Isnin, 2 Januari 2012

Aktiviti Penutup 2011: Cameron Highland with FIL


Gambar kenangan:
First time ke Cameron Highland (CH) adalah pada 2009. Ketika itu sedang hangat bercinta dengan Azreen. Tapi tak pergi dengan dia lah. Pergi sana sebab jadi urusetia untuk program fakulti.

Dulu, lepas balik dari CH pada tahun 2009, I dah taubat dah taknak pergi sana lagi sebabnya tak tahan ok dengan jalan dia yang buat I diam tak boleh bercakap sepanjang jalan. Haha. Berlengkau-lengkau terus mabuk ahkak dibuatnya. CH memang sangat seronok dan tempat yang sangat romantik kalau pergi dengan suami tapi tang jalan nak pergi dan balik dia memang azab lah untuk orang yang cepat mabuk macam I ni.

Tapi entah mengapa, hujung tahun ni, mulut i berbuih-buih je mengajak suami pergi ke sana. Lagi bertambah tak senang duduk bila melihat posting gambar kawan di FB yang kan main seronok pergi sana. Nak sangat makan strawberry fresh kat atas tu.

Pssst, lately ni, selalu nak benda yang memang tak terjangkau dek akal lah.

Siap cakap kat Azreen, kalau tak nak stay sana pun takpe, kita pergi pagi balik malam je. Janji dapat strawberry kat atas tu.

Pelbagai cara I guna untuk ajak Azreen yang liat sangat nak pergi. Cara yang paling selalu diguna adalah bercerita tentang CH tiap-tiap pagi nak pergi kerja. Sampai Azreen tegur, tak penat ke asyik cerita pasal CH?

Haha.



Alhamdulillah, berkat usaha tanpa putus asa I meng'jet' suami ke CH, dapat juga lah menjejak strawberry CH buat kali kedua.

Tak kisah lah walaupun pergi sehari, pagi pergi, petang balik.



Happy face.
Sebelum sampai ke puncak CH, haruslah makan bekal yang dibawa. Pergi dengan FIL, haruslah bawa bekal ya tuan-tuan sebab FIL sangat menjaga makan.


Muka budak yang boring bila kena naik stroller.


=)
Yummey. Hajat penghujung tahun 2011 tercapai. Fresh strawberry from CH yang lazat.
Pssst, makan strawberry cicah gula adalah sangat sedap ok!


Trademark CH, strawberry color merah.


MIL & FIL.


Bergambar bajet cover album. Haha.


Cak!
Kan main besar lagi mata dia.


Ha, ada juga gambar my family. Thank you FIL tolong ambilkan walaupun senget sikit. Jadilah, ada juga gambar kenangan kat atas tu.


Masya Allah, indahnya ciptaan Tuhan!


Tea break @ Cameron Bharat Plantations.


Foto kenangan lagi.


Scones!
Feeling feeling dok UK sambil makan scones giteeeww.


FIL dengan anak dan cucu kesayangan.


Dia buat lagi!
Bagi pose dengan mata bulat tak hengatt.


Orang semua minum teh, I minum coke untuk menghilangkan mabuk yang menyerang.

Alhamdulillah,
Walaupun tak dapat berjalan sangat waktu kat CH sebab hujan turun dengan lebatnya sebaik menjejakkan kaki di tanah CH, tapi I puas hati sebab dapat makan strawberry.

Terima kasih Encik suami sebab menunaikan permintaan I yang satu ini. 1 4 3 selamanya.

=)


9 ulasan:

  1. sy pun suka g CH tp same like u... cik arin xsuka ke sana.. dia kata xde apa... sy suka sbb sejuk n sayur2 n rose2 yang sangt segar n cantik... rose y harum...hurmmm best2... tp strawberi tu xsuka sgt.... memula pg dl pn mabuk siap muntah lg.. huhu nsb org asli y jual2 tepi jln tu xgelak.. huhu

    BalasPadam
  2. saya banyak tempat tak pnh pegi. alhamdulillah byk yg tak pnh pg tulah dpt pg dgn kazaa. mmg CH best sgt. sy dgn kazaa smpai ckp dh bersara nk duduk CH haha pnya excited kitorg sampai sane asyik puji CH je huhu. pasni pg CH jd aktiviti wajib kitorg la :P

    comel je neeya buat mata besar. muka neeya dh mcm muka akak dh haha

    -gajahputih

    BalasPadam
  3. sentap tgk n3 ni sbb aku dah lama giler tak gi CH ni..last pegi pun masa rombongan sekolah menengah dulu...hehe...sedih kan?

    BalasPadam
  4. Feeza,
    I pun suka rose juga. Tapi tulah, datang time hujan, tak dapat nak beli rose.


    GP,
    Best kan kalau dapat beli rumah kat atast tu tenang je.

    P/S: Hehe. Of course lah ngikut muka I, kang ngikut muka you, jeng jeng jeng pulak. =p


    Wahida,
    Tak payah sedih-sedih, pi organise pi, gi dgn geng blogers. =p

    BalasPadam
  5. comellah muke kamu makn stroberi tuh :)

    muke happy dapt berjalan2 kan..tambah lagi si kecik molek tuh dgn mata besarnya..

    BalasPadam
  6. wah....lama xg..noora suke stoberi cecah ceklat..feeling2 siti gitu..hehe

    BalasPadam
  7. ermm skang ada jln baru dr smpang pulai.jln pun xlah bengkang bengkoksgt.tp yelah kalo dr kl mmg ikut tapah la kan.mmg bleh migrain la kejap =p
    cute la ank ain wat mata besoo tu.comell =)

    BalasPadam
  8. bestnya jalan2 kt CH..bulan 5 aritu kot last pegi..teringin nak pegi lagi :)

    BalasPadam
  9. dah lama tak merayap ke cameron:)
    rindu plak dekat stoberi tu semua.heheee~

    BalasPadam