita termasuklah tuan punya blog ini sendiri. Haha.

Tapi kalau ditanya pada pandangan I sendiri, I rasa tak salah pun nak buat Pre-Wedding selagi tak melanggar hukum agama, tak kacau bajet kahwin kau dan tak menyusahkan sesiapa. Kan? Makesure lah gambar prewedding yang diambil tu tak over macam orang dah kahwin sebab kang orang confuse pulak, gambar yang diambil tu sebelum kahwin atau selepas. Jurugambar pun kena main peranan waktu ambil gambar tu. Jangan sebab duit, hukum agama habis semua dilanggar sebab nak dapatkan gambar cantik.


4. Utagha

B: Ikut I pi unimap ea.
A: Yelah. Takkan nak tinggal rumah. Takut. Kang hantu achikspin datang.
B: G unimap nanti boleh la pi Langkawi. *jeling
A: Erkkkkkk.

Hello Mr. B, barang yang lama usah dikenang. Kalau dikenang rosak lah ia. =)

Utaghaaaaa!! Tunggu saya datangg!


5. Rindu

Perasaan yang susah nak dibuang, sampai bila-bila tetap ada. Tapi kena simpan diam-diam dalam hati.

I miss my parents & siblings.
Rindu rumah kecik warna pink dekat Kg. Pulau Semut tu. Rindu ayam itik. Rindu pokok durian bergoyang di tiup angin. Rindu masakan ibu & mak! Rindu gelak-gelak dengan abah ibu. Rindu nak tidur 3 beradik sambil bercakaran.

Feeling anak abahibu yang belum kahwin yang masih mau dimanjai masih takmau hilang-hilang!

Haishhh!





7 ulasan:

  1. Rindu gaks!rindu nak balik kampung ku yang jauh nun di sanaaaaa....uwaaa!

    BalasPadam
  2. nk dtg unimap ea?
    dekat umah ai tu ain...
    singgah2 le ye =p

    BalasPadam
  3. best ayat pendaftar ko tu.
    aku pon nak salin wat motivasi la.
    bile dengar rase macam kene smash aje. hikk

    BalasPadam
  4. huwarghhhh...aku pun rindu jgakkk...
    x kawen slh...kawen mcm ni plak yer..rindu nk blik kg selalu...borak2 ngan mak..ibu n abah..gaduh ngan ko, amy n dik wan..rindunyer ngan suasana kampung...kalo time bujang ni mesti blik nyer ujung minggu...x kira la ade duit ke xde duit...jem ke x jem..nk blik kampung jgak..janji dapat tgk muke mak, ibu n abah n adik beradikku...;(

    BalasPadam
  5. ain pun buat pre wedding bukan utk apa tp sbagai kenangan sblum kawen.. ;))

    BalasPadam
  6. ain pun buat pre wedding bukan utk apa tp sbagai kenangan sblum kawen.. ;))

    BalasPadam
  7. ur blog mmg happening la kak...since bila sy tgk je pic u sekeluarga mesti touching dan start imagine cemana la klu sy plak dpt msk dlm family u..kikiki... apakata jom join contest kt blog kite...mana tau akak bleh menang.. boleh ajak kwn2 bloggers yg lain utk join jugak... =) More info, jengah la blog kita ye... thanks...

    BalasPadam