10 Januari 2012

Resipi bubur Raneeya.



Iman Raneeya start makan pada umur 5bulan++.
Alhamdulillah, berjaya juga buat tak dengar suruhan Ibu dan Makcik yang nak bagi IR makan seawal 4 bulan. =p

Mula-mula dulu, I bagi dia nestum & bubur yang I blender. Kalau bagi bubur memang berselera lah dia makan, tapi kalau bagi nestum, terkulat-terkulat je dia buat muka makan terpaksa.

Pernah juga tiru resepi guna buah dari Zila dan Leonora. Pun, IR suka juga makan. Pendek kata, semua IR sukalah kalau bagi makan tapi kalau nestum memang dia buat muka. Haha.

Resipi bubur Raneeya I buat yang senang je. Malas nak buat yang susah-susah sebab Mummy nya ni nak kena masak untuk si bapak juga, so, ambil apa yang ada je lah main belasah. Main campak-campak je semua janji bubur sedap & berkhasiat.


Resipi bubur Raneeya.

1/4 bawang besar ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 potong kecil halia ditumbuk
Segengam sayur apa-apa aja yang disukai, dicincang.*Psst, kalau buh bayam kan, seram je tengok bubur tu jadi warna hijau. Haha.
Segengam kecil ikan bilis/udang kering/daging/ayam/udang segar dicincang/tumbuk
Setengah pot beras dibasuh bersih

Cara-cara:

1. Sebelum dinasihatkan nurse dulu, I bubuh sekali je semua bahan dalam periuk lepas tu rebus sampai kembang. Dah sejuk, I guna blender kering then blender bubur sampai haluihh. Garam tak letak ya.

2. Setelah dinasihatkan nurse, I tumis** dulu bahan2 yang ditumbuk tadi, then masuk beras, air secukup rasa, boh sikit garam, then rebus sampai kembang.

Sekarang I dah tak blender lagi bubur tu sebab IR dah 8 bulan, so nurse advice tak payah blender dah, bagi je IR makan bubur tu dan biar dia belajar mengunyah. IR pun bila dibagi bubur yang baru ni, memang selamba je dia makan siap mengunyah macam dah ada gigi.

Pasal yang kena tumis tu, nurse advice I masukkan minyak dalam bubur IR. Ni semua pasal kes berat IR yang tak berapa nak naik. Dia lahir dulu dengan berat 2.5kg dan sekarang bila dah 8 bulan, berat terkini adalah 7 kilo je. Tak tahulah kat mana silapnya walhal IR kuat je makan & minum susu. =( Tapi dia minum susu FM jelah sebab maknya ini tak mampu nak produce susu.

Psst Kak Yanee,
Tq ye share tips blender bubur guna bendalah tu. Kalau tidak, sampai kejung lah i lenyek bubur tu pakai tapis. =p


7 ulasan:

  1. baby girl mmg kurang berat kot. takpe, ala2 genit comel gitu. tp 8bulan=7kg semangat jugak. :)

    BalasPadam
  2. blh join group fb HSFFYB..leh sama2 bljr masak2 tuk baby :)

    BalasPadam
  3. anak2 aku pulak start mkn bubur umur 6 bulan...hehe...

    BalasPadam
  4. Ryy.han:
    Tq dear for the info


    Wahida:
    6 bulan memang time sepatutnya baby start makan tp aku saje je start awal =p

    BalasPadam
  5. Misha:
    Hehe, genit-genit comel, kiut je bunyinya =)

    BalasPadam
  6. Kak, isya pun same ahh. berat die mase 4bulan dgn 5bulan tak byk beza. sy pun nak start try bg makan bubur nanti :) pinjam resepi tp taknak pulang. nt ahh anta sket kat melaka. hikhik

    BalasPadam